By: The illusionist
I'm the heartless,
I'm the lifeless
I'm the careless,
I'm the fearless.
Bil | Idea/Isi | Huraian |
1 | A: Punca jenayah siber Faktor terpengaruh | · Mangsa yang biasanya wanita · Terpengaruh dengan janji cinta sebelum ke perbualan telefon · Mangsa lelaki pula terpengaruh dengan janji teman tawaran hadiah istimewa sanggup melakukan arahan penjenayah kerana tertipu seperti mendedahkan akaun bank · Kebanyakan perbuatan ini dikenali sebagai African Scam yang popular dilakukan oleh warga dari benua Afrika |
2 | Menjadikan jenayah sebagai bidang kerjaya komersial | · Sesetengah penjenayah melakukan modus operandi memujuk mangsa sehingga mangsa terpedaya terutamanya bagi kes cinta siber · Melakukan ugutan untuk menyebarkan gambar peribadi atau sebarang maklumat peribadi untuk tujuan pemerasan · Jenayah boleh dijadikan secara terancang oleh satu sindiket · Penjenayah mungkin mahu menjual perisian antivirus yang diciptanya dengan menghantar virus tertentu. |
3 | Perkembangan yang pesat dalam sistem telekomunikasi maklumat | · Pelbagai laman web sosial dicipta seperti Facebook dan Twitter telah mendorong individu mendedahkan maklumat peribadi seperti gambar, alamat, nombor telefon dan seumpamanya. · Tanpa disedari kemungkinan ada rakan sosial dalam Internet yang tidak mahir telah berkongsi butiran peribadi anda sehingga boleh digunakan oleh penjenayah siber. · Penggunaan internet merentasi sempadan dunia. Pemangsa akan melakukan serangan virus dan penggodaman ke mana-mana talian yang diketahui ada kelemahan. |
4 | Tidak memahami prosedur keselamatan dalam mengendalikan laman web | · Pengguna komputer mengambil mudah sistem keselamatan yang diwujudkan dalam laman web. · Contohnya: Perbankan Online/atas talian dan pengguna tidak menutup akaun e-mel atau facebook dengan teratur. · Kejahilan tidak membaca terma-terma janji aplikasi Internet boleh menyebabkan mereka menjadi mangsa jenayah siber |
5 | B: Kesan ke atas mangsa jenayah siber ialah: Mengalami tekanan perasaan | · Mangsa mengalami tekanan perassan seperti marah, malu dan trauma · Boleh menjejaskan perhubungan dengan keluarga, dengan majikan dan sebagainya · Mangsa mungkin mengambil jalan singkat dengan membunuh diri disebabkan malu · Mangsa berasa diperbodohkan oleh pemangsa. |
6 | Kerugian kewangan | · Jenayah siber mengakibatkan kerugian sehingga RM49.46 juta tahun 2011, meningkat 114 peratus berbanding tahun 2010, iaitu RM20.5 juta · Jika mangsa jenayah tersebut ialah organisasi maka operasi akan terganggu dan mengalami kerugian besar seperti yang pernah berlaku terhadap laman web kerajaan. · Individu juga mengalami kerugian kerana terpaksa berbelanja untuk memperbaiki komputer. |
7 | Kerugian dari segi harta intelek | · Misalnya, apabila maklumat sesebuah syarikat dicetak rompak, maka mereka akan mengalami kerugian kerana mungkin hak cipta akan ditiru · Pencipta hak yang mengalami kerugian akan berasa rugi dan mungkin tercabar untuk melaksanakan inovasi pada masa hadapan · Perbankan atas talian-laman web ditiru oleh sindiket penipuan |
Bil | Idea/Isi | Huraian |
1 | A. Kepentingan perpaduan Menjadi sebuah negara merdeka | - Pelbagai ranjau dan duri yang telah dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. - Hasil perpaduan masyarakat ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. - Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada nenek moyang yang harus dikekalkan agar masyarakat kini dapat hidup harmonis tanpa campur tangan anasir luar. |
2. | Mewujudkan semangat kekitaan dalam masyarakat | - Menggalakkan semangat kekitaan dan menghapuskan sikap mementingkan diri sendiri. - Semangat ini akan mengelakkan berlaku permusuhan antara kaum. - Akibatnya, wujudlah keharmonian antara kaum dan mengurangkan isu perkauman. |
3. | Membangunkan ekonomi negara | - Menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmonis di bawah satu bumbung. - Perpaduan antara kaum berjaya melahirkan suasana yang harmonis. - Menarik minat pelabur asing dan menggalakkan perkembangan industri pelancongan di negara ini. - Kedua-dua kegiatan ini dapat menyediakan peluang pekerjaan dan seterusnya mengembangkan ekonomi negara. |
4. | Merealisasikan wawasan negara. | - Perpaduan dapat mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia. - Kedamaian dan kesejahteraan dapat mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. - Justeru, cabaran pertama dalam merealisasikan Wawasan 2020 dapat diatasi. |
5. | B. Cara-cara memupuk perpaduan di sekolah Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan | - Keseragaman sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa pengantar. - Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik yang lebih memahami antara satu sama lain dan mengelakkan prasangka kaum. |
6. | Aktiviti sekolah sebagai medium perpaduan | - Setiap subjek yang diajar di sekolah harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. - Pendedahan kepada nilai-nilai yang sama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. - Aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat yang disertai oleh kumpulan etnik membolehkan pelajar berinteraksi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama. |
7. | Pendemokrasian pendidikan | - Memastikan agar semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di bandar atau di luar bandar /antara Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan. - Pelajar-pelajar berhak untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. - Dengan ini sekolah dapat memupuk proses integrasi antara etnik. |
8. | Pelaksanaan Sekolah Wawasan | - Sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. - Membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama. - Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang berlainan etnik dan agama. - Melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti. |
9. | Pelaksanaan sekolah satu aliran | - Sistem yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja di sekolah. - Tidak akan menghapuskan bahasa ibunda kaum-kaum lain (dijadikan mata pelajaran elektif). - Boleh bergaul secara meluas dan memahami budaya kaum-kaum lain. - Semangat perkauman akan dapat dihapuskan. - Pergaulan antara pelbagai etnik menjadikan mereka lebih bertoleransi antara satu sama lain. |