Isu pemerdagangan manusia dikatakan semakin meningkat di Malaysia. Hal ini sebanyak sedikit telah menjejaskan kedaulatan Malaysia. Bincangkan.
Pendahuluan
Pemerdagangan orang adalah satu bentuk perhambaan masa kini. Antara penyebab utama ialah permintaan terhadap tenaga buruh. Kekurangan peluang meningkatkan pendapatan sumber keluarga (kemiskinan) serta kekurangan kesedaran anggota masyarakat juga antara faktor-faktor penyumbang.
Idea Utama | Huraian |
A. Punca meningkat 1. Kuat kuasa undang-undang yang lemah | - Lokasi strategi seperti lapangan terbang, pintu masuk sempadan atau pelabuhan menjadi tumpuan agen-agen khas yang dilantik sindiket bagi berurusan dengan pihak berkuasa meneruskan aktiviti penyeludupan manusia. - Terdapat sesetangah pihak berkuasa yang diamanahkan untuk bertanggungjawab menjaga sempadan bertindak mengambil rasuah daripada sindiket dna bertindak memandang sebelah mata. |
2. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat | - Permintaan guna tenaga buruh asing yang tinggi di Malaysia oleh majikan tempatan disebabkan faktor perbelanjaan yang murah. - Rakyat asing sesetengahnya tertarik untuk datang ke Malaysia kerana janjikan peluang pekerjaan yang menghasilkan gaji yang lumayan. Namun pada hakikatnya mereka ditipu dan diberi kerja sebagai hamba,pelacur dan buruh paksa. |
3. Kurang pendedahan mengenai jenayah penyeludupan manusia. | - Warga-warga asing yang berpendidikan rendah mudah ditipu oleh sindiket pemerdagangan manusia kerana mereka kurang tahu mengenai wujudnya sindiket pemerdagangan manusia ini. - Rakyat tempatan kurang memberi maklumat mengenai kewujudan jenayah ini kerana mereka juga tidak tahu bahawa jenayah ini sudah menjadi salah satu musuh negara yang berada tahap yang membimbangkan. |
4. Faktor sempadan yang luas | - Malaysia mempunyai permasalahan logistik serta sumber manusia dalam mengawasi persempadanan yang begitu penjang sehingga memudahka aktiviti pemerdagangan manusia. |
B. Kesan 5. Mencemar nama baik Malaysia dalam arena antarabangsa. | - Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia. - Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang |
6. Mengancam undang-undang dan keselamatan negara | - Kes-kes tertentu juga mencetuskan pertikaian diplomatic antara negara berhubung layonan terhadap mangsa penyeludupan. - Ia melibatkan banyak pihak seperti peringkat negara sumber, transit dan destinasi, sindiket antarabangsa, mangsa dan mereka yang bersubahat, yang kesemuanya boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan sempadan. |
7. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara | - Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara negara. - Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat. |
8. Peningkatan masalah sosial | - Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat. - Penularan penyakit berjangkit |
Kesimpulan
Malaysia sedang memperkemas serta memperincikan tindakan untuk mengawal aktiviti pemerdagangan manusia yang bukan saja dihadapi negara ini, malah ia juga fenomena seluruh dunia. Isu pemerdagangan manusia juga dianggap landskap jenayah bari di Malaysia berbanding negara lain yang sudah berakar umbi sehingga mampu mengancam keselamatan dan keamanan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan