19 November 2013

Esei Tadbir Urus



1.                  Tadbir urus yang baik memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan  negara mencapai Wawasan 2020. Jelaskan.

PENDAHULUAN
  •    Sesebuah kerajaan yang cekap pasti akan berfungsi dengan memainkan peranan utama untuk membangunkan Negara bagi mencapai wawasan Negara iaitu Negara maju menjelang 2020.
  • Para pemimpin dan pegawai perkhidmatan awam adalah dituntut memainkan peranan mereka.

  1.  PERANAN
  1.   Melaksanakan dasar pengagihan ekonomi yang saksama
  •  Kerajaan menyediakan program pembangunan ekonomi kepada semua etnik.
  • Etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain saling membantu dan bekerjasama terlibat dalam aktiviti ekonomi.
  • Kerajaan menyediakan infrastruktur ekonomi untuk merangsang penglibatan semua kaum bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.
  • Menyediakan kemudahan kredit  dan pinjaman tanpa faedah akan dapat membantu usahawan meningkatkan pendapatan isi rumah.


  1. Menjadi Institusi Birokrasi yang cekap
  • Pengurusan tadbir urus yang cekap dapat mengurangkan  karenah birokrasi.
  • Memudahkan  dan mempercepatkan urusan pelanggan dengan pihak kerajaan.
  • Program dan dasar perkhidmatan awam dapat meningkatkan keupayaan dan imej tadbir urus baik.
  • Slogan piagam pelanggan dan konsep mesra pelanggan membantu tadbir urus meningkatkan kecekapan dan pengurusan pejabat.

  1. Menggiatkan Penglibatan Agensi Awam dalam Pembangunan Negara
  • Unit Perancang Ekonomi ( UPE)  dan Unit Penyelaras Pelaksanaan(UPP)  berfungsi sebagai agensi pusat yang merancang dan menyelaras pembangunan peringkat persekutuan dan negeri.
  • Penglibatan agensi ini akan memudahkan tadbir urus melaksanakan dasar pembangunan Negara.
  
  1. Menjaga keselamatan, Keharmonian dan kebajikan rakyat.
  • Kerajaan melaksanakan program penerapan nilai-nilai murni
  • Dasar social dan penerapan budaya dan etika dalam kehidupan dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan hidup
  • Kerajaan berusaha menerapkan konsep perpaduan  dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik seperti konsep 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

  1. Mengadakan Hubungan dengan Negara luar
  • Hubungan serantau dan antarabangsa dalam bidang pentadbiran , social dan ekonomi .
  • Mengambil model ekonomi Jepun dan Korea Selatan.
  • Berlaku pemindahan teknologi dan mekanisme ekonomi baru  melalui proses pendidikan peringkat tinggi dalam dan luar Negara.
  • Kerajaan dapat mempelbagaikan sumber dan meningkatkan produktiviti.
  • Keselamatan Negara terjamin melalui kerjasama pertahanan dengan Negara sempadan dan antarabangsa.
  1. Menyediakan Prasarana Sisoal
  • Membina pusat pendidikan bertaraf dunia dan pusat kesuhatan moden.
  • Melaksanakan pendidikan sepanjang hayat dan menyediakan sukatan dan penilaian yang selaras.
  • Melengkapkan infrastruktur hospital dan klinik( contohnya Klinik 1 Malaysia ) untuk memenuhi keperluan rakyat.

KESIMPULAN
Tadbir urus yang baik akan melaksanakan peranan secara berkesan dan menyeluruh bagi merelisasikan amalan tanggungjawab social kepada rakyat

Tiada ulasan: