7 Mei 2014

STPM P2 : Sejarah; Sumbangan Ibn Battutah


          Nama sebenar Ibn Battutah ialah Muhammad bin Abdullah al-Lawafi. Beliau dilahirkan pada tahun 1304 M. di Tangier, Maghribi. Beliau telah menerima pendidikan agama semasa kecil lagi kerana bapa dan datuknya merupakannya ulama dan bertugas sebagai kadi. Beliau memulakan pengembaraannya semasa berumur 21 tahun. Beliau sememangnya seorang tokoh pengembaraan dan sejarawan Islam yang terkenal. Beliau digelar The Prince of Muslims Traveller oleh para orientalis Barat.kitabnya, Rihlah Ibn Battutah yang mengandungi catatan pengembaraannya diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Jerman dan sebagainya. Catatannya ini
sangat penting kerana merupakan sumber sejarah abad pertengahan dan juga tentang kedudukan dan perkembangan agama Islam di beberapa negara yang dilawati oleh beliau. Pengembaraan beliau boleh dibahagikan kepada peringkat.

          Pada peringkat pertama perjalanan beliau dimulakan pada zaman pemerintahan Abu Said bin Abi Yusuf, iaitu Sultan Maghribi. Beliau telah melalui beberapa kota di Afrika Utara dan sampai ke Turis. Dari situ beliau telah mengikut satu kafilah haji ke Trifoli sebelum sampai ke Iskandariah yang ada pada masa itu sebuah pelabuhan penting di Mesir. Kemudian beliau sampai di ibu Kota Mesir, Kaherah. Beliau terpesona dan kagum dengan kemajuan bandar ini. Beliau juga menjelajah ke tempat-tempat bersejarah di Mesir.

          Kemudian beliau telah ke Palestin dengan melalui kawasan sinai. Beliau juga mengunjungi beberapa tempat bersejarah di Baitulmuqqaddis. Beliau terus menuju ke Syria selepas itu. Pada masa ini beliau berkenalan dengan pembesar-pembesar tempatan dan golongan pelajar. Beliau juga sempat melawat masjid-masjid, bangunan dan sekolah-sekolah terkenal di situ. Selepas itu, beliau ke Damsyik. Beliau telah benyak mencatat tentang corak hidup penduduk di situ, Masjid Umawi dan bangunan-bangunan yang penting. Seterusnya, beliau menuju ke Kota Makkah untuk menunaikan fardhu haji. Beliau berjaya menyaksikan masjid al-Haram, Kaabah dan makam-makam para imam mazhab.

          Selepas menunaikan fardu haji, bermulalah peringkat kedua pengembaraannya. Beliau ingin menjelajah ke kawasan yang lebih jauh. Beliau menuju ke arah Iraq dari Kota Makkah. Beliau terpaksa merentasi padang pasir dan menghadapi keadaan yang bahaya dan banyak cabaran. Apabila beliau menuju ke kawasan Timur, beliau menjumpa masyarakat yang mempunyai bahasa dan kehidupan sosial yang berbeza walaupun mereka beragama Islam. Bermula di sini, beliau telah membuat perbandingan tentang keadaan sosial dan geografi semua kawasan yang dikunjungi. Ibn Battutah juga mempelajari bahasa Parsi dan bahasa Turki. Dalam perjalanannya ke Parsi, beliau terpaksa menyeberangi Sunagi Furat, Sungai Tigris dan padang pasir Najd. Kemudian beliau sampai di Kota Baghdad, iaitu pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah yang telah dimusnahkan oleh tentera Mongol pada tahun 1258 M.. Selepas itu, beliau kembali ke Kota Makkah.

          Selepas dua atau tuga tahun di Makkah, beliau memulakan pengembaraannya sekali lagi. Beliau memulakan pengembaraan peringkat ketiganya untuk mendalami pengetahuan dalam ilmu agama. Pada kali ini, beliau membawa beberapa orang pembantu. Beliau telah belayar di laut Arab sebelum sampai ke Oman dan Bahrain. Semasa berada di Oman dan Bahrain, beliau sempat berjumpa dengan amir-amirnya. Dari Teluk Parsi beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji kali ketiga. Dari Makkah beliau menuju ke Syiria sebelum belayar ke pantai Turki. Beliau terus ke pantai Bosphorus. Beliau kemudian sampai di Constantinople melalui jalan darat dan laut selepas sebulan. Walaupun bandar ini mengalami perubahan akibat penaklukan tentera salib, bandar ini masih lagi mempamerkan keindahannya. Kota ini dibahagikan kepada dua oleh Sungai Ibsimi. Di sebelah Timur ialah Istanbul dan di sebelah Barat ialah Galatta yang di bina khusus untuk orang kristian seperti orang Rom dan Parsi.   

          Kegiatan penjelajahan beliau pada peringkat keempat bermula pada tahun 1332. Beliau telah bermula dengan sampai di Turki, Asia Minor, Rusia Selatan, Afghanistan sehingga ke India. Beliau tiba di India pada tahun 1333 M., iaitu semasa pemerintahan Muhammad Tughluq. Beliau dilantik sebagai kadi besar di Delhi dan tinggal di situ selama lapan tahun. Beliau telah benyak membuat catatan tentang adat, amalan agama, tempat-tempat pemujaan dan kehidupan sosial masyarakat India.

          Dari India, beliau menuju ke China. Dalam perjalanan ke China, beliau telah singgah di Sumatera dan Jawa. Beliau juga sempat bertemu dengan raja kerajaan Parsi, iaitu Sultan al-Malik al-Zahir. Di Parsi, beliau disambut dengan meriah di pelabuhan China, Zaitun dan melawat beberapa kawasan di negara China termasuk Pelung. Pada tahun 1347 M, beliau pulang ke Maghribi. Beliau tinggal tidak lama di negeri asalnya dan kemudian menjelajah ke Sepanyol.

          Beliau telah menyeberangi Laut Mediterranean dan melawat beberapa pelabuhan dan kota-kota di Andalusia. Pada masa itu, kerajaan Islam berpusat di Granada. Ibn Battutah berjaya bertemu dengan para ulama dan pelajar di situ sebelum beliau kembali ke Maghribi setelah melawat Sultan.

          Ibn Battutah meniggal dunia pada tahun 1377 M, di Marakish. Sepanjang hayatnya, beliau telah mengembara kira-kira 120, 000 km selama 28 tahun merentasi benua Afrika, Eropah dan Asia. Ibn Batuttah merupakan tokoh pengembara termahsyur dalam sejarah dunia.

Tiada ulasan: