19 November 2013

Esei Jenayah Siber



3   Pada masa kini, pengunaan laman maya merupakan suatu keperluan sama ada oleh seseorang individu mahupun suatu organisasi. Malangnya, kebelakangan ini banyak kejadian jenayah siber berlaku. Pada pendapat anda, mengapakah jenayah siber masih berlaku dan jelaskan kesan-kesan jenayah siber tersebut kepada pebagai pihak.


Pengenalan
Penggunaan laman maya Internet dianggap sebagai suatu keperluan hampir setiap individu dan organisasi pada masa kini. Malangnya ada pihak yang menggunakan aplikasi tersebut untuk melakukan jenayah siber seperti ugutan, menyebarkan maklumat palsu dan yang biasa juga ialah menyebarkan virus.

Bil
Idea/Isi
Huraian
1
A: Punca jenayah siber
Faktor terpengaruh

·         Mangsa yang biasanya wanita
·         Terpengaruh dengan janji cinta sebelum ke perbualan telefon
·         Mangsa lelaki pula terpengaruh dengan janji teman tawaran hadiah istimewa sanggup melakukan arahan penjenayah kerana tertipu seperti mendedahkan akaun bank
·         Kebanyakan perbuatan ini dikenali sebagai African Scam yang  popular dilakukan oleh warga dari benua Afrika
2
Menjadikan jenayah sebagai bidang kerjaya komersial
·         Sesetengah penjenayah melakukan modus operandi memujuk mangsa sehingga mangsa terpedaya terutamanya bagi kes cinta siber
·         Melakukan ugutan untuk menyebarkan gambar peribadi atau sebarang maklumat peribadi untuk tujuan pemerasan
·         Jenayah boleh dijadikan secara terancang oleh satu sindiket
·         Penjenayah mungkin mahu menjual perisian antivirus yang diciptanya dengan menghantar virus tertentu.
3
Perkembangan yang pesat dalam sistem telekomunikasi maklumat

·         Pelbagai laman web sosial dicipta seperti Facebook dan Twitter telah mendorong individu mendedahkan maklumat peribadi seperti gambar, alamat, nombor telefon dan seumpamanya.
·         Tanpa disedari kemungkinan ada rakan sosial dalam Internet yang tidak mahir telah berkongsi butiran peribadi anda sehingga boleh digunakan oleh penjenayah siber.
·         Penggunaan internet merentasi sempadan dunia. Pemangsa akan melakukan serangan virus dan penggodaman ke mana-mana talian yang diketahui ada kelemahan.



4
Tidak memahami prosedur keselamatan dalam mengendalikan laman web

·         Pengguna komputer mengambil mudah sistem keselamatan yang diwujudkan dalam laman web.
·         Contohnya: Perbankan Online/atas talian dan pengguna tidak menutup akaun     e-mel atau facebook dengan teratur.
·         Kejahilan tidak membaca terma-terma janji aplikasi Internet boleh menyebabkan mereka menjadi mangsa jenayah siber
5
B: Kesan ke atas mangsa jenayah siber ialah:
Mengalami tekanan perasaan

·         Mangsa mengalami tekanan perassan seperti marah, malu dan trauma
·         Boleh menjejaskan perhubungan dengan keluarga, dengan majikan dan sebagainya
·         Mangsa mungkin mengambil jalan singkat dengan membunuh diri disebabkan malu
·         Mangsa berasa diperbodohkan oleh pemangsa.
6
Kerugian kewangan

·         Jenayah siber mengakibatkan kerugian sehingga RM49.46 juta tahun 2011, meningkat 114 peratus berbanding tahun 2010, iaitu RM20.5 juta
·         Jika mangsa jenayah tersebut ialah organisasi maka operasi akan terganggu dan mengalami kerugian besar seperti yang pernah berlaku terhadap laman web kerajaan.
·         Individu juga mengalami kerugian kerana terpaksa berbelanja untuk memperbaiki komputer.
7
Kerugian dari segi harta intelek

·         Misalnya, apabila maklumat sesebuah syarikat dicetak rompak, maka mereka akan mengalami kerugian kerana mungkin hak cipta akan ditiru
·         Pencipta hak yang mengalami kerugian akan berasa rugi dan mungkin tercabar untuk melaksanakan inovasi pada masa hadapan
·         Perbankan atas talian-laman web ditiru oleh sindiket penipuan

Kesimpulan
Jenayah siber perlu dibanteras supaya pengguna perkhidmatan tidak mengalami pelbagai kesan negatif. Selain itu, sikap pengguna sendiri perlulah sentiasa berhati-hati agar mereka tidak menjadi mangsa jenayah maya ini.

Tiada ulasan: