Bahagian A: Pembangunan Insan
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja
1.Membelakangkan nilai-nilai Islam dan kehidupan beragama
menyebabkan Melaka mengalami kemorosotan. Bincangkan pernyataan ini pada watak
Sultan Mahmud Syah. [ 25]
Skema Jawapan:
Pengenalan
Calon
dikehendaki mengemukakan latar belakang watak Sultan Mahmud Syah.
F2 : Anak/putera Sultan Alau'ddin Riayat Syah bersama
isterinya Tun Senaja
F3 : Abangnya Raja Menawar dirajakan
di Kampar.
F4 : Menaiki takhta ketika masih
kecil
Isi
Membelakangkan
nilai-nilai Islam dan kehidupan beragama menyebabkan Melaka mengalami kemorosotan;
F1 : Bermukah
dengan isteri Tun Biajid
H/C: Sultan Mahmud Syah telah melanggar hukum
agama apabila telah mengambil kesempatan bermukah dengan isteri Tun Biajid
ketika ketiadaan suaminya. Peristiwa ini diketahui apabila Sultan mahmud Syah
terserempak dengan Tun Biajid pada waktu pagi ketika sedang turun dari rumah
Tun Biajid. Tun Biajid menghunus lembing dengan tujuan membunuh Sultan Mahmud
tetapi membatalkan niatnya kerana
seorang pembesar yang taat setia kepada raja. Peristiwa ini menyebabkan
Tuan Biajid tidak mahu menyembah Sultan Mahmud
dan ini menyebabkan kelemahan kesultanan Melayu Melaka.
F2 : Pembunuhan kejam
H/C: Sultan Mahmud telah mengarahkan pembunuhan
Bendahara Tun Mutahir kerana dendam apabila bendahara tidak menunjukkan anaknya
Tun Fatimah kepada sultan Mahmud. Dendam baginda berbalas apabila mendapat
berita mengatakan Bendahara ingin merampas kuasa. Tanpa menjalankan siasatan
terlabih dahulu, baginda telah mengarahkan bendahara dan ahli keluarganya dibunuh kecuali Tun Fatimah. Pembunuhan
Bendahara Seri Maharaja ini memberi kesan kepada Tun fatimah apabila tidak mahu
zuriat Sultan mahmud dengan menggugurkan kandungannya.
F3: Mengamalkan sifat pilih kasih
H/C: Sultan Mahmud mengamalkan sifat pilih kasih
di kalangan pembesar. Beberapa orang pembesar yang sangat dikasihi baginda
antaranya ialah Seri Wak Raja, Tun Umar, Hang Isa Pantas dan Hang Hussein
Cenggeng. Pembesar-pembesar yang dikasihi baginda bebas melakukan apa sahaja
dan tidak akan dijatuhi hukuman walaupun melakukan kesalahan. Sifat pembesar
kesayangan raja menunjukkan Sultan Mahmud tidak berlaku adil dalam layanannya
terhadap pembesar-pembesar Melaka.
F4: Terlalu mengikut hawa nafsu terhadap wanita.
H/C: Sultan Mahmud apabila mendengar khabar kecantikan Tun Teja Ratna Menggala
(puteri Bendahara Pahang) telah menawarkan hadiah yang besar. Buktinya dalam
petikan di bawah;
“Barang siapa membawa anak Bendahara
Pahang itu ke mari, apa yangdikehendaki
kita anugerahi akan dia; umpamanya jika
ia hendakkan sekerat kerajaan kita
sekalipun kita anugerahkan; apa pun
dosanya tiada kita bunuh.”
Petikan ini
menggambarkan Sultan Mahmud terlalu mengikut hawa nafsu sehingga sanggup
menggadai negeri kerana wanita cantik. Sifat ini merupakan kelemahan Sultan
Mahmud yang menyumbang ke arah kemerosotan Kesultanan melayu Melaka.
F5: Hasad dengki/irihati
H/C: Sultan Mahmud telah pergi ke rumah Tun Dewi
pada waktu malam tetapi didapati Tun Ali Sandang ada di sana. Hal ini telah
menimbulkan perasaan iri hati pada Sultan Mahmud dan mengarahkan Tun Isap
membunuh Tun Ali Sandang dengan menghadiahkan sirih di puan. Sultan Mahmud
kerana hasad dengki sanggup melakukan kekejaman terhadap orang lain.
F6: Bermuka-muka
dalam tindakan
H/C: Sultan Mahmud bermuka-muka seolah-olah tidak
tahu insiden pembunuhan saudara kandungnya Sultan Zainal Abidin yang dibunuh
oleh Hang Berkat apabila rakyat kecoh akan berita kematian Sultan Zainal
Abidin. Sultan Mahmud bijak merahsiakan rancangan sulit dan rancangan
pembunuhan itu tanpa pengetahuan pembesar dan rakyat jelata. Sultan Mahmud
sanggup menipu rakyat dan pembesar semata-mata mahu mengalahkan saingannya.
F7 : Mudah percaya kepada fitnah
Sultan Mahmud
telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan
keluarganya kerana percaya kepada fitnah fitnah yang dilakukan oleh Kitul dan
raja Mendaliar. Sikap menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa menunjukkan
kelemahan Sultan Mahmud di dalam pemerintahannya.
F8 : Mudah dipengaruhi
Semasa kematian
bendahara Putih, ada sembilan calaon bendahara yang layak menggantikannya.
Semasa pemilihan bendahara tersebut, Sultan Mahmud telah memilih Tun Mutahir menjadi Bendahara
kerana terpengaruh dengan kata-kata bondanya. Pemilihan ini bersandarkan kerana
mereka bersaudara. Ini membuktikan Sultan Mahmud lemah dari segi membuat
keputusan sehingga terpaksa mendengar keputusan orang lain.
Nota: calon dikehendaki mengemukakan jawapan
berbentuk perbincangan (pro / kontra)
Penutup
Calon
dikehendaki menyimpulkan faktor membelakangkan nilai-nilai Islam dan kehidupan
beragama yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/ saranan.
F1
: Seorang sultan yang mempunyai sifat keperibadian negatif sehingga menjadi
faktor
kemerosotoan
Kesultanan Melayu Melaka.
F2:
Tewas kepada kuasa asing iaitu Feringgi
F3:
Sultan yang terakhir dalam Kesultanan Melayu Melaka
2. Satu aspek penting dalam novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur karya Keris Mas ialah pemaparan jati diri mulia yang ditunjukkan oleh
watak utamanya Encik Muhammad.
(a).Bincangkan jati diri mulia watak Encik Muhammad sebagai ahli
perniagaan yang berjaya [16]
(b).Sejauhmanakah jati diri mulia pada watak Encik Muhammad mampu
membangunkan masyarakat. [
9 ]
_____________________________________________________________________________
Skema
jawapan:
Soalan
1 ceraian (a)
F1: Bijak mengurus
H/C: Bertindak pantas merebut peluang perniagaan
dan menewaskan lawan secepat mungkin.
F2: Sentiasa berani
H/C: Mengambil risiko / berusaha merebut peluang
perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal ditempuhinya.
F3: Berpengaruh / menyakinkan orang
H/C: Tokoh yang ada daya penarik , proaktif,
karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko yang perlu dihadapi demi
meng isi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang berjaya dan
disegani bangsa asing.
F4: Sentiasa berfikiran dinamik
H/C: tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh
bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal dalam dunia perniagaan.
F5: Berpendidikan tinggi
H/C: Menyebabkan idea dan fikirannya sentiasa
dinamik , bernas dan mampu berfikir diluar kotak.
F6: Sentiasa berusaha
H/C: Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana
sahaja ada peluang sesuai dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan
penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin dalam dunia perniagaan.
F7: Rajin
H/C: Mengikuti perkembangan semasa dunia
perniagaan dan sentiasa memperbaharui strategi untuk meluaskan dunia perniagaanya.
F8: Berpandangan jauh / berwawasan
H/C: Kejituan idea dan pandangannya dalam
menangani dunia perniagaan Firma serba Dagang Internasional.
F9: Cerdik / Bijak / Pintar
H/C:
mampu menyelesaikan segala masalah yang
dihadapinya.
Nota: Soalan
bincangkan H/C perlu ada pro dan kontra.
Soalan
1 ceraian (b)
(b). Sejauhmanakah jati diri mulia pada watak
Encik Muhammad mampu membangunkan masyarakat. [
9 ]
Sejauhmana...
F1: Encik Muhammad mampu membawa perubahan
dalam kehidupan masyarakat yang masih dibelenggu kemiskinan menerima
rancangannya untuk menempatkan mereka di penempatan Rancangan FELDA.
F2: Encik Muhammad berjaya memujuk penduduk
kampung Pulai menjual tanah kepada Syarikat Lombong Lembah Tualang.
jati
diri mulia pada watak Encik Muhammad mampu membangunkan masyarakat.
F1: Membentuk masyarakat yang mahu menceburi
bidang niaga
H/C: Jamaludin anak P.Salim, berkeinginan untuk
membuka kedai yang lebih besar di Pekan Tualang bagi memgembangkan lagi perniagaan ayahnya.
F2: Membentuk masyarakat yang bekerjasama
H/C: Masyarakat Kampung Pulai bekerjasama
mengadakan kenduri bagi majlis penerangan ke rancangan FELDA.
F3: Membentuk masyarakat yang tidak
mementingkan diri
H/C: Lebai Maafuf mahu mewakafkan tanah pusakanya
kepada syarikat Lombong Lembah Tualang milik Encik Muhammad.
F4: Membentuk masyarakat yang berani menceburi
bidang baru
H/C: Penyertaan penduduk Kampung Pulai dalam
rancangan penempatan semula penduduk di rancangan FELDA.
F5: Membentuk masyarakat yang bijaksana dalam
menyelesaikan masalah
H/C: Sudin mampu mengemukakan idea yang bernas
bagi menyelesaikan masalah berhubung dengan kedudukkan ayahnya sebagai imam di
Kampung Pulai yang tidak layak ke rancangan FELDA dengan menggunakan situasi
ayah Sani.
F6: Membentuk masyarakat yang lantang bersuara
H/C: Rahim dengan lantang mengkritik ayahnya
sebagai agen pembangunan yang akan meruntuhkan nilai kemanusiaan menerusi
rancangannya hendak membangunkan Syarikat Lombong Lembah Tualang di Kampung
Pulai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan