Bab 30
Mahani, En. Muhammad dan Cik
Puan Tipah ke sebuah restoren yang sering dikunjungi oleh En. Muhammad. Mereka
kemudiannya telah memesan makanan barat iaitu steak kerana menurut En. Muhammad
disinilah paling enak dan pula dia memiliki syer dalam restoren ini. En.
Muhammad memberitahu Mahani bahawa Rahim tidak cerewet tentang makan, Cik Puan
Tipah memberitahu Rahim paling suka gulai tempoyak. Mahani juga turut menggemarinya,
tetapi umi dan walidnya tidak mengemari durian. Mahani turut bertanyakan
tentang kes kemusnahan lading orkid, En. Muhammad memberitahu yang kes itu
sudahpun selesai dan hari perbicaraanya akan diadakan pada hari Isnin nanti.
Mahani turut menceritakan tentang surat Rahim yang banyak memperkatakan tentang
teori pembangunan dan ekonomi. Bagi En. Muhammad Rahim hanya belajar teori,
hakikat kehidupan sebenar tidak seperti teori. Mahani berpendapat Rahim juga
anak Melayu tentu dia memahami erti pembangunan. Tapi bagi En. Muhammad Rahim
dibesarkan dalam masyarakat
cosmopolitan dan tidak mengerti tentang masyarakat Melayu sebenarnya. Masyarakat melayu bukan masyarakat kota atau masyarakat niaga. Mahani turut disoal tentang masa depan mereka, menurut Mahani rahim hanya mahukan 4 orang anak. En. Muhammad memaklumkan tentang sikap Rahim yang suka mencari kebenaran dan dia berharap Mahani dapt bersabar. Bagi beliau tanpa Rahim dalam SLLT, SLLT akan tetap berusaha untuk meninggikan ekonomi dan taraf hidup masyarakat Kampung.
cosmopolitan dan tidak mengerti tentang masyarakat Melayu sebenarnya. Masyarakat melayu bukan masyarakat kota atau masyarakat niaga. Mahani turut disoal tentang masa depan mereka, menurut Mahani rahim hanya mahukan 4 orang anak. En. Muhammad memaklumkan tentang sikap Rahim yang suka mencari kebenaran dan dia berharap Mahani dapt bersabar. Bagi beliau tanpa Rahim dalam SLLT, SLLT akan tetap berusaha untuk meninggikan ekonomi dan taraf hidup masyarakat Kampung.
BAB 31
Sani yang bersetuju untuk
menetap di kampong atas cadangan Sudin berada dalam kekeliruan tentang masa
depannya jika menerima tawaran kerja sebagai wakil kepada wakil rakyat.Dia
bimbang kerana politik akan berubah dalam setiap 5 tahun sekali. Dia sebenarnya
berharap agar YB menawarkan kerja di kilang papan yang tidak berisiko. Sudin
menasihatinya supaya menerima saja tawaran tersebut.
YB datang untuk mendapat jawapan dari
Sani, kesempatan tersebut digunakan oleh Sani untuk mengetahui akan kedudukan
ayahnya. Sani sedar ayahnya semakin uzurdan memerlukannya kerana dia adalah anak tunggal. Sebenarnya
persaraan ayah sani akan memberi peluangkepada imam pecan Tualang kembali ke
tempat asalnya di Pekan Kuala dan mudah-mudahan ayah Sudin akan dilantik
sebagai imam di Pekan Tualang.
YB mengajak mereka ke rumah Datuk mahmud
untuk berbincangtentang pembelaan terhadap penduduk kampong. Tujuannya untuk
meninggikan taraf hidup mereka. Satu rancangan telah diatur untuk menempatkan
mereka di tanah rancangan FELDA. Tetapi masalah yang mungkin akan wujud ialah
golongan tua termasuklah imam Saad. Mereka ingin mendapatkan pandangan Datuk
Mahmud bagi melantik Imam Saad sebagai imam Pekan Tualang.
BAB 32
Pak Salim tiba-tiba menantang
cadangan untuk menjadikan gerainya sebagai tempat perbincangan dengan penolong
pegawai daerah dan pegawai FELDA. Sudin meminta maaf kerana menyusahkan P.
Salim dan dia mahu P. Salim memaklumkan kepada orang ramai tentang perubahan
tempat untuk taklimat di surau.
Sudin dalam perjalanan ke rumah Datuk
Mahmud telah menumpangkan Mat Akil dan rakan-rakannya, Sudin menyindir mereka
tidakkah mereka takut dengan pengikut-pengikut Pendekar Omar. Sudin juga
mengingatkan mereka supaya hadir sama pada hari Isnin di surau dalam majlis
penerangan nanti. Mat Akil memaklumkan sebenarnya
Pak salim marah kerana tinggal dia seorang orang tua yang nanti terpaksa
mengikut anaknya ke tanah rancangan. Sedangkan Imam saad telah diterima sebagai Imam di pekan Tualang.
Mengikut Mat Akil P. Salim rasa ada pilih kasih dalam soal tersebut. Di rumah
Datuk mahmud semuanya telah ada bagi berbincang tentang pembelian tanah
penduduk Kampung Pulai,bagi sudin semuanya telah beres kecuali masalah kecil
tentang P. salim. En. Muhammad berharap agar YB dapat mengusahakan sebuah tapak
kedai dengan rumahnya sekali di tanah rancang kepada P. Salim dan mereka
berharap P. salim akan bersetuju.
BAB 33
En. Muhammad berasa tenang
apabila dia menghadap tuhan pada hari jumaat di Kampung Pulai sempena
pengumuman SLLT akan membeli tanah penduduk kampong. Tiba-tiba mereka
dikejutkan dengan suara penentangan dari seorang pemuda berjubah yang menuduh
En. Muhammad bertujuan untuk mengusir mereka bagi mendirikan hotel peranginan
yang akan membawa maksiat. En. Muhammad dikatakan hanya mementingkan
keuntungan.
Jamaluddin turut membuat tuduhan bahawa
perpindahan mereka ke rancangan FELDA
mempunyai maksud tertentu. Menurutnya orang-orang tua di kampong itu telah
dibeli dan dijanjikan dengan pangkat dan kesenangan supaya tindakan mengusir
penduduk kampong tidak berhadapan dengan masalah.
En. Muhammad kesal dengan tuduhan
tersebut, mereka tidak sedar hasrat murninya untuk meninggikan taraf ekonomi
penduduk kampong. Dia berdoa agar mereka yang menentangnya diberi petunjuk dan
pengertian akan niatnya. Selepas makan di rumah datuk Mahmud mereka telah
mengadakan bedah siasat bagi mengenalpasti punca penentangan tersebut. Andaian yang dibuat
jamaluddin menentang kerana ayahnya tidak dilayan selayaknya sepertimana Imam
Saad dan juga Tuk Empat Dahlan. Manakala Pemuda berjubah itu pula dikatakan
hanya bersifat sentiment politik. Menurut YB masalah Pak salim telah dapat
diselesaikan, dia juga mencadangkan agar majlis pada hari Isnin nanti
ditangguhkan tetapi tidak dipersetujui oleh En. Muhammad. Penentangan itu
mengingatkan En. Muhammad pada zaman mudanya yang banyak menganiaya
peniaga-peniaga yang tidak mematuhi kontrak. Dia juga teringatkan akan Mary
yang pernah menjadi sebahagian dari hidupnya, tapi sekarang Mahani telah
mengubah hidupnya yang dulunya penuh kemaksiatan.
BAB 34
En. Muhammad ke pejabat Datuk
Tan untuk berbincang tentang masalah SLLT seperti dalam laporan peguam. En.
Muhammad dikejutkan dengan cadangan Datuk Tan supaya mengambil Mary bekerja,
tetapi En. Muhammad menolaknya kerana berasa dirinya sudah tua. Beliau seterusnya
menceritakan tentang kejadian pemusnahan ladang orkid dan juga pergaduhan,
beliau mengesyaki ada motif tertentu disebalik kejadian tersebut. Beliau dapat
rasakan orang yang mengupah Pendekar Omar untuk menakutkan orang
kampong supaya tidak menandatangani petisyen persaraan Imam, sekiranya ia benar
tentunya melibatkan soal politik ini kerana Ali ialah penyokong YB.
Motif kedua pula adalah untuk
menakutkan En. Muhammad supaya tidak melabur di Kampung Pulai. Beliau
turut mengesyaki tauke Chan yang menjadi dalangnya. Tetapi
Datuk Tan tidak mempercayainya kerana dia kenal Tauke Chan yang tentunya tidak
berani untuk menentangnya. Datuk Tan mengesyorkan supaya peguam terus membuat
penyiasatan yang lebih terpeinci. Datuk Tan bertanya sekiranya Kampung Pulai
tidak berjaya dibeli adakah operasi perlombongan dapat dijalankan. En. Muhammad
memberitahu operasi masih boleh
dijalankan. Tapi beliau bimbang jika ini berlaku Kampung Pulai akan menjadi
pulau dikelinlingi lombong.
BAB 35
Sudin menyerahkan wang kepada
Mat Akil sebagai imbuhan di atas sumbangan mereka. Semasa di kedai pak Salim,
Mat Akil turut bertanyakan tentang Jamaludin
dan Lebai Maarup yang lantang menentang rancangan En. Muhammad. Mat Akil
menyatakan yang Lebai Marup sebenarnya pengintip. Mereka kemudian ke pondok
tempat mereka berkumpul. Semasa dalam perjalanan mereka telah terserempak
dengan Mak Ngah dan anak gadisnya yang diminati oleh Man.
Mat Akil mengapi-apikan Man
dengan mengatakan tentunya Lebai Endut
akan memilih Lebai Marup sebagai calon menantu.
Mat Akil seterusnya membahagi-bahagikan
wang yang diberikan oleh Sudin . Pembahagian tersebut sebenarnya digunakan oleh
Sudin untuk membayar hutang kepada rakan-rakannya. Beliau bijak memainkan
peranan tanpa diketahui oleh rakan-rakannya yang wang tersebut sebenarnya untuk
mereka.
Mat Akil seterusnya ke rumah
Sudin untuk kali yang keduanya setelah kali pertama dulu dia telah dihalau oleh
Mak Minah. Mat Akil sebenarnya masih menaruh harapan untuk memiliki Gayah
tetapi dia terpaksa berbaik dengan Sudin untuk mendapatkan wang.
BAB 36
Mat Akil melaporkan kepada
Sudin yang Lebai Marup sebenarnya ejen politik yang mahu mengagalkan usaha YB.
Dia juga turut menceritakan tentang latarbelakang Lebai Marup di samping tokok
tambahnya. Menurutnya Lebai itu sekarang menumpang di rumah Lebai Endut kerana
mereka bersaudara. Mat Akil resah menunggu kedatangan rakan-rakannya di kedai
Pak Salim berhubung dengan rancangan mereka hendak menakut-nakutkan Lebai
Marup. Sementara menunggu Mat Akil cuba mendapat penjelasan tentang penentangan
Jamaludin, menurut P. Salim anaknya tidak berminat ke tanah rancangan
sebaliknya berhastar untuk berniaga. Dia sebenarnya buat helah untuk mendapat
peluang berniaga di Pekan Tualang, Mat Akil mengesyorkan P. Salim meminta
bantuan YB, semuga dia mendapat peluang untuk berniaga. P. Salim turut
bertanyakan rancangan Mat Akil dan rakan-rakanya tentang rancangan mereka nanti
di tanah rancangan. Mereka sebenarnya tidak berminat sebaliknya mereka mahu
menjolikan wang ayah mereka. Rancangan menakut-nakutkan Lebai Marup telah
berjaya dilakukan oleh rakan-rakan Mat Akil.Man memberitahu yang Lebai Marup
teruk dibelasahnya. Mat Akil menggunakan kesempatan tersebut untuk
mengapi-apikan Man. Man mencadangkan agar mereka memerangkap Labai Marup dengan
anak-anak gadis yang belajar mengaji dengannya dan juga menghebahkan tentang
Lebai Marup mengajar ajaran sesat. Mat Akil seterusnya memaklumkan kepada Sudin
yang Lebai itu telah dibelasah, Sudin berharap perbuatan mereka kali ini akan
mendapat balasan.
BAB 37:
Sudin terfikir yang orang Kuala
Lumpur termasuklah En. Muhammad hanya mementingkan wang. Dia juga teringatkan
cerita Mat Akil tentang Lebai Marup, dia juga teringatkan kata-kata ayahnya
yang menyanjung Lebai Marup kerana berani mengajak golongna muda ke jalan yang
benar. Bagi Mat Akil, L. Marup ejen parti politik yang hendak mengagalkan
rancangan kerajaan membangunkan masyarakat di situ. Sudin ingin menghubungi Mat
Jerangkung agar Mat Akil dan rakan-rakannya ditangkap atas perbuatan mereka.
Sani memberitahu cerita tentang pendekar Omarlah yang
bertanggungjawab merosakkan kebun orkid dan dia sebenarnya diupah oleh Tauke
Chan – Ini mungkin benar kerana En. Muhammad telah mengagalkan rancangannya
untuk bekerjasama dengan Penghulu Mahmud. Sudin juga berharap agar dia dapat
membantu Lebai Marup dengan menangkap Mat Akil dan rakan-rakanya di samping
membalas dendam atas perbuatannya menajisi cadar pengantinnya dulu. En. Muhammad pula seorang yang bijak
memainkan peranannya sehingga perbuatannya tidak dapat dikesan kerana kebaikan
yang dilakukkannya telah mengabui
masyarakat malah dia dianggap sebagai penyelamat. Sudin terkenangkan
ayahnya yang sedih kerana tidak berupaya
menjalankan tanggungjawab sebagai Imam.Sudin sebenarnya mengagumi usaha
Leabai Marup tetapi dia tidak setabahnya, dia mahu ke Kuala Lumpur untuk
bersama dengan En. Muhammad menjalankan perniagaan. Sudin juga teringatkan
kata-kata Jamaluddin yang orang-orang tua telah berjaya dibeli dengan pangkat
dan kedudukan, orang kampong pula telah berjaya dimenangi dengan pesta keraian
Sultan dan perkahwinannya dengan Gayah juga sebahagian daripada rancangan En.
Muhammad untuk mengula-gulakan keluarganya.
BAB 38
En. Muhammad resah memikirkan
masalah yang baru di laporkan oleh Sudin. Situasi itu turut membimbangkan Cik
Puan Tipah . En. Muhammad sebelum ini begitu yakin bahawa semua pihak yang
terlibat telah dapat dikuasainya. Ini termasuklah tuntutan Jamaluddin yang mahu
tapak kedai di Pekan Tualang. Tetapi masalah yang ditimbulkan oleh Labai Marup
benar-benar menganggu fikirannya.
Peristiwa-peristiwa Penting
1.
En. Muhammad dimaklumkan oleh Sudin tentang
maklumat yang berkaitan dengan penentangan Jamaludin dan Lebai Marup.
BAB 39
Lebai Marup dan Imam Saad
datang menemui Sudin untuk memberitahu
yang dia telah dipukul. Walaupun mengetahuinya, Sudin pura-pura
terkejut. Dia mencadangkan agar Lebai Marup buat laporan polis tetapi Labai
Marup tidak mahu kerana tiada bukti dan dia tidak mahu menuduh tanpa bukti.
Lebai Marup memberitahu yang dia akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk
kampong bagi memberi penerangan kenapa dia dipukul. Sudin cuba untuk
mendapatkan penjelasan, namun Lebai Marup tetap berahsia dan mahu Sudin hadir
sama.
Sudin seterusnya pergi berjumpa
dengan Mat Akil dan Kemat Jerangkung memberitahu rancangan Lebai Marup . Sudin
dan YB ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan En. Muhammad, dalam perjalanan YB
menyalahkan Lebai Marup kerana menganggu orang kampong tapi bagi Sudin Lebai
Marup ada hak untuk berbuat demikian.
2. Masalah berkait dengan Labai
Marup menganggu fikirannya kerana dia menyangka semuanya telah dapat
dikuasainya.
BAB 40
Lebai Marup dan orang-orang tua
di kampong Pulai terperangkap di surau kerana hujan. Mereka cuba mendapat
maklumat darinya namun Lebai Marup tetap berahsia. Di Kedai Pak Salim ramai
yang menunggu untuk ke Balai raya bagi mendengar penjelasan Lebai Marup. Mat
Akil dan rakan-rakannya menuduh Lebai Marup sekarang dah naik daun, mereka
semua menuju ke Balai raya termasuklah 2 orang pemuda yang tidak dikenali. Di
Balai raya Lebai Marup menjelaskan
kenapa dia dipukul, dia menjelaskan dia sebenarnya bukan orang asing sebaliknya
dia pulang untuk menetap di kampong Pulai . Beliau juga ingin menjernihkan keadaan
kerana niatnya hanya untuk mengajar agama. Mat Akil dan rakan-rakannya cuba
menganggu majlis dengan memburuk-burukkan Lebai Marup. Dia dituduh bersikap
kurang ajar apabila menuduh En. Muhammad hendak membawa maksiat . Man pula
menuduh Labai Marup pengacau anak bini orang. Lebai Marup menjelaskan dia hanya
hendak mengingatkan penduduk supaya wang pampas an yang diterima tidak
disalahgunakan . Dia juga berasa puas apabila En. Muhammad menarik balik
pembinaan hotel. Dia juga sanggup dihukum jika sekiranya dia menganggu anak
bini orang. Man yang marah telah membaling batu dan kena pada muka Lebai Marup,
serentak itu Mat Akil meluru untuk menikam Lebai Marup . Kemat Jerangkung tak
sempat menghalangnya pisau tersebut kena di bahu Lebai Marupdarah banyak
keluar. Seterusnya semua dikejutkan dengan tembakan dan 2 orang yang tidak
dikenali telah berjaya menangkap dan mengari Mat Akil dan rakan-rakanya.
BAB 41
En. Muhammad baru saja menerima panggilan telefon daripda
Sudin, mula berasa lapar. Dia mahu makan tengahari di tepi kolam apabila Cik
Puan Tipah memberitahu yang Mak Enon akan masak gulai tempoyak. Dia kemudian
memberitahu Cik Puan Tipah dia akan adakan kenduri dan ingin menjemput Lebai
Marup untuk membacakan doa. Pada malam nanti dia akan berjumpa dengan Sudin dan
YB untuk menyelesaikan beberapa perkara
supaya ianya selesai dalam masa seminggu.
BAB 42
Lebai Marup hamper pengsan
ketika dibawa ke hospital kerana banyak
kehilangan darah. Sudin dan Bilal Endut masih menunggu kerana Lebai Marup masih
dalam bilik rawatan. Manakala yang lain-lain ke Balai Polis untuk memberi
keterangan. Doktor memberitahu Lebai banyak kehilangan darah dan dia perlu berehat
dan tidak boleh diganggu. Sudin dan Lebai Endut ke Balai Polis untuk beri
keterangan. YB dan Sani juga turut hadir, Sudin ingin ke Kuala Lumpur nanti
untuk memberitahu En. Muhammad tentang kejadian tersebut.
Sudin juga ke lokap untuk
berjumpa Mat Akil dan rakan-rakannya , dia sebenarnya rasa puas tetapi
berpura-pura akan melakukan sesuatu untuk membantu mereka.
Dalam perjalanan pulang
keretanya ditumpangi oleh Imam Saad, Tuk Empat Dahlan. Bilal Endut dan juga Pak
Salim. Tuk Empat Dahlan meminta maaf kepada Bilal Endut atas apa yang terjadi.
Bilal Endut memberitahu yang Lebai Marup sebenarnya baik dia juga mahu menjual
tanahnya untuk ke tanah rancangan. Imam Saad berharap Lebai Marup akan
meneruskan perjuangan ke jalan Allah kerana berasa dirinya gagal dan sudah tua.
Sudin bertekad untuk membantu sedaya upayanya.
BAB 43
Satu jamuan akan diadakan di rumah En. Muhammad untuk
meraikan tetamu-tetamu penting, termasuklah peguamnya. Kini segala-galanya
telah beres kerana Lebai Marup akan menjual tanahnya untuk ke tanah rancangan.
En. Muhammad lega kerana dia tidak lagi akan dituduh membawa maksiat. Beliau
berharap agar namanya dan Sudin tidak
dikaitkan dengan perbuatan yang dilakukan oleh Mat Akil. Suasana majlis jelas
meriah bagi Sudin perbualan tentang Lebai Marup boleh dijadikan umpan untuknya
mendekati Mahani bagi mendapat maklumat tentang Rahim. En. Muhammad mahu Sudin
datang menemuinya bagi berbincang dengan peguam berhubung dengan kes Mat Akil.
Dalam perjalanan pulang YB memuji En. Muhammad dan Datuk Tan kerana handa
BAB 44
Kejadian di balai raya masih
lagi dapat dirasai ketegangannya ketika
majlis perjumpaan dengan Penolong Pegawai Daerah dan pegawai FELDA. Sudin
memulakan majlis dengan memberitahu tanah orang-orang kampung akan dibeli oleh
SLLT dengan harga yang tinggi. Manakala mereka yang tidak mempunyai tanah dan
menumpang di tanah orang akan diberi pampasan. Sudin juga turut memuji YB dan juga kemurahan keluarga Datuk Indera
Mahmud.
Sudin terpaksa meminta diri
untuk ke Kuala Lumpur bagi berjumpa dengan En. Muhammad dan peguam bagi menjual
urusan beli tanah. Sudin juga turut menziarahi Lebai Marup . Sudin rasa
berpuashati apabila Lebai Marup mahu peristiwa tersebut dilupakan. Lebai Marup
juga turut menceritakan tentang dirinya yang bekelulusan SPM. Sudin terpaksa
minta diri kerana bimbang takut terlewat.
Di pejabat En. Muhammad
semuanya telah beres , En. Muhammad mahu peguam memudahkan perbicaraan ke atas
Mat Akil dan rakan-rakannya. Sudin juga bertjanji akan menyelesaikan masalah
hak milik tanah Lebai Marup yang masih atas nama ayahnyal dalam menyelesaikan
masalah.
BAB 45
Sudin dapat merasai akan
penderitaan yang dialami oleh ayahnya yang bimbang penduduk kampung akan
dilingkari dengan perbuatan mungkar. Sudin teringat kata-kata Lebai Marup
kehidupan lebih bermakna jika mematuhi perintah tuhan dan kita mengabdikan diri
kepadanya. Pegangan hidup itu berbeza dengan pandangan En. Muhammad yang hanya
memikirkan kebendaan.
Sudin juga teringat akan kata-kata Mahani yang
perkahwinannya dengan Rahim mungkin akan ditangguhkan kerana En. Muhammad mahu
Rahim mengerti akan isi dan stail dia bekerja. Sudin berharap agar Rahim akan
dapat mengubah sedikit pendirian En. Muhammad. Semuga perubahan sikap itu nanti
akan menjadi penawar derita batin ayahnya.
BAB 46
Semua ahli keluarga Datuk
Indera Mahmud berkumpul untuk urusan pembahagian harta kerana tanah milik
keluarganya akan dibeli oleh SLLT. Mengikut risalah yang diedarkan oleh peguam
mereka yang layak menerimanya ialah Datuk Indera Mahmud, En. Muhammad dan 3
orang adik-beradiknya yang telah meninggal serta warisnya. Suasana menjadi
bising kerana ramai diantara mereka yang tidak memahaminya. Ketika Datuk Indera
Mahmud bercakap suasana masih lagi bising, situasi ini tidak disukai oleh En.
Muhammad yang menganggap mereka semua tidak menghormati yang tua selaku ketua
keluarta Datuk Indera Idris. Ketika
beliau meminta pendapat tentang pembahagian harta tersebut dia telah ditanya
oleh Muahammad Ali iaitu anak Maimunah untuk melaburkan wang hasil jualan tanah
dalam SLLT, pada peringkat awal En. Muhammad rasa ketokohan tercabar, tetapi
apabila anak buahnya menerangkan dia sebenarnya pensyarah ekonomi di Universiti
Malaya dan lulusan London barulah dia rasa terpanggil untuk beri respon. Majlis
tersebut berlangsung dengan meriah kerana ada di antara mereka saling tidak
mengenali antara satu dengan yang lain. En. Muhammad dan Sudin kemudian ke
surau untuk bertemu dengan Lebai Marup. En. Muhammad dikejutkan dengan hasrat
Lebai Marup yang mahu mewakafkan tanah milik ayahnya. Keadaan itu menyebabkan
En. Muhammad rasa serba salah. Beliau dengan tegas mengatakan semua tanah di
Kampung Pulai akan dilombong. Namun Lebai Marup tetap mahu tanahnya digunakan
untuk tujuan agama apabila syarikat tersebut mula beroperasi. En. Muhammad yang
putus idea telah menyerahkan urusan itu untuk diselesaikan oleh Sudin.
BAB 47
Sudin tidak pernah melihat En.
Muhammad begitu marah. Kemarahan itu meresahkan Sudin. Tetapi Lebai Marup
memberitahu Sudin jangan bimbang kerana segala-galanya akan selesai. Kemarahan
En. Muhammad sebenarnya berpunca dari keegoan dan ketamakkanya. Di pejabatnya,
Sudin menerima panggilan telepon daripada Mahani yang bertanyakan tentang apa
yang terjadi sehingga En. Muhammad tidak datang ke pejabat. Sudin akan
memaklumkannya nanti di pejabat En. Muhammad. Dalam pertemuan itu Mahani
mengemukakan cadangan untuk mendamaikan Rahim dengan ayahnya serta menerima
rancangan Lebai Marup. Dia yakin En. Muhammad akan menerimanya dan itulah
jalanyang terbaik untuk menyelesaikan pertentangan pendapat antara En. Muhammad
dengan Rahim. Sudin gembira dengan apa yang dirancangkan mereka.
BAB 48
Kepulangan Rahim dan Robert
telah disambut oleh Mahani tanpa pengetahuan En. Muhammad sekeluarga.
Sebenarnya Mahani ingin mengambil kesempatan tersebut untuk menerangkan
rancangannya kepada Rahim agar keegoan dan ketamakan En. Muhammad dapat
diatasi. Robert turut menyokong cadangan tersebut kerana pembangunan ,
perniagaan perlu bagi orang Melayu tetapi jangan sampai lupa nilai kemanusiaan
seprti mana pandangan Robert terhadap
ayahnya dan orang Cina yang menganggap wang itu adalah tuhan
BAB 49
Berita kepulangan Rahim telah
disambut dengan gembira .Dalam perjalanan pulang Ana paling banyak bertanya
kepada Rahim. Di rumah Mak Enon menangis kerana Rahim masih lagi menghargainya.
En. Muhammad kemudian telah memanggil Rahim ke bilik kerjanya. Di bilik
tersebut Cik Puan Tipah dapat rasakan suasana yang hangat dan tegang. Keadaan
tersebut telah mendorongnya untuk masuk, apa yang dilihatnya mereka berdua
ketawa kerana berceritakan tentang Robert yang banyak mengkaji falsafah
ketuhanan. Cik Puan Tipah cuba menyuarakan tentang kerja di SLLT, namun Rahim
meminta supaya perkara tersebut dibincangkan kemudian. Cik Puan Tipah gagal
mendapat maklumat tentang perbincangan antara Rahim dan En. Muhammad.
BAB 50
Rahim kemudian memberikan hadiah kepada semua orang, Rahim kemudian
meminta izin untuk ke rumah Mahani. Di sana Rahim telah menceritakan tentang
persetujuan yang telah dicapai antara dia dengan ayahnya berhubung dengan
tawaran kerja di SLLT.Mengikut Rahim dia akan tinggal di kompleks di kawasan
lombong yang akan didirikan di atas tanah wakaf yang di wakafkan oleh Lebai
Marup. Walaupun pada peringkat awal, ayahnya menentang dan menganggapnya
ekstrimis, radikal , hijau dan tidak rasional namun Rahim menyatakan yang
ayahnyalah sebenarnya tidak berfikiran jauh, tidak berfikir berteraskan
kebudayaan sendiri kerana hanya mementingkan dunia dan kebendaan. Tan Sri
setuju dengan Rahim dan baginya En. Muhammad bukanlah orang jahat namun bagi
En. Muhammad dalam dunia perniagaan perlukan kekuatan dan gigih untuk mencari
peluang . Rahim juga setuju, namun ayahnya melakukan itu semua kerana kepentingan diri sendiri. Berbeza dengan
Lebai Marup dan Imam Saad yang sanggup
melakukan sesuatu kerana pengabdiannya kepada Allah. Rahim menafikan yang dia
menyertai kumpulan dakwah sebaliknya dia banyak membaca buku-buku agama milik
Robert. Dia kini bersyukur kerana ayahnya telah sedar bahawa pembangunan
ekonomi tidak boleh meranapkan agama,
akhlak dan budaya orang Melayu. Ayah akhirnya bersetuju dengannya untuk terus
mengekalkan kompleks tersebut walaupun perlombongan di hentikan nanti. Mahani
memberitahu Rahim bahawa dia perlu memaklumkan kepada Sudin tentang kemenangan
ayahnya yang sabar dan ikhlas. Mereka berdua memandang ke depan , ke dunia baru
yang akan bermula
(Sumber : Blog Cikgu Ahamd Yani Salleh).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan