19 November 2013

Esei Kenaikan Harga Barangan



Kenaikan harga barangan telah menyusahkan masyarakat kerana terpaksa menanggung pelbagai kesulitan Jelaskan.
 
Pendahuluan

Kenaikan harga barangan bukanlah satu perkara yang dapat dipandang enteng oleh masyarakat kerana memberi kesan kepada masyarakat bagi jangka masa pendek dan masa panjang 

Bil
Idea / Isi
Huraian



1


Kesan:

Meningkatkan beban kos hidup yang tinggi



Peningkatan harga bagi barangan keperluan dan barang penggunaan harian amat membebankan
Masyarakat yang miskin dan berpendapatan rendah berasa susah untuk membeli barangan keperluan dengan harga mahal
Terpaksa berbelanja tinggi untuk sewa rumah dan makanan

2
Rasa tidak puas hati 
Masyarakat akan berasa tidak puas hati dengan kenaikan harga barangan secara sewenang-wenangnya
Berasa marah terhadap Menteri Perdagangan dan peniaga
Dapat menggalakkan rusuhan dan demonstrasi jalanan
Merugikan rakyat jika harta benda rosak 

3
Ketidakstabilan politik 
Kenaikan harga barangan secara berterusan menimbulkan ketidakstabilan politik  
Rakyat akan mula tidak yakin kepada kerajaan yang memerintah 
Keadaan akan menjejaskan kebolehpercayaan terhadap pemimpin yang dianggap tidak berpotensi
Mungkin akan menyebabkan perubahan kepada pucuk pimpinan pemerintah parti

4
Menjurangkan pendapatan
Kenaikan harga barangan membolehkan golongan peniaga memindahkan beban harga terhadap pengguna
Golongan miskin terpaksan membayar harga tinggi terhadap barangan keperluan
Golongan kaya tidak akan merasa beban seperti orang miskin atau berpendapatan rendah
Berlaku jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya
Hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban masyarakat tidak tercapai

5
Tabungan tidak dapat dilakukan 
Rakyat yang banyak menggunakan wang untuk berbelanja sukar untuk menabung
Apabila tabungan berkurangan , masa depan mereka tidak terjamin dan sentiasa dihimpit masalah kewangan
Mereka terpaksa berhutang apabila berlaku kecemasan 


Penutup :
·         Harga barang yang tinggi akan sentiasa menimbulkan kesan kepada banyak pihak  
·         Perlu memberi perhatian kepada semua pihak sebelum melaksanakan kenaikan harga barang

Tiada ulasan: