Even aku ni budak kecik, tapi nak kata jugak!
Jangan fikir perkahwinan ni benda yang boleh dibuat main, macam main pondok-pondok. Kahwin hari ni seminggu lepas tu bercerai.
Sebulan lepas tu prosiding dekat Mahkamah pun tak selesai lagi dah gatal nak cari yang baru.
Jangan jadi budak yang tak pernah berkahwin. Berfikiran matang la sikit.
Bila benda macam ni dah terjadi ia melibatkan banyak pihak yang malu tahu
tak?
Si Suami, Isteri, bakal pengantin ( belum tentu jadi), keluarga belah Si Suami, belah Si Isteri,
Belah bakal Pengantin. Apa pandangan masyarakat nanti kalau terjadi macam ni?
Tolong jangan bertindak BODOH!
Kalau perempuan tu tak reti masak hari ni mungkin esok lusa dia boleh masak.
Kalau dia seorang yang free hair tegurlah dia sebagai seorang pembimbing jangan terus nak judge dia dengan menceraikan dia. Childish!
Jujur aku katakan aku tak suka lelaki macam ni. Dan aku harap Dia tak macam tu!
Kalau sekadar nak malukan perempuan tu jangan lah baik buang jauh fikiran macam tu.
Banda macam ni boleh Saman tak erk? Saman malu. Macam tak logik je seorang yang ada pegangan agama boleh lakukan perkara macam ni. Aku rasa dia anggap perkahwinan dia macam kena paksa.
HELLO!!!!
Melalui pembacaan aku lah kan. Orang yang selalu kena paksa kahwin ni akhirnya happy ending tau.
Bukannya sad ending.
Aku harap pemilik tulang rusuk aku ni bukan jenis yang macam tu. Aku tak rela di ceraikan. Aku mahu berkahwin untuk sekali.
Maaf even aku tak layak lagi nak kata macam ni. Tapi aku harap tak terjadi pada aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan