Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Huraikan.
Pendahuluan :
Pengangkutan awam merujuk pada kenderaan perkhidmatan awam, yang digunakan untuk mengangkut penumpang, dan dibayar sejumlah wang tertentu sebagai perkhidmatan untuk sesuatu perjalanan. Kemudahan pengangkutan awam ini sangat baik tetapi kebanyakan masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakannya.
Bil | Idea | Huraian |
1. | A: Kebaikan Menjimatkan kos / perbelanjaan | - Harga tambang yang berpatutan, membolehkan pengguna pergi ke mana-mana destinasi dengan mudah. - Tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli bahan api / minyak, yang harganya semakin meningkat. - Tidak perlu membayar tol dan bil parkir untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. |
2. | Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas | - Perkhidmatan pengangkutan awam akan mengurangkan bilangan kenderaan persendirian terutamanya di bandar- bandar besar seperti Kuala Lumpur. - Apabila masyarakat menggunakan pengangkutan awam dalam urusan seharian, mereka dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya. - Hal ini menyebabkan pergerakan trafik lebih lancar, terutama di bandar-bandar besar. |
3. | Mengurangkan kadar kemalangan | - Pengurangan kenderaan di jalan raya, mengurangkan risiko kemalangan terutamanya semasa musim perayaan dan pada waktu puncak. - Penggunaan pengangkutan awam, seperti bas, kereta api, LRT atau monorel, dapat meminimakan kes kemalangan di jalan raya. |
4. | Mewujudkan interaksi sosial | - Masyarakat pelbagai kaum akan menaiki pengangkutan awam ke pelbagai destinasi. - Interaksi sosial, secara tidak langsung akan berlaku sepanjang perjalanan itu. - Penggunaan pengangkutan awam yang berterusan oleh masyarakat majmuk di negara kita, sudah tentu dapat mengeratkan silaturahim. |
5. | B. Punca kurang berminat Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan | - Sesetengah pemandu pengangkutan awam tidak mematuhi jadual perjalanan menyebabkan pengguna sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal dihadapi oleh mereka. - Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu menanggung risiko untuk sampai lewat ke tempat kerja atau ke mana- mana destinasi. - Bilangan penumpang yang terlalu ramai, menimbulkan kesesakan dalam bas dan monorel, menyebabkan penumpang tidak selesa. - Kekerapan jadual perjalanan bas yang terlalu lama, tiada kemudahan penyaman udara atau rosak, kusyen yang rosak, menyebabkan pengguna tidak selesa dan enggan menggunakan perkhidmatan awam. |
6. | Sistem aliran pengangkutan awam tidak bersepadu | - Rangkaian pengangkutan awam di negara kita terdiri daripada pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel - Penumpang terpaksa bergerak ke stesyen yang lain untuk meneruskan perjalanan. - Hal ini menyukarkan penumpang terutamanya warga tua dan orang kelainan upaya (OKU). |
7. | Risiko menjadi mangsa jenayah | - Sikap sesetengah penumpang lelaki dan segelintir pemandu bas atau teksi yang tidak sopan, dan keterlaluan, sehingga melakukan pelbagai jenis jenayah seksual, menyebabkan golongan wanita takut atau trauma untuk menggunakan pengangkutan awam. - Wujud aktiviti ’seluk saku’ dalam kalangan penumpang. |
8. | Sikap negatif masyarakat | - Sesetengah masyarakat menganggap mereka yang menggunakan perkhidmatan ini berstatus rendah, tidak berkemampuan atau miskin. - Hal ini menyebabkan mereka malu untuk menggunakan pengangkutan awam. |
Kesimpulan
Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam menyumbang banyak manfaat. Oleh itu, masyarakat digalakkan mengguna pengangkutan awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan