SINOPSIS SBDKL
BAB 1
Datuk Tan datang lebih awal ke
pejabat En. Muhammad (Muhd) dan dia rasa kagum dengan suasana dan kelengkapan
yang ada di bilik En. Muhd. Ianya menggambarkan ketokohannya sebagai seorang
tokoh koprat. Kehadiran En. Muhd. dengan kejayaannya memperolehi kontrak
pembekalan lada hitam dengan syarikat dari Jerman menguatkan lagi keyakinan
Datuk Tan akan keupayaan En. Muhd. dalam mengendalikan urusan perniagaan.
Kekaguman Datuk Tan juga turut merangkumi ketokohan ayah En. Muhd. Peristiwa
seterusnya ialah En. Muhd. mengingatkan Mahani supaya memanggilnya dengan
panggilan Pakcik untuk mengelakkan apa saja perasaan antara mereka berdua.
BAB 2
Datuk Tan membaca laporan
sejarah salsilah keluarga En
. Muhammad yang disediakan oleh seorang professor sejarah yang diupahnya . Ketokohan En. Muhammad yang begitu menonjol menyebabkan dia berminat untuk mengkaji latarbelakangnya. Ini penting untuk kelangsungan urus niaga antaranya dengan En. Muhammad. Satuk Tan juga mempunyai hubungan yang baik dengan sultan, kerana dia pernah menyumbangkan wang untuk projek pembinaan padang golf. Beliau berhasrat untuk memohon gelaran orang kaya wilayah Tualang untuk En. Muhammad . Ianya bertujuan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia dagang. Keluarga Datuk Tan juga turut dipaparkan dalam bab ini.
. Muhammad yang disediakan oleh seorang professor sejarah yang diupahnya . Ketokohan En. Muhammad yang begitu menonjol menyebabkan dia berminat untuk mengkaji latarbelakangnya. Ini penting untuk kelangsungan urus niaga antaranya dengan En. Muhammad. Satuk Tan juga mempunyai hubungan yang baik dengan sultan, kerana dia pernah menyumbangkan wang untuk projek pembinaan padang golf. Beliau berhasrat untuk memohon gelaran orang kaya wilayah Tualang untuk En. Muhammad . Ianya bertujuan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia dagang. Keluarga Datuk Tan juga turut dipaparkan dalam bab ini.
BAB 3:
Cik Puan Tipah
menerima surat dari Jahid yang menjadi penghubung keluarga. Isi kandungan surat
tersebut menceritakan tentang projek tanaman orkid yang memang sesuai untuk
dijalankan. Jahid juga turut menceritakan tentang perubahan sikap ayahnya
Penghulu Mahmud yang mula berkira-kira untuk menjual tanah milik keluarga mereka yang terletak di
Jeram Medang. Cik Puan Tipah teringatkan Rahim yang sejak akhir-akhir ini surat
yang dikirimnya mulai memperlihatkan sikapnya yang menentang ayahnya
BAB 4:
Syarifah Muinah sentiasa resah
dan bimbang apabila setiap kali menjelang hari jadi Mahani. Dia takut jika
sekiranya Mahani mengetahui yang dia bukanlah ibu kandungnya. Bagi
Tan Sri Syed Aris semua itu tidak penting, kerana mereka berdua memang
menyayangi Mahani kerana inilah satu-satunya anak mereka, walaupun Mahani sebenarnya
adalah anak kepada Syarifah Naemah iaitu kakaknya sendiri. Syarifah Muinah juga
bimbang memikirkan jodoh Mahani yang mula mendapat tempat di hati isteri
Penghulu Mahmud. Mahani pula masih dalam kekeliruan dengan perasaannya terhadap
3 orang jejaka yang hadir dalam hidupnya iaitu antara Rahim , Jahid dan juga
Robert.
BAB 5:
Duli Yang Maha Mulia Baginda
Sultan akan mengadakan lawatan ke Pekan Tualang sempena hari keputeraannya-.
Beliau berhasrat untuk membahagikan harta keluarganya mengikut hkum faraid.
Tetapi hasratnya itu telah ditentang oleh Jahid kerana bagi jahid maruah perlu
dijaga. Penghulu Mahmud kagum dengan Jahid walaupun masih muda tapi mempunyai
pemikiran yang matang. Penghulu Mahmud
rasa peluangnya untuk mendapat gelaran Orangkaya Indera tipis memandangkan
adiknya Muhammad adalah orang kaya yang berpengaruh .En. Muhammad datang
menziarahi abangnya di samping untuk memaklumkan tentang projek tanaman orkid
di tanah milik keluarga mereka di Jeram Medang dan memaklumkan abangnya tentang
gelaran Datuk Indera Orang Kaya . En. Muhammad juga berkesempatan berjumpa dengan
rakan-rakan lamanya, melalui mereka En. Muhammad mendapat maklumat penduduk
kampungnya masih lagi dibelenggu kemiskinan dan ramai anak-anak muda telah
berhijrah ke Bandar.
BAB 6:
Sudin dan Sarip meninjau
kawasan di sekitar Jeram Medang untuk menyiasat hak milik tanah yang dimiliki
oleh keluarga Penghulu Mahmud. Menurut Sarip boleh dikatakan hampir keseluruhan
kawasan di situ adalah hak milik
keluarga Penghulu Mahmud. Dalam perjalanan mereka telah berjumpa dengan Ali
yang sedang mengepalai beberapa orang pemuda yang sedang menebas kawasan hutan
di situ. Maklumat yang diperolehi daripada Ali, tanah itu hendak ditanam dengan
tanaman orkid . Sudin tidak yakin dengan apa yang diberitahu oleh Ali. Mereka
seterusnya telah membuat temujanji untuk berjumpa di rest house pada petang
nanti. Mereka terus ke kawasan Jeram
Medang untuk berehat , di situ sarip menjelaskan tanah di sekitar kawasan itu
juga adalah hak milik keluarga Penghulu Mahmud. Sementara itu Ali telah ke
rumah Jahid untuk memaklumkan tentang petemuanya dengan Sudin dan janji temu
mereka . Jahid mahu ali menceritakan perihal sebenar tantang tanah yang sedang
diusahakan itu tanaman orkid.
BAB 7
Sudin memaklumkan hasil
petemuanya dengan Ali kepada Yang Berhormat Muhd. Yusof tentang rancangan En.
Muhammad untuk menanam orkid. Walau bagaimanapun YB tidak mempercayainya. Sudin
juga berharap agar YB dapat memujuk Penghulu Mahmud untuk bekerjasama dengannya
dalam menjayakan projek rumah kos rendah. Kejayaan kerjasama antara mereka
sangat penting buat Sudin, kerana dia berharap kejayaan itu nanti akan
memudahkannya untuk meminta bantuan YB bagi melangsaikan hutang-hutangnya
semasa dia menjadi broker dulu. YB bangga menceritakan tentang kejayaannya
membangunkan projek rumah murah di Pekan Tualang. Kelangsungan politik YB
bergantung kepada projek kerjasamanya dengan Tauke Chan yang melibatkan tanah
Penghulu Mahmud di jeram Medang. Projek tanaman orkid tersebut dilihat sebagai
penghalang cita-citanya.
BAB 8:
En. Muhammad berbincang dengan
Tan Sri Syed Aris tentang projek mereka hendak membuka ladang lada hitam di
Johor. En. Muhammad mengingatkan Tan Sri agar tidak menyamakan falsafah politik
dengan perniagaan apabila beliau menjelaskan tentang hasrat kerajaan
sekurang-kurangnya 30 % ekonomi Negara dimiliki oleh orang Melayu. En. Muhammad
kemudian ke hotel untuk berjumpa YB bagi
menyelesaikan masalah berhubung dengan pembangunan wilayah Tualang. YB dan En. Muhammad
mempunyai misi yang sama iaitu untuk membangunkan kawasan tersebut dan membantu
penduduknya. YB menjelaskan tentang rancangannya untuk bekerjasama dengan tauke
Chan dalam projek perumahan untuk membantu penduduk yang tidak memiliki tanah
dan rumah dan Penghulu Mahmud telah bersetuju untuk menjual tanahnya. En.
Muhammad mengingatkan YB bahawa kerjasama tersebut seumpama bekerjasama dengan
harimau. Sebenarnya YB Cuma mengambil kesempatan di atas kesediaan Tauke Chan
untuk membiayai projek tersebut dengan syarat beliau dibenarkan untuk membina
rumah untuk orang-orang Cina di Pekan Tualang yang tidak mempunyai tanah.
Akhirnya kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi kepentingan
masing-masing, En, Muhammad untuk kepentingan peniagaan manakala YB pula untuk
kelangsungan politiknya.
BAB 9
Minyak wangi yang dipakai oleh
mahani mengingatkan En. Muhammad kepada anaknya Ana. En. Muhammad bertanyakan
Mahani kenapa surat Rahim ada diatas mejanya. Mahani memberitahu surat tersebut
dialamatkan atas nama Pengarah Urusan. En. Muhammad meminta pendapat Mahani
tentang surat tersebut, Mahani berpura-pura tidak memahaminya, sebenarnya dia telah
pun membacanya. En. Muhammad pernah menulis surat kepada Rahim supaya
menumpukan perhatian kepada pelajaran dan
tidak berfikir perkara yang lain.
BAB 10
Mahani tidak dapat tidur memikirkan
tentang surat Rahim yang diminta oleh En. Muhammad supaya dia beri komen.
Sebelumnya Mahani meminta bantuan walid dan uminya untuk beri pendapat. Mahani
keliru tentang perasaanya terhadap Rahim. Dalam masa yang sama Jahid juga turut
hadir di hatinya. Keesokkannya Mahani kecewa kerana walidnya telah pun keluar
sebelum sempat dia mendapat pandangan walidnya. Uminya S.Muinah berharap agar
Mahani dan Rahim akan bersatu. Pada pandangan Uminya surat Rahim itu sebenarnya
adalah luahan hati Rahim yang mencintainya.
sumber : Blog Cikgu Ahmad Yani Salleh

Tiada ulasan:
Catat Ulasan