29 April 2014

Sinopsis SBDKL Bab 11 - 27

BAB 11

Ketika Sudin sampai di kedai Pak salim semua pemuda di situ keluar. Sudin berbual dengan Pak Salim tentang sikap dingin ayahnya. Mengikut Pak Salim keadaan itu berpunca daripada perselisihan faham yang dikatakan berkait dengan politik. Pak Salim kenal Sudin sejak dari kecil lagi dan hubungannya dengan ayah Sudin juga rapat kerana mereka pernah belajar agama bersama. Sudin sedar kemarahan ayahnya kerana dirinya yang tidak warak, kahwin cerai dan penglibatannya dalam politik. Sudin teringatkan akan kegagalannya untuk berkahwin dengan gadis idamannya menyebabkannya membawa diri. Sudin kemudian pulang ke rumah untuk bersemuka dengan ayahnya


BAB 12

Sudin dapat merasai akan kedinginan hubungan dengan ayahnya. Namun dia sedar yang dia perlu bersemuka untuk menyelesaikannya. Imam Saad memberitahu bahawa dia mendengar khabar yang mengatakan Sudin melarikan Gayah, Sudin menafikan
tuduhan tersebut. Imam Saad juga memberitahu Sudin tentang kenapa mereka tidak meminang Gayah- Ini semua berpunca dari persengketaan keluaga yang berkurun lamanya telah menghalangnya untuk berbuat demikian. Imam Saad memberitahu bahawa keluarga Penghulu Mahmud memandang hina mereka kerana persengketaan tersebut. Imam Saad juga tidak mengetahui siapa yang sebenarnya menyebarkan berita tentang Sudin melarikan Gayah, dia mahu Sudin menyiasat sendiri siapa yang menyebarkan berita tersebut.

BAB 13

Akibat kemalangan yang telah menimpanya Sudin terpaksa terlantar di hospital, Sudin sedar kejadian itu sebenarnya adalah perbuatan khianat. Sudin cuba mengingatkan kembali rentetan peristiwa sehingga dia terlantar di hospital. Dia yakin dan cam suara orang yang telah memukulnya namun dia tiada bukti untuk melaporkan kejadian tersebut pada polis. Semasa di Balai Raya dia mendapat berita dari rakan-rakannya yang mengatakan dia telah melarikan Gayah. Di hospital beliau telah diziarahi oleh YB bersama dengan Jahid, kehadiran Jahid menimbulkan tanda Tanya. Sudin berharap agar YB datang menziarahinya seorang diri kerana dia ingin mendapatkan maklumat tentang kerjasama YB dengan Tauke Chan. Ini penting baginya kerana kejayaan projek itu akan menyelesaikan masalah hutang-hutangnya.


BAB 14

En. Muhammad berasa tenang setelah mendekatkan dirinya dengan tuhan, dia berdoa agar penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang akan mendapat kejayaan. Bagi beliau nasib penduduk Kampung Pulai akan berubah dan kehidupan mereka akan lebih terjamin. Beliau juga resah dengan hasrat Datuk Tan yang mahu mengurus sendiri syarikat tersebut tetapi dia tidak mahu bertanggung jawab sebelum urusan tanah diselesaikan. YB telah berusaha untuk membantu mereka menyertai rancangan FELDA . En. Muhammad juga berharap agar abangnya akan dilantik sebagai Orangkaya Indera ini penting untuk menjamin perusahaan perlombongan itu nanti berjalan dengan lancar. Beliau bercadang untuk mengadakan sambutan besar-besaran sempena perlantikan abangnya sebagai OrangKaya Indera Datuk Mahmud. Ini adalah untuk mengambil hati penduduk di Pekan Tualang supaya perusahaan perlombongannya tidak ditentang. Dan mereka nanti senang untuk dipujuk berpindah ke rancangan FELDA


BAB 15:

Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah. Dia sebenarnya pernah tinggal  dan bekerja  sebagai budak jaga kereta  bersama dengan Kassim di Kuala Lumpur. Kedatangannya ke KL bersama dengan sejumlah wang yang dibawa kiriman rakan-rakannya membimbangkan dia. Di KL ramai penyeluk saku, Dia berharap dia dapat berjumpa dengan Kassim untuk membantunya mencari Gayah. Tapi nasibnya malang kerana Kassim yang dicari telah berhenti kerja, mujurnya rakan Kassim yang bernama Ali mahu membantunya mengesan di mana Kassim bekerja. Mat Akil sebenarnya bercita-cita untuk menjadi menantu saudara kepada En. Muhammad kerana dia dapat merasakan banyak peluang yang akan terbuka untuknya nanti. Ketika di Wisma Yakin dia terlihat Kassim yang menurunkan Sudin dan Jahid.  Mat Akil terus mendapatkan Kassim, mengikut Kassim dia telah 2 bulan bekerja dengan En. Muhammad setelah Ali pemandunya ditugasjan untuk mengendalikan lading orkid di Jeram Medang.


BAB 16

Bas sewa khas yang tiba di Kampung Pulai menjadi perhatian kanak-kanak, sehingga menyebabkan anak Pak Salim menasihati pemandunya supaya berhati-hati. Mat Akil dan rakan-rakanya menganggap diri mereka sebagai kucing kurap kerana tidak diundang menghantar rombongana perkahwinan Sudin. Pemandu bas itu memberitahu anak Pak Salim basnya menghadapi masalah kekurangan angina dan terpaksa ke pecan dahulu. Mat Akil kecewa dengan budak yang diupahnya untuk merosakkan tayar bas sebaliknya dia hanya mengurangkan angina sahaja. Mat Akil dapat rasa Sudin telahpun menang pertandingan untuk memiliki Gayah. Kekecewaan dan kemarahan menyebabkan Mat Akil pulang ke rumah Pak Alangnya kemudian mencuri sejumlah wang dia kemudiannya ke rumah Sudin dan dia telah menajisi cadar pengantin Sudin.
Peristiwa-peristiwa Penting:


BAB 17

Rumah En. Muhammad telah menjadi tempat kenduri perkahwinan antara Sudin dan Gayah, suasana di rumah itu meriah dengan ramai yang hadir. En. Muhammad rasa bertanggungjawab ke atas Gayah  kerana abangnya Yaakob telah meninggal dunia. En. Muhammad rasa bersyukur kerana perkahwinan yang dicadangkan oleh YB itu telah menjadi kenyataan. Perkahwinan tersebut diharap akan menjadi penyambung silaturahim antara dua keluarga yang pernah bersengketa suatu masa dulu. Ianya akan menyatukan dua keluarga yang cukup berpengaruh iaitu keluarga Penghulu Mahmud dan juga Imam Saad.

BAB 18

Sudin dilantik menjadi Pegawai Hubungan  raya SLLT, beliau telah diamanahkan untuk membentuk jawatan kuasa bagi mengadakan sambutan sempena kunjungan Sultan ke Wilayah Tualang. Mat Akil juga turut disenaraikan dalam AJK tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan Mat Akil dan rakan-rakannya  dari menghuru-hara keadaan. Di samping itu juga, penglibatan beliau adalah untuk memudahkan urusan jual beli tanah nanti kerana Mat Akil juga memiliki tanah. Tuk Empat Dahlan juga diminta pandangannya berhubung dengan penglibatan Mat Akil di samping itu juga beliau adalah salah seorang yang berpengaruh yang harus didekati untuk meudahkan urusan tanah nanti.

  
BAB 19

Isi surat yang dibaca oleh Mahani menbayangkan Rahim menentang penubuhan Syarikat Lombong tersebut.  Bagi Rahim tindakan ayahnya seperti memusnahkan sebuah kampong. Kebanyakkan surat Rahim yang diterimanya menjelaskan Rahim tidak bersetuju dan menentang apa yang dilakukan oleh ayahnya tambah mengelirukan apabila Rahim membuat kesimpulan yang  tindakan ayahnya akan menganiayai penduduk di Kampung Pulai . Mahani sedar perasaannya terhadap Rahim , berikutan kenyataan Rahim mengatakan antara mereka berdua tidak pernah berubah tetap seperti dulu. Mahani resah dan keliru dengan kenyataan Rahim yang sentiasa menentang ayahnya. Mahani dapat merasakan apa yang berlaku kerana Rahim tidak dinyatakan dengan jelas situasi sebenar di Kampung Pulai. Mahani telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Jahid bagi mendapat maklumat selanjutnya untuk diberitahu kepada Rahim.

BAB 20

Di kedai Pak Salim orang mulai bercakap tentang pampsan yang akan diterima, senario itu telah mencetuskan pertengkaran di antara mereka yang memiliki tanah diwakili oleh Mat Akil dengan penduduk yang  menumpang tanah orang lain.diwakili oleh Kemat Jerangkung. Sudin yang kebetulan berada di situ telah berjaya meleraikannya. Sudin kemudiannya mengarahkan Mat Akil yang telah menjadi orang penting Sudin untuk mengedarkan risalah berhubung dengan perpindahan penduduk kampong. Majlis penerangan itu akan diadakan pada hari jumaat dan jamuan disediakan.  YB akan memberi penerangan tentang projek perpindahan penduduk ke rancangan FELDA. Penduduk di situ belum mengetahui tujuan sebenar rancangan tersebut. Sudin juga bimbang sekiranya ada yang tidak mahu berpindah, ini kerana tugasnya adalah memastikan semua orang akan berpindah. Sejak sambutan perayaan Penghulu Mahmud mendapat gelaran Datuk Indera penduduk Kampung Pulai mulai dapat dimenangi begitu juga dengan perubahan Mat Akil walaupun Sudin dapat merasakan bahawa perubahan itu tidaklah sepenuhnya.

BAB 21

Golongan pemuda sedang sibuk memasak bagi jamuan sempena majlis penerangan YB tentang penyertaan penduduk Kampung  Pulai ke rancangan FELDA.  Mat Akil menyampaikan maklumat kepada Sudin tentang ada pihak-pihak tertentu yang telah datang memujuk penduduk  Kampung Pulai supaya menjual tanah mereka. Namun semuanya dapat diatasinya. Majlis itu turut dihadiri oleh En. Muhammad , selepas YB berucap ringkas majlis diteruskan dengan ucapan En. Muhammad, beliau berjanji akan membayar pampasan yang sewajarnya kepada mereka yang tidak memiliki tanah dan menumpang di tanah keluarganya. Sudin kesal dengan tindakan  En. Muhammad yang tidak menjelaskan tentang SLLT. En. Muhammad mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan penduduk kampong termasuklah Mat Akil.

BAB 22

En. Muhammad tidak memahami tindakan Datuk Tan yang tidak mahu bekerjasama dengan syarikat orang putih. Disamping mahu 2 jawatan penting dalam SLLT.Bagi En. Muhammad ia akan menjanjikan pulangan yang cepat tanpa risiko. En. Muhammad kini mulai yakin penduduk Kampung Pulai telah dimenanginya , ini berdasarkan sambutan ketika  majlis yang diadakaqn sebelumnya. Persoalan yang kini timbul ialah tanah yang dimiliki oleh golongan tua yang mereka ini tidak layak untuk menyertai rancangan FELDA. Mereka pula  adalah golongan penting dan berpengaruh. En. Muhammad berharap agar YB dapat menyelesaikannya . Antara rangkanya Imam Saad akan dilantik menjadi imam di Pekan Tualang dan Tuk Empat Dahlan pula akan mengantikan abangnya sebagai penghulu. En. Muhammad seterusny memaklumkan kepada Cik Puan Tipah tentang surat Rahim yang diterimanya.


BAB 23

Sani datang berjumpa dengan Sudin untuk meminta bantuannya menyelesaikan masalah hutang-hutangnya. Ini kerana dia sudah pun ada idea untuk menyelesaikannya . Apa yang dimintanya bantuan untuk diperkenalkan dengan Pengurus Syarikat Kewangan. Sudin telah berjanji untuk membantunya tetapi bukan apa yang dicadangkan oleh Sani. Sudin sebaliknya menawarkan kerja kepada Sani sebagai wakil wakil rakyat – Ini kerana Sudin ingin menggunakan situasi sani bagi membantu En. Muhammad menyelesaikan masalah  yang berkaitan dengan Imam Saad. En. Muhammad mahu Sudin menggunakan situasi itu untuk memerangkap Sani tanpa disedarinya.

BAB 24

Rahim akan pulang ke tanah air pada bulan Julai dan mengikut Jahid Rahim akan bekerja di SLLT sebagai pegawai pengurusan perlombongan. Topik tentang Rahim menjadi isi perbualan di antara Jahid dengan Mahani. Mahani cuba menggunakan kesempatan tersebut untuk mengcungkil maklumat yang berkaitan tentang perpindahan Penduduk Kampung Pulai ke Rancangan FELDA. Jahid pula bertanyakan tentang hubungan Rahim dengan Mahani. Mahani berharap agar maklumat itu nanti akan disampaikan kepada Rahim n penentangan Rahim terhadap rancangan ayahnya dapat dibendung.

BAB 25

Berita tentang kehadiran keluarga Datuk Mahmud telah menyebabkan Mahani tertanya-tanya siapa sebenarnya yang hendak meminangnya. Mahani bimbang sekiranya Jahid yang datang merisik, kerana dia teringatkan Rahim yang sudah lama dikenalinya.Apabila Tan Sri Syed Aris pulang mereka telah berbincang akan keputusan Mahani-Mahani masih keliru tentang siapa yang merisiknya, apabila uminya bertanyakan tentang tidakkah dia berutus surat, Mahani sedar yang datang ialah wakil Rahim.Mahani diminta memberi jawapan keesokkan harinya. Tapi semasa makan malam Mahani minta diberi tempoh 24 jam. Mahani seterusnya menghantar telegram kepada Rahim tentang status perasaanya terhadap Mahani. Keesokkan harinya Mahani ke pejabat untuk menyediakan fail-fail penting En. Muhammad. Dia kemudiannya pulang. Mahani menerima telegram daripada Rahim.

BAB  26:

Majlis pertunangan Mahani dan Rahim diadakan meriah walaupun sederhana,kerana inilah yang dikhendaki oleh Mahani dan dipersetujui oleh Walidnya. Mahani teringat akan surat yang ditulis oleh Rahim yang mengajaknya berjuang menentang ibubapa mereka yang jahil tentang nilai kemanusiaan. Jika sekiranya surat tersebut dibaca oleh ibu bapanya tentu mereka akan menentang pertunangan tersebut. Mahani berasa amat bahagia apabila cincin pertunangan disarungkan oleh isteri Datuk Mahmud. Mahani teringatkan Rahim yang baginya seorang yang praktis dengan gagasannya menentang akan kemusnahan kemanusiaan. Kerana pada pendapat Rahim cara yang dilakukan oleh ayahnya seperti meruntuhkan kemurnian bangsanya sendiri. Ini kerana cara pemikiran ayahnya ialah pemikiran barat yang melahirkan hokum-hukum kehidupan yang buruk kerana kasih saying sesama manusia dilakukan mengikut kepentingan atau tujuan tertentu.. Pada keesokkan harinya Mahani terlewat bangun, dia menghubungi ibunya yang berada di rumah Cik Puan Tipah berbincang tentang persiapan kenduri kahwin. Mahani memberitahu yang dia hendak ke rumah Datin Tan, kerana dia hendak mendapatkan maklumat tentang SLLT untuk disampaikan kepada Rahim.

Bab27

En. Muhammad teringatkan surat Rahim yang memberi amaran kepadanya supaya tidak mementingkan kekayaan sehingga sanggup menyingkirkan penduduk Kampung Pulai.Bagi Rahim itu suatu penganiayaan dan satu bentuk kezaliman. Rahim juga belum lagi menerima tawaran kerja dengan SLLT. Jika dia bekerja dia akan menentang  rancangan yang hanya mementingkan kekayaan dengan mengenepikan kebajikan dan nilai-nilai moral. Bagi En. Muhammad Rahim belum mengerti erti kehidupan yang sebenar . Surat Rahim juga turut meresahkan Cik Puan Tipah. En. Muhammad mengaturkan rancangan untuk menjodohkan Mahani dengan Rahim, kerana baginya Mahani boleh dijadikan umpan untuk mengubah cara pemikiran Rahim. Ditambah mereka berdua saling mencintai. Ketika dia menelefon  Sudin, En. Muhammad dikejutkan dengan satu insiden yang baru terjadi. Pada masa yang sama YB juga turut membuat laporan tentang satu insiden telah berlaku di pecan Kuala. Kedua-dua berita itu menyebabkan En. Muhammad berfikir tentang apakah sebenarnya insiden tersebut.Beliau seterusnya menuju restoren tempat pertemuan yang dijanjikan.

Nota : Bab 28 & 29 tak ada sinopsis.

(Sumber : Blog Cikgu Ahmad Yani Salleh)

Tiada ulasan: