Isi-Isi Penting.
Definisi Masyarakat Agraria.
- Masyarakat yang bergantung kepada kegiatan yang berasaskan pertanian dan penternakan.
- Masyarakat agraria memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan.
- Tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur
- Masyarakat ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi pertanian.
Ciri-ciri Masyarakat agraria.
Kegiatan Ekomomi
- Kegiatan ekomoni utama masyarakat agraria di Benlanda ialah pertanian.
- Aktiviti pertanian meliputi penanaman pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan bijirin seperti barli,gandum dan oat
- Tanaman ini diusahakan secara insentif oleh petani dan hasil tanaman yang berlebihan dijual.
- Penternakan dijalankan secara meluas oleh petani-petani di Belanda
- Antara binatang yang diternak oleh penternak-penternak di Belanda ialah lembu dan kambing.
- Masyarakat agraria juga terlibat dalam industri tenusu seperti industri menghasilkan susu , mentega, dan keju.
Petempatan.
- terletak di kawasan lembah sungai yang subur.
- Mendapan tanah lanar yang subur menyebabkan kawasan lembah sungai menjadi tumpuan masyarakat agraria.
- Kawasan pinggir pantai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur menjadi tumpuan masyarakat agraria di Belanda
Kemahiran dalam pengairan
- mempunyai kemahiran dalam membina terusan, kolam, takungan air dan tali air bagi mengairi kawasan pertanian.
- Masyarakat agraria di Belanda mendirikan kincir angin untuk mengalirkan air daripada tanah yang ditebus guna untuk tujuan pertanian.
Pengetahuan memelihara kesuburan tanah.
- masyarakat agraria bergantung kepada tanah untuk kelangsungan hidup
- mereka mencipta pelbagai kaedah dan teknik untuk memelihara kesuburan tanah
- masyarakat agraria di Belanda menggunakan baja asli untuk meningkatkan kesuburan tanah
- mereka juga menjalankan kegiatan memugar tanah dan mengamalkan sistem penggiliran tanaman untuk memelihara kesuburan tanah
Kemajuan dalam teknologi pertanian
- Masyarakat agraria mencipta pelbagai jenis peralatan yang membolehkan kegiatan pertanian dijalankan secara besar-besaran
- masyarakat belanda mencipta tugal dan tenggala beroda untuk memugar dan membajak tanah pertanian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan