Bahagian C
- Penggunaan plastik semakin meluas dalam pelbagai bidang kehidupan. Namun begitu, kesan penggunaannya tidak patut dipandang enteng oleh masyarakat. Bincangkan.
- Jenayah indeks dapat dikurangkan dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan polis. Usaha ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Bincangkan.
- Ada pendapat mengatakan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat ditingkatkan dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Bincangkan.
- Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Huraikan.
- Kenaikan harga barangan telah menyusahkan masyarakat kerana terpaksa menanggung pelbagai kesulitan. Jelaskan.
- “1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan kerana banyak memberi kepentingan kepada negara kita yang mempunyai pelbagai kaum. Seharusnya, institusi sekolah dapat memainkan peranan dalam memupuk perpaduan nasional. Bincangkan.
- Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baharu dalam urus niaga tanpa sempadan. Banyak kesan yang mungkin timbul akibat urus niaga melalui sistem elektronik ini. Bincangkan
- Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan damai dan tidak terlepas daripada ancaman jenayah. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan pernyataan di atas.9. Dalam melicinkan lagi sistem penyampaian kerajaan, beberapa langkah perlu diambil. Huraikan
- Belakangan ini, jenayah kolar putih seperti rasuah semakin berleluasa. Jelaskan faktor-faktor yang mengakibatkan kejadian ini dan cadangkan langkah-langkah yang dapat membendung masalah ini.
- Pelbagai usaha untuk memajukan pentadbiran telah dibuat oleh kerajaan termasuklah langkah kerajaan menyediakan Piagam Pelanggan di semua pejabat kerajaan. Bincangkan faedah-faedah penyediaan dan pelaksanaan Piagam Pelanggan kepada pelanggan dan jabatan kerajaan itu sendiri.
- Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah menjejaskan imej negara kita di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan masalah tersebut. Bincangkan.
- Kerajaan yang dibentuk bukan sekadar berperanan menentukan arah tadbir urus negara, malah lebih dari itu. Bincangkan
- Isu pemerdagangan manusia dikatakan semakin meningkat di Malaysia. Hal ini sebanyak sedikit telah menjejaskan kedaulatan Malaysia. Bincangkan
- Kekuatan pegangan moral dan agama menentukan penglibatan remaja dalam kegiatan sosial yang tidak sihat. Dalam aspek yang lain, kemajuan pesat sangat ditekankan dalam proses pembangunan negara. Kegagalan untuk menyeimbangkan pembangunan material dengan pembangunan rohani akan menyebabkan masalah sosial terus berlaku. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja.
- Tadbir urus yang baik memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan negara mencapai Wawasan 2020. Jelaskan.
- Penyatuan sosial antara etnik di Malaysia merupakan petunjuk utama kepada perpaduan kerana struktur masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum. Kepentingan ini harus dipertahankan untuk mengekalkan keharmonian negara dengan mengadakan beberapa program antara kaum. Ulaskan.
- Pada masa kini, penggunaan laman maya merupakan suatu keperluan sama ada oleh seseorang individu mahupun suatu organisasi. Malangnya, kebelakangan ini banyak kejadian jenayah siber berlaku. Pada pendapat anda, mengapakah jenayah siber masih berlaku dan jelaskan kesan-kesan jenayah siber tersebut kepada pelbagai pihak.
- Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk membangunkan bidang sukan negara. Namun, terdapat pelbagai masalah yang menjejaskan pencapaian atlet dalam bidang tersebut. Bincangkan.
- Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen antimerokok di tempat-tempat awam. Bincangkan kesan merokok di tempat awam dan sarankan langkah-langkah untuk membendungnya.
- Banyak langkah telah diambil oleh kerajaan dalam memerangi gejala rasuah bagi meningkatkan imej negara. Dalam pada itu, wujud pelbagai halangan dalam menangani perlakuan ini. Jelaskan.
- Kenaikan harga bahan bakar seringkali dijadikan alasan sebagai punca utama kenaikan harga barang. Walau bagaimanapun terdapat situasi lain yang mempengaruhi kenaikan tersebut. Bincangkan.
- Kerajaan Malaysia begitu serius menangani masalah jenayah yang berlaku di negara ini. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi kegiatan ini.
- Fenomena jerebu yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan oleh manusia sendiri. Akibatnya mereka yang terpaksa menanggung kesan yang memudaratkan. Bincangkan.
- Jenayah penyeludupan merupakan salah satu permasalahan yang wujud antara dua buah negara yang berjiran dan bersempadan. Jelaskan sebab kegiatan ini kian berleluasa dan implikasinya ke atas kedua-dua negara.
- Pembangunan merupakan suatu proses yang penting untuk menghasilkan kemajuan kepada rakyat dan negara. Namun demikian, kepesatan pembangunan tidak dapat lari daripada ketirisan nilai mulia kemanusiaan.Jelaskan.
- E-niaga merupakan konsep dan platform perniagaan maya yang menjadi kegemaran dan kegilaan generasi baharu . Namun demikian sambutan dan penerimaan terhadap konsep ini masih rendah berbanding negara maju lain di dunia. Huraikan.
Bahagian C yang aku dapat. Ada jugak soalan yang di "target". Dan ada beberapa kali soalan yang sama diulang... Harap-harap paham keadaan aku yang malas. Dah pukul 3 pagi aku buat ni.. Kurang 24 jam nak exam Sem 1 Pengajian Am ni..
Wish me good luck ok..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan