19 November 2013

Esei Memupuk Perpaduan



.    “1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan kerana banyak memberi kepentingan  kepada negara kita yang mempunyai pelbagai kaum. Seharusnya, institusi sekolah dapat memainkan peranan dalam memupuk perpaduan nasional. Bincangkan.
 
Skema  Jawapan :

Pengenalan

Perpaduan sememangnya telah menjadi teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak negara mencapai kemerdekaan. Kerajaan telah memperkenalkan konsep 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat di negara ini. Sekolah merupakan antara institusi penting bagi merealisasikan hasrat ini.

Bil
Idea/Isi
Huraian



1
A. Kepentingan perpaduan

Menjadi sebuah negara merdeka



- Pelbagai ranjau dan duri yang telah dilalui oleh generasi
   terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.
- Hasil perpaduan masyarakat ketika itu yang berganding
   bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak
   Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada
   Tanah Melayu.
- Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada 
   nenek moyang yang harus dikekalkan agar masyarakat
   kini dapat hidup harmonis tanpa campur tangan anasir
   luar.

2.
Mewujudkan semangat kekitaan dalam masyarakat
- Menggalakkan semangat kekitaan dan menghapuskan
   sikap mementingkan diri sendiri.
- Semangat ini akan mengelakkan berlaku permusuhan
   antara kaum.
- Akibatnya, wujudlah keharmonian antara kaum dan
   mengurangkan isu perkauman.

3.
Membangunkan ekonomi negara
- Menarik minat pelancong asing untuk mengenali
   dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia
   yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan
   harmonis di bawah satu bumbung.
- Perpaduan antara kaum berjaya melahirkan suasana yang
   harmonis.
- Menarik minat pelabur asing dan menggalakkan
   perkembangan industri pelancongan di negara ini.
- Kedua-dua kegiatan ini dapat menyediakan peluang
   pekerjaan dan seterusnya mengembangkan ekonomi  
   negara.



4.
Merealisasikan wawasan negara.
- Perpaduan dapat mengekalkan keharmonian dan
   kedamaian rakyat di Malaysia.
- Kedamaian dan kesejahteraan dapat mengelakkan
   berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
   antara satu sama lain.
- Justeru, cabaran pertama dalam merealisasikan Wawasan
   2020 dapat diatasi.





5.
B. Cara-cara memupuk perpaduan di sekolah

Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan



- Keseragaman sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan,
   pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa
   pengantar.
- Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
   utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah
   mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik yang lebih
   memahami antara satu sama lain dan mengelakkan
   prasangka kaum.
6.
Aktiviti sekolah sebagai medium perpaduan
- Setiap subjek yang diajar di sekolah harus
   menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis.
- Pendedahan kepada nilai-nilai yang sama seperti
   perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling
   bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan,
   bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan
   sebagainya.
- Aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat yang
   disertai oleh kumpulan etnik membolehkan pelajar
   berinteraksi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama.
7.
Pendemokrasian pendidikan
- Memastikan agar semua kaum dapat menikmati
   kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada
   mereka bersekolah di bandar atau di luar bandar /antara
   Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan.
- Pelajar-pelajar berhak untuk bersekolah di mana-mana
   sekolah di negara kita.
- Dengan ini sekolah dapat memupuk proses integrasi
   antara etnik.
8.
Pelaksanaan Sekolah Wawasan
- Sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam
   satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan
   agama.
- Membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik
   menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama.
- Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk
   mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang
   berlainan etnik dan agama.
- Melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan
   menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua
   pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan
   pelaksanaan aktiviti.
9.
Pelaksanaan sekolah satu aliran
- Sistem yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja
   di sekolah.
- Tidak akan menghapuskan bahasa ibunda kaum-kaum  
   lain (dijadikan mata pelajaran elektif).
- Boleh bergaul secara meluas dan memahami budaya
   kaum-kaum lain.
- Semangat perkauman akan dapat dihapuskan.
- Pergaulan antara pelbagai etnik menjadikan mereka lebih
   bertoleransi antara satu sama lain.

Kesimpulan.
Kita seharusnya mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Pendidikan merupakan medium terpenting bagi mewujudkan perpaduan antara etnik. Kegagalan sekolah dalam proses integrasi akan menyebabkan kegagalan integrasi dalam pendidikan di negara ini.

Tiada ulasan: