30 April 2014

TPM P2: SEJARAH :Jasa dan Sembangan Imam Al-Ghazali



          Nama sebenar al-Ghazali ialah Muhammad bin Ahmad. Terdapat dua teori tentang namanya. Teori yang diterima ramai ialah tentang kampung asalnya di Iran iaitu Ghazalah. Umat Islam menganggap beliau sebagai Hujjatun Islam yang bermaksud pembela Islam. Beliau dilahirkan pada tahun 1059M dan meninggal dunia pada tahun 505 H. Bapanya ialah seorang yang sangat berminat dalam bidang falsafah dan bercita-cita untuk mendapatkan seorang anak yang akan menjadi ahli fiqah yang bijak. Al-Ghazali mendapat pendidikan asas seperti menghafal al-Quran, membaca dan menulis ilmu bahasa Arab, fiqah dan sebagainya. Beliau pernah berkhidmat sebagai ketua di Universiti Nizamiyah, Baghdad selama lima tahun. Beliau talah menghasilkan karya Ihya’ Ulumuddin sebelum dilantik sebagai Rektor di sebuah institusi di Nishapur. Beliau juga mendirikan sebuah sekolah untuk ahli-ahli fiqah dan sebuah pusat untuk ahli-ahli tasawuf. Imam al-Ghazali terkenal melalui penghasilan karya-karyanya. Dianggarkan beliau telah menghasilkan lebih kurang 300 buah buku yang meliputi skop yang luas.


          Dalam bidang falsafah beliau telah menghasilkan dua karya agung, iaitu Muqasid ul-Falasifah, iaitu tujuan Ilmu Falsafah yang menjadikan beliau terkenal kalangan sarjana Barat. Karya ini menerangkan teori falsafah. Satu lagi bukunya Tahafut-al-Falasifah menerangkan penyelewengan falsafah Barat tentang fizik dan metafizik daripada pandangan Islam. Buku ini mengkritik dan mengecam ilmu falsafah Barat. Beliau juga menghasilkan Al-Mar’if ul’Aqaliyah, iaitu ilmu pengetahuan yang rasional. Buku ini membicarakan kewujudan ilmu-ilmu yang rasional serta tujuan penghasilannya.


          Imam al-Ghazali juga telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang keagamaan melalui karya agungnya Ihya’ Ulumuddin, iaitu menghidupkan ilmu-ilmu agama. Beliau telah melibatkan diri dalam pelbagai aliran pemikiran untuk memahami secara terperinci tentang ajaran Islam dan membangunkan kembali ajaran Islam. Buku ini membicarakan secara terperinci aspek jiwa dan agama. Buku ini menjadi pegangan umat pada masa kini dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Turki, Jerman dan Urdu.


          Walaupun Imam al-Ghazali terkenal dalam bidang falsafah dan keagamaan, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam bidang sains politik. Beliau telah mempelajari ilmu politik daripada gurunya, Imam Juwaini yang pernah menjadi Imam di Masjidil al-Haram di Makkah dan Masjid al-Nabawi di Madinah. Buku-bukunya dalam bidang politik boleh dibahagikan kepada dua aspek. Satu adalah tentang teori kenegaraan dan satu lagi teori pemerintahan Al-Munqiz Minad Dhalal dan Mustzh-hiri.


          Dalam buku-bukunya, beliau telah membincangkan aspek kepimpinan bagi sebuah neagra Islam. Selain itu, beliau juga mencadangkan cara untuk memperbaiki urusan politik. Langkah pertama ialah untuk memberikan pengertian permasalahan, kedua ialah menasihati pemimpin, ketiga ialah menegur dengan bahasa yang keras dan akhir sekali ialah menegah dengan kekerasan.


          Kesimpulannya, Imam al-Ghazali telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang falsafah, keagamaan dan politik. Be.iau juga telah memberikan pandangan tentang pendidikan berdasarkan pengalamannya sebagi seorang guru. Beliau menjelaskan kewajipan ibu bapa terhadap anak-anak dan kewajipan seorang murid dan guru.

Tiada ulasan: