Mesir pada awal abad ke-20 adalah di bawah
naungan empayar Turki Uthmaniyah tetapi pengaruh British di Mesir amat kuat.
British telah mengukuhkan kuasa selepas mengatasi pemberontakan Urabi pada
tahun 1881. British terus memerintah sehingga Perang Dunia Pertama. Pentadbiran
asas di bawah pimpinan pemerintah Mesir iaitu Khedif dikekalkan namun
pemerintahan sebenarnya adalah di bawah Lord Cromer. Semangat anti-British
memuncak selepas Perang Dunia Pertama. Terdapat banyak faktor yang mendorong gerakan nasionalisme dalam
kalangan penduduk Mesir menjelang abad ke-20.
kalangan penduduk Mesir menjelang abad ke-20.
Antara faktor kebangkitan semangat
nasionalisme di Mesir ialah pengaruh agama. Golongan reformis Islam muncul
akibat usaha British membaratkan masyarakat Mesir. Mereka menubuhkan Ikhwanul
Muslimin untuk menegakkan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis. Gerakan
ini menggunakan pengaruh Islam untuk mewujudkan kesedaran dan berjihad.
Golongan ini juga berasa bimbang tentang golongan cerdik pandai yang
terpengaruh dengan Barat dan terus menyokong mereka.
Bahasa
dan kesusasteraan memainkan peranan dalam gerakan nasionalisme. Pembunuhan
seorang hakim, Boutrous Ghali telah mendorong masyarakat Mesir untuk menentang.
Kematian beliau yang diabadikan dalam sajak-sajak yang diterbitkan dalam
al-Muayyaddan al-Liwa menyemarakkan lagi semangat nasionalisme. Golongan
modenis Islam seperti Razyid Rida memperjuangkan Arab sebagai bahasa rasmi
dalam pentadbiran menggantikan bahasa Inggeris.
Bidang
kewartawanan turut memainkan peranannya dalam menimbulkan semangat dan
kesedaran. Surat khabar digunakan oleh sesetengah pihak untuk memperjuangkan
hak mereka. Rasyid Rida, orang kanan Muhammad Abduh menimbulkan kesedaran
melalui akhbar Salafiya. Beliau
sentiasa mengkritik dan menyalahkan penjajah atas nasib malang masyarakat Arab.
Penulis wanita seperti Malak Hifni Nazif pula tidak ketinggalan dalam
memperjuangkan hak mereka terutama dalam isu pendidikan.
Tidak
dapat dinafikan bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam membangkitkan
semangat nasionalisme. British mengabaikan pendidikan sekolah kerajaan Mesir.
Masyarakat Mesir berusaha sendiri kerana semua jawatan kerajaan diberikan
kepada golongan kaya yang berpendidikan tinggi sahaja. British juga mengamalkan
diskriminasi dengan memberikan jawatan kerajaan kepada orang British walaupun
tidak berkelayakan. Isu ini menimbulkan sentimen anti-British. Golongan
nasional yang terdiri daripada graduan sekolah undang-undang juga terdedah
kepada sistem dan ideologi politik Barat. Sentimen anti-British ditanam dalam
kalangan mereka oleh guru-guru Perancis di sekolah tersebut.
Golongan
intelektual merupakan pemangkin dalam kebangkitan gerakan nasionalisme di
Mesir. Mereka terdiri daripada golongan ulama dan golongan intelektual
berorientaliskan Barat. Antara golongan ulama adalah seperti Sheikh Hassan
Al-Banna yang menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk menentang British. Golongan
intelektual ingin membebaskan mesir daripada cengkaman British untuk menubuhkan
sebuah kerajaan Islam. Tokoh intelektual dari sekolah undang-undang seperti
Mustafa Kamil Parsha menyokong nasionalisme sekular. Mereka menuntut
kemerdekaan daripada British untuk menubuhkan kerajaan berparlimen di Mesir.
Faktor
terakhir ialah pengaruh luar, iaitu Perang Dunia Pertama yang mendorong
kebangkitan masyarakat Mesir. Banyak orang Mesir dikerah untuk menyertai Perang
Dunia Pertama da nada juga yang menjadi hamba untuk tentera British. Banyak
antara mereka ditindas dan banyak juga yang terkorban. Keadaan ini menimbulkan
kesedaran dalam kalangan orang Mesir untuk menentukan nasib mereka sendiri
tanpa bergantung kepada orang luar.
Kesan
penentangan yang berterusan oleh nasionalis Mesir mendorong British untuk
mengisytiharkan kemerdekaan Mesir pada tahun 1922. Ahmad Fuad menggunakan
gelaran sultan, iaitu Raja Fuad. Selepas pilihan raya, Saad Zaghlul dilantik
sebagai Perdana Menteri Mesir yang pertama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan