Assalamualaikum....
Langit dah gelap. Itu tanda hujan mahu turun.
Takut jugak kalau kilat berdentum.
Bermakna aku tidak bisa online dan bermakan aku tidak boleh menaip entri ini.
Oleh itu aku tidak boleh berlenggah lagi dan harus menaip dengan sepantas kilat..
Ayat agak sekema
Kita mulakan di mana aku masuk di Klinik dan melihat jadual Dr. dan MA yang bertugas. Dan aku ternampak akan nama dua orang yang merawat aku tatkala aku demam dahulu semasa Bulan Puasa.
Pergi ke kuanter pendaftaran dan blaa... bla...
Semasa mahu beredar dari kuanter itu, boleh dikatakan aku disergah oleh Nurse yang aku ganggu waktu cutinya semasa Raya Ke-2. Jeng.. jeng... Ingat rupanya dia. Dan dia ada berkata kepada aku.
"Dah sihat"tanyanya. Aku hanya mampu mengangguk. hahahaa
Setelah itu, aku masuk ke bilik khas untuk menyakit aku ni. Masuknya Nurse tu kata
"Lama tak datang" kata Nurse ke2 ( Rindu ke?)
"Ni ikut tarikh tak ni?" (Dah Dr. suruh datang lepas 2 bulan aku datang lah lepas 2 bulan. Saya hanya menurut perintah saja.
Lepas timbang berat, ukur pinggang dan ambil tekanan darah periksa pulak mata. Adalah yang aku tak nampak.
Lepas keluar, tunggu nombor. Pada mulanya aku berharap bukan Dr. yang biasa periksa aku tu tetapi orang lain. Alhamdulilah. Dapat Dr. lain. haaha. Serius je dia tu. Kalau Dr. yang biasa dengan aku tu gelak memanjang.
Walaupun aku nampak dia lalu lalang dekat luar. Kalau boleh aku nak menyorok. Malas nak dia nampak. Tu jelah. tiap kali pergi jumpa dia. Kalau dia tak ingat tak pe ni dia ingat apa boleh buat. Ni ada satu kejadian minggu lepas masa mak aku pergi klinik.
Dr.G : Macam pernah jumpa tapi dekat mana ye.. Oh.. yeye..
Masa jumpa aku mula-mula pun dia kata macam tu. Apa boleh buatkan Budak fames dekat Klinik pun jadilah. hahahaa
Masa dekat Dalam bilik no. 5 tu, Dr. tu dia tanya itu ni. Baik suruh Dr. G tu. Tak dia tanya apa punca dia. Ni tak tanya aku. Mana aku tahu. Lepas tu dia titiskan cecair dalam mata aku. Pedih. Dr. tu suruh keluar nanti dia panggil nak check mata. Menangis aku bila keluar. Mak aku pun berilah tisu yang Dr. G tu bagi.
Sebenarnya ada kisah di sebalik nama Dr. G tu. Tapi aku tak ada time tu tak dapatlah tahu. Cuma yang aku tahu dia begi MAk aku tisu sebab perikasa mata jugak. Lepas tu Dr. tu kata " Gentleman tak saya?". Hahaaha. Perasaankan Dr. tu.
Ok. Berbalik kepada Dr. Serius tadi. Lepas keluar je dari bilik tu aku dah mula menangis. Sedih kot. Hahaha
Tunggu dalam 15 minit lepas tu. Dr. Serius tu panggillah itu pun ada Aunty tu check mata juga.
Dalam bilik tu dia suluh mata aku dengan cahaya. dah lah mata pedih kena pulak suluh dengan cahaya tu tak ke pedih mata. Kiri dan kanan dia buat. Blaaa. Bla... Blaaa.... Aku keluar dia suruh hantar kad dan ambil ubat..
Lama jugak kena tunggu ambik ubaat tu. Siap ada yang berbual lah.. Sorang pulak yang kerja. Selalu ada lelaki 2 orang tu. hari ni sorang je tu pun wanita. Blaaa... blaa.. nama aku kena panggil..
Dia tanya ambik untuk siapa. Beberapa saat aku terdiam baru lah aku kata aku punya. Dia kata jangan makan makanan yang berlemak dan masin. Ok #TakeANote. Macam dengar je nasihat tu. Nasihat Dr. MA, Nurse pun aku tak ikut ni kan dia tu.. Hahahahaa
Masa nak hantar nampak pulak SI MA kesayangan aku tu berbaju Ungu. Hahaha
Dari jauh lagi dia sudah nampak aku. hahaha
Aku pun ada hatilah nak sorok dari MA tu, tapi apakan daya dah nampak.. hahahaa
Siap kata "Menyorok! Menyorok... "
Dia tanyalah perkembangan kesihatan aku. Macam kronik pulak penyakit aku tu kan... hahahaa
Blaaa... Blaaa....
Balik... Bulan depan kena ambik ubat. Tapi masalahnya perlu ke? Ubat yang dulu pun ada dua papan lagi ni kan dia nak tambah lagi... hahahaa
Ok. tu jelah nak share..
Mata aku pedih lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan