Pengenalan.
- Jenayah kolar putih merupakan jenayah tanpa kekerasan
- penguatkuasaan undang-undang memang penting untuk mengatasi masalah ini.
Isi.
1. Penguatkuasaan Undang-undang.
- Kakitangan kerajaan yang terlibat dalam jenayah ini harus dikenakan tindakan tatatertib
- Pemimpin politik yang terlibat dalam rasuah harus dilucutkan daripada jawatannya.
- Hukuman yang berat juga harus dikenakan.
- Harta pesalah harus dirampas untuk dijadikan pengajaran dan amaran kepada yang lain.
2. Urusan Organisasi yang mudah berlakunya jenayah ini harus dikawal dengan ketat
- Agensi kerajaan yang mugkin terdedah kepada rasuah perlu dikawal dengan ketat.
- Institusi kewangan perlu menyelia pengaliran wangnya dengan ketat.
- Prosedur kerja di bank harus diketatkan
3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia juga perlu dimajukan.
- Penjenayah mahir dalam bidang mereka.
- Oleh itu, penyelewengan mereka amat halus dan sukar dikesan.
- Jadi kita memerlukan pakar yang berkaitan
- Oleh itu, pegawai siasatan Polis/SPRM yang pakar dalam bidang ini harus ditambah. Dengan itum penyenayah kolar putih mudah ditangkap.
4. Didikan agama juga penting untuk mengatasi penyakit sosial ini.
- Mereka yang beragama tidak akan melakukan kemungkaran.
- Orang beragama lebih jujur dan amanah
- Mereka tidak akan mudah dipengaruhi nafsu tamak haloba
- Mereka tidak berani memberi atau menerima rasuah
- Ketakutan kepada pengadilan Tuhan di akhirat memang berkesan dalam hal ini.
5. Kempen kesedaran juga perlu dilancarkan.
- Kita akan sedar bahawa jenayah ini akan merugikan semua orang.
- Selanjutnya kita akan menjauhinya
- Perasaan benci akan jenayanh ini akan dipupuk
- Orang ramai juga akan memberikan sokongan kepada SPRM dan orang ramai akan lebih berani membuat aduan.
Kesimpulan.
Kerajaan mesti komited dan mengambil tindakan yang tegas untuk menangani jenyah kolar putih. Dengan itu, dapatlah diwujudkan kerajaan yang bersih,cekap dan amanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan