- Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda.
Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari.
Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog
anda melebihi 20 views setiap hari.
- Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan!
Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda
boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular.
Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh
itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk
unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit
iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".
- Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda!
Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda
dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini,
ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang
berkenaan.
- Memahami pembaca blog anda.
Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda
boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan
jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada
kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai
untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan
yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.
- Pengiklanan banner Nuffnang.
Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada
pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut
membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat
mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan.
Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda,
tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog
anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan