Mesir pada awal abad ke-20 adalah di bawah
naungan empayar Turki Uthmaniyah tetapi pengaruh British di Mesir amat kuat.
British telah mengukuhkan kuasa selepas mengatasi pemberontakan Urabi pada
tahun 1881. British terus memerintah sehingga Perang Dunia Pertama. Pentadbiran
asas di bawah pimpinan pemerintah Mesir iaitu Khedif dikekalkan namun
pemerintahan sebenarnya adalah di bawah Lord Cromer. Semangat anti-British
memuncak selepas Perang Dunia Pertama. Terdapat banyak faktor yang mendorong gerakan nasionalisme dalam
30 April 2014
STPM P2 : SEJARAH : SUMBANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH DALAM MENGUKUHKAN EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH
Nama sebenar Sultan Muhammad al-Fatih ialah Muhammad
bin Murad. Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan menduduki takhta semasa
berumur 19 tahun bagi menggantikan bapanya digelar al-Fatih (penakluk). Baginda
telah memerintah empayar yang luas selama 30 tahun. Baginda merupakan seorang
negarawan yang ulung dan panglima tentera yang handal. Kejayaannya yang paling
besar dalam bidang ketenteraan
Label:
esei,
Penggal 2,
Sejarah Islam,
STPM,
STUDY
STPM P2 : Sejarah : SUMBANGAN IBN KHALDUN DALAM BIDANG SEJARAH.
Nama sebenar Ibn Khaldun ialah Abdul ar-Rahman bin
Muhammad bin Khaldun al-Hadrami. Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 1331
M.. Beliau seorang yang pakar dalam ilmu agama seperti fikah, tafsir dan hadis.
Dari aspek ilmu aqli, beliau pakar dalam bidang falsafah, matematik dan
sejarah. Beliau pernah memegang jawatan tinggi seperti Ahli Persuratan di
Istana Faz dan menjadi Hajib di Bougie. Beliau juga pernah dilantik sebagai
Hakim Mahkamah-mahkamah Raja di Mesir. Ketokohan beliau disanjung oleh
tokoh-tokoh dan sarjana Barat. Toynbee dan R. Nicholson menganggap beliau
sebagai ahli fikir dan tokoh yang tiada tolok bandingnya. G. Sarton menyatakan
bahawa Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan falsafah yang agung sepanjang
zaman. Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau adalah himpunan daripada
pembelajaran dan pengalaman yang diperolehnya.
Label:
esei,
Penggal 2,
Sejarah Islam,
STPM,
STUDY
TPM P2: SEJARAH :Jasa dan Sembangan Imam Al-Ghazali
Nama sebenar al-Ghazali ialah Muhammad
bin Ahmad. Terdapat dua teori tentang namanya. Teori yang diterima ramai ialah
tentang kampung asalnya di Iran iaitu Ghazalah. Umat Islam menganggap beliau
sebagai Hujjatun Islam yang bermaksud pembela Islam. Beliau dilahirkan pada
tahun 1059M dan meninggal dunia pada tahun 505 H. Bapanya ialah seorang yang
sangat berminat dalam bidang falsafah dan bercita-cita untuk mendapatkan
seorang anak yang akan menjadi ahli fiqah yang bijak. Al-Ghazali mendapat
pendidikan asas seperti menghafal al-Quran, membaca dan menulis ilmu bahasa
Arab, fiqah dan sebagainya. Beliau pernah berkhidmat sebagai ketua di
Universiti Nizamiyah, Baghdad selama lima tahun. Beliau talah menghasilkan
karya Ihya’ Ulumuddin sebelum dilantik sebagai Rektor di sebuah institusi di
Nishapur. Beliau juga mendirikan sebuah sekolah untuk ahli-ahli fiqah dan
sebuah pusat untuk ahli-ahli tasawuf. Imam al-Ghazali terkenal melalui
penghasilan karya-karyanya. Dianggarkan beliau telah menghasilkan lebih kurang
300 buah buku yang meliputi skop yang luas.
Sinopsis SBDKL Bab 30 - 50
Bab 30
Mahani, En. Muhammad dan Cik
Puan Tipah ke sebuah restoren yang sering dikunjungi oleh En. Muhammad. Mereka
kemudiannya telah memesan makanan barat iaitu steak kerana menurut En. Muhammad
disinilah paling enak dan pula dia memiliki syer dalam restoren ini. En.
Muhammad memberitahu Mahani bahawa Rahim tidak cerewet tentang makan, Cik Puan
Tipah memberitahu Rahim paling suka gulai tempoyak. Mahani juga turut menggemarinya,
tetapi umi dan walidnya tidak mengemari durian. Mahani turut bertanyakan
tentang kes kemusnahan lading orkid, En. Muhammad memberitahu yang kes itu
sudahpun selesai dan hari perbicaraanya akan diadakan pada hari Isnin nanti.
Mahani turut menceritakan tentang surat Rahim yang banyak memperkatakan tentang
teori pembangunan dan ekonomi. Bagi En. Muhammad Rahim hanya belajar teori,
hakikat kehidupan sebenar tidak seperti teori. Mahani berpendapat Rahim juga
anak Melayu tentu dia memahami erti pembangunan. Tapi bagi En. Muhammad Rahim
dibesarkan dalam masyarakat
29 April 2014
Sinopsis SBDKL Bab 11 - 27
BAB 11
Ketika Sudin sampai di kedai Pak salim semua
pemuda di situ keluar. Sudin berbual dengan Pak Salim tentang sikap dingin
ayahnya. Mengikut Pak Salim keadaan itu berpunca daripada perselisihan faham
yang dikatakan berkait dengan politik. Pak Salim kenal Sudin sejak dari kecil
lagi dan hubungannya dengan ayah Sudin juga rapat kerana mereka pernah belajar
agama bersama. Sudin sedar kemarahan ayahnya kerana dirinya yang tidak warak,
kahwin cerai dan penglibatannya dalam politik. Sudin teringatkan akan
kegagalannya untuk berkahwin dengan gadis idamannya menyebabkannya membawa
diri. Sudin kemudian pulang ke rumah untuk bersemuka dengan ayahnya
BAB 12
Sudin dapat merasai akan
kedinginan hubungan dengan ayahnya. Namun dia sedar yang dia perlu bersemuka
untuk menyelesaikannya. Imam Saad memberitahu bahawa dia mendengar khabar yang
mengatakan Sudin melarikan Gayah, Sudin menafikan
Sinopsis SBDKL Bab 1 - 10
SINOPSIS SBDKL
BAB 1
Datuk Tan datang lebih awal ke
pejabat En. Muhammad (Muhd) dan dia rasa kagum dengan suasana dan kelengkapan
yang ada di bilik En. Muhd. Ianya menggambarkan ketokohannya sebagai seorang
tokoh koprat. Kehadiran En. Muhd. dengan kejayaannya memperolehi kontrak
pembekalan lada hitam dengan syarikat dari Jerman menguatkan lagi keyakinan
Datuk Tan akan keupayaan En. Muhd. dalam mengendalikan urusan perniagaan.
Kekaguman Datuk Tan juga turut merangkumi ketokohan ayah En. Muhd. Peristiwa
seterusnya ialah En. Muhd. mengingatkan Mahani supaya memanggilnya dengan
panggilan Pakcik untuk mengelakkan apa saja perasaan antara mereka berdua.
BAB 2
Datuk Tan membaca laporan
sejarah salsilah keluarga En
8 April 2014
Sastera Pembangunan Insan
Bahagian A: Pembangunan Insan
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja
1.Membelakangkan nilai-nilai Islam dan kehidupan beragama
menyebabkan Melaka mengalami kemorosotan. Bincangkan pernyataan ini pada watak
Sultan Mahmud Syah. [ 25]
Skema Jawapan:
Pengenalan
Calon
dikehendaki mengemukakan latar belakang watak Sultan Mahmud Syah.
F1 :
Nama sebenar ialah raja Mamad
TERANGKAN PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI ACHEH PADA ABAD KE-17.
Selepas
kejatuhan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511, Acheh mengambil alih peranan
Melaka sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu. Acheh turut memainkan peranan
sebagai pusat pengajian agama Islam utama di Nusantara. Pada abad ke-16, Acheh
diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Pendidikan Islam di Acheh
pada masa ini berkembang pesat sehingga Acheh digelar sebagai serambi Makkah.
Label:
esei,
Penggal 2,
Sejarah Islam,
STPM,
STUDY
TERANGKAN PERANAN DAN KEPENTINGAN BAITULMAL DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA ISLAM.
Baitulmal merupakan institusi kewangan atau
perbendaharaan negara yang ditubuhkan secara rasmi oleh Khalifah Umar
al-Khattab. Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta negara atau tempat untuk
menyimpan barangan berharga. Baitulmal ditubuhkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW
tetapi berfungsi dalam bentuk yang mudah kerana pendapatan negara tidak begitu
banyak dan baginda tidak gemar menyimpan barang-barang berharga. Semua hasil
pendapatan diagih-agihkan kepada golongan yang berhak. Keadaan ini wujud juga
pada masa Khalifah Abu Bakar tetapi masih pada peringkat awal. Pada zaman
khalifah Umar al-Khattab, negara Islam berkembang dan banyak wilayah baharu
dibuka seperti wilayabaharu dibuka seperti wilayah Iraq, Syria,
Struktur Masyarakat Jahiliah
Soalan : Bincangkan struktur
masyarakat jahiliah
Pengenalan:
Zaman jahiliah berlangsung selama
kira-kira 300 tahun di Semenanjung Tanah Arab. Zaman ini bermula setelah
runtuhnya Empangan Maarib dalam kerajaan Saba’ pada sekitar tahun 300M dan
berakhir setelah turunnya al Quran serta
Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w.
Label:
esei,
Latihan,
Penggal 2,
Sejarah Islam,
STPM
Langgan:
Catatan (Atom)