31 Disember 2013

Hello 2014, Happy Birthday & Welcome Back To School.


Hai! Hai! Hai!!!!





Cepat je masa berjalankan. Sekarang ni dah
31 Disember 2013.

Esok dah masuk 2014.

1 Januari 2014. Dah mula sekolah dekat Negeri Pantai Timur.

2 Januari 2014 baru aku mula sekolah.

20 Disember 2013

PBS SEM 2.


PBS Sejarah

CINTA ITU INDAH?


Ada satu perasaan yang membuak-buak ni... Rasa malas nak buat entri tapi aku paksakan diri aku jugak.
dengan kaki yang lengguh ni.. Hilang rasa nak menulis entri ni. Semuanya sebab petang tadi... Jalan-jalan suci mata. Sampai lengguh kaki ku ni... Nak mencari kelengkapan persekolahan yang bakal tiba ni. Mula-mula rasa malas nak pergi, tapi kena pergi tahun akhir pergi sekolah.

19 Disember 2013

ROMANCINTA - MOJO


Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

12 Disember 2013

Rindu??


RINDU RINDUKAN LAH DIRI KU 
SEPANJANG HARI MU SAYANG KU

Apa maksud rindu tu? Aku tak paham dan aku tak tahu feeling aku very well.

9 Disember 2013

Sebab Hidung Berdarah.

Assalamualaikum.......


Bila kita berfikir memang kita tak boleh tidur ke?
Disebabkan itu aku terfikir macam mana hidung boleh berdarah. Cuma nak tahu je...
Aku ni jenis yang suka buat research tengah-tengah malam tak pun tengah-tengah pagi.
Biasanya tentang penyakit la... sejak aku kena HPT ni aku suka research tentang penyakit... lalalaaa

Please Don't Bothering Me!


Assalamualaikum......................

Aku rasa aku perlu nampa/tengok/jumpa dengan candy crush aku ni......
Tapi macam manaa??????

4 Disember 2013

Patang Pemakanan Aku.


Menderita penyakit tertentu memang sering memerlukan anda mengelakkan makanan-makanan tertentu, termasuk jika anda terkena penyakit darah tinggi. 

Once We Were Lovers.

Ehem... ehem... Assalamualaikum....

Masih Aku Cinta - Shila Amzah.


Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu

3 Disember 2013

Incik Pink


Assalamualaikum... dan selamat pagi..
Dah pagi tapi tak reti ke nak tidur Cik Elya????

Oklah, berbalik pada tajuk yang tertera di atas aku nak cerita ni...

2 Disember 2013

Cara Mudah Buat Duit.

Assalamualaikum dan Selamat Petang..

Best kalau dapat tidur petang-petang macam ni. Dahlah hujan best.. best.. best
Lagi best kalau join 8share.

29 November 2013

I'm The Heartless

By: The illusionist



I'm the heartless,
I'm the lifeless 
I'm the careless, 
I'm the fearless.

28 November 2013

Menangis Di Klinik Merupakan Perkara YAng Memalukan

Assalamualaikum....

Langit dah gelap. Itu tanda hujan mahu turun.
Takut jugak kalau kilat berdentum.
Bermakna aku tidak bisa online dan bermakan aku tidak boleh menaip entri ini.
Oleh itu aku tidak boleh berlenggah lagi dan harus menaip dengan sepantas kilat..

Ayat agak sekema

27 November 2013

Teman Pengganti : Black ft Malique



Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

23 November 2013

Ciri-ciri Masyarakat Agraria

Terangkan definisi masyarakat agraria dan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 M dan abad ke-15 M.



Isi-Isi Penting.

Definisi Masyarakat Agraria.
  • Masyarakat yang bergantung kepada kegiatan yang berasaskan pertanian dan penternakan.
  • Masyarakat agraria memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan.
  • Tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur
  • Masyarakat ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi pertanian.
Ciri-ciri Masyarakat agraria.

Kegiatan Ekomomi
  • Kegiatan ekomoni utama masyarakat agraria di Benlanda ialah pertanian.
  • Aktiviti pertanian meliputi penanaman pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan bijirin seperti barli,gandum dan oat
  • Tanaman ini diusahakan secara insentif oleh petani dan hasil tanaman yang berlebihan dijual.
  • Penternakan dijalankan secara meluas oleh petani-petani di Belanda
  • Antara binatang yang diternak oleh penternak-penternak di Belanda ialah lembu dan kambing.
  • Masyarakat agraria juga terlibat dalam industri tenusu seperti industri menghasilkan susu , mentega, dan keju.
Petempatan.
  • terletak di kawasan lembah sungai yang subur.
  • Mendapan tanah lanar yang subur menyebabkan kawasan lembah sungai menjadi tumpuan masyarakat agraria.
  •  Kawasan pinggir pantai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur menjadi tumpuan masyarakat agraria di Belanda
Kemahiran dalam pengairan
  • mempunyai kemahiran dalam membina terusan, kolam, takungan air dan tali air bagi mengairi kawasan pertanian.
  • Masyarakat agraria di Belanda mendirikan kincir angin untuk mengalirkan air daripada tanah yang ditebus guna untuk tujuan pertanian.
Pengetahuan memelihara kesuburan tanah.
  • masyarakat agraria bergantung kepada tanah untuk kelangsungan hidup
  • mereka mencipta pelbagai kaedah dan teknik untuk memelihara kesuburan tanah
  • masyarakat agraria di Belanda menggunakan baja asli untuk meningkatkan kesuburan tanah 
  • mereka juga menjalankan kegiatan memugar tanah dan mengamalkan sistem penggiliran tanaman untuk memelihara kesuburan tanah
Kemajuan dalam teknologi pertanian
  • Masyarakat agraria mencipta pelbagai jenis peralatan yang membolehkan kegiatan pertanian dijalankan secara besar-besaran
  • masyarakat belanda mencipta tugal dan tenggala beroda untuk memugar dan membajak tanah pertanian


19 November 2013

Esei Jenayah Siber



3   Pada masa kini, pengunaan laman maya merupakan suatu keperluan sama ada oleh seseorang individu mahupun suatu organisasi. Malangnya, kebelakangan ini banyak kejadian jenayah siber berlaku. Pada pendapat anda, mengapakah jenayah siber masih berlaku dan jelaskan kesan-kesan jenayah siber tersebut kepada pebagai pihak.


Pengenalan
Penggunaan laman maya Internet dianggap sebagai suatu keperluan hampir setiap individu dan organisasi pada masa kini. Malangnya ada pihak yang menggunakan aplikasi tersebut untuk melakukan jenayah siber seperti ugutan, menyebarkan maklumat palsu dan yang biasa juga ialah menyebarkan virus.

Bil
Idea/Isi
Huraian
1
A: Punca jenayah siber
Faktor terpengaruh

·         Mangsa yang biasanya wanita
·         Terpengaruh dengan janji cinta sebelum ke perbualan telefon
·         Mangsa lelaki pula terpengaruh dengan janji teman tawaran hadiah istimewa sanggup melakukan arahan penjenayah kerana tertipu seperti mendedahkan akaun bank
·         Kebanyakan perbuatan ini dikenali sebagai African Scam yang  popular dilakukan oleh warga dari benua Afrika
2
Menjadikan jenayah sebagai bidang kerjaya komersial
·         Sesetengah penjenayah melakukan modus operandi memujuk mangsa sehingga mangsa terpedaya terutamanya bagi kes cinta siber
·         Melakukan ugutan untuk menyebarkan gambar peribadi atau sebarang maklumat peribadi untuk tujuan pemerasan
·         Jenayah boleh dijadikan secara terancang oleh satu sindiket
·         Penjenayah mungkin mahu menjual perisian antivirus yang diciptanya dengan menghantar virus tertentu.
3
Perkembangan yang pesat dalam sistem telekomunikasi maklumat

·         Pelbagai laman web sosial dicipta seperti Facebook dan Twitter telah mendorong individu mendedahkan maklumat peribadi seperti gambar, alamat, nombor telefon dan seumpamanya.
·         Tanpa disedari kemungkinan ada rakan sosial dalam Internet yang tidak mahir telah berkongsi butiran peribadi anda sehingga boleh digunakan oleh penjenayah siber.
·         Penggunaan internet merentasi sempadan dunia. Pemangsa akan melakukan serangan virus dan penggodaman ke mana-mana talian yang diketahui ada kelemahan.



4
Tidak memahami prosedur keselamatan dalam mengendalikan laman web

·         Pengguna komputer mengambil mudah sistem keselamatan yang diwujudkan dalam laman web.
·         Contohnya: Perbankan Online/atas talian dan pengguna tidak menutup akaun     e-mel atau facebook dengan teratur.
·         Kejahilan tidak membaca terma-terma janji aplikasi Internet boleh menyebabkan mereka menjadi mangsa jenayah siber
5
B: Kesan ke atas mangsa jenayah siber ialah:
Mengalami tekanan perasaan

·         Mangsa mengalami tekanan perassan seperti marah, malu dan trauma
·         Boleh menjejaskan perhubungan dengan keluarga, dengan majikan dan sebagainya
·         Mangsa mungkin mengambil jalan singkat dengan membunuh diri disebabkan malu
·         Mangsa berasa diperbodohkan oleh pemangsa.
6
Kerugian kewangan

·         Jenayah siber mengakibatkan kerugian sehingga RM49.46 juta tahun 2011, meningkat 114 peratus berbanding tahun 2010, iaitu RM20.5 juta
·         Jika mangsa jenayah tersebut ialah organisasi maka operasi akan terganggu dan mengalami kerugian besar seperti yang pernah berlaku terhadap laman web kerajaan.
·         Individu juga mengalami kerugian kerana terpaksa berbelanja untuk memperbaiki komputer.
7
Kerugian dari segi harta intelek

·         Misalnya, apabila maklumat sesebuah syarikat dicetak rompak, maka mereka akan mengalami kerugian kerana mungkin hak cipta akan ditiru
·         Pencipta hak yang mengalami kerugian akan berasa rugi dan mungkin tercabar untuk melaksanakan inovasi pada masa hadapan
·         Perbankan atas talian-laman web ditiru oleh sindiket penipuan

Kesimpulan
Jenayah siber perlu dibanteras supaya pengguna perkhidmatan tidak mengalami pelbagai kesan negatif. Selain itu, sikap pengguna sendiri perlulah sentiasa berhati-hati agar mereka tidak menjadi mangsa jenayah maya ini.

Esei Tadbir Urus



1.                  Tadbir urus yang baik memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan  negara mencapai Wawasan 2020. Jelaskan.

PENDAHULUAN
  •    Sesebuah kerajaan yang cekap pasti akan berfungsi dengan memainkan peranan utama untuk membangunkan Negara bagi mencapai wawasan Negara iaitu Negara maju menjelang 2020.
  • Para pemimpin dan pegawai perkhidmatan awam adalah dituntut memainkan peranan mereka.

  1.  PERANAN
  1.   Melaksanakan dasar pengagihan ekonomi yang saksama
  •  Kerajaan menyediakan program pembangunan ekonomi kepada semua etnik.
  • Etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain saling membantu dan bekerjasama terlibat dalam aktiviti ekonomi.
  • Kerajaan menyediakan infrastruktur ekonomi untuk merangsang penglibatan semua kaum bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.
  • Menyediakan kemudahan kredit  dan pinjaman tanpa faedah akan dapat membantu usahawan meningkatkan pendapatan isi rumah.


  1. Menjadi Institusi Birokrasi yang cekap
  • Pengurusan tadbir urus yang cekap dapat mengurangkan  karenah birokrasi.
  • Memudahkan  dan mempercepatkan urusan pelanggan dengan pihak kerajaan.
  • Program dan dasar perkhidmatan awam dapat meningkatkan keupayaan dan imej tadbir urus baik.
  • Slogan piagam pelanggan dan konsep mesra pelanggan membantu tadbir urus meningkatkan kecekapan dan pengurusan pejabat.

  1. Menggiatkan Penglibatan Agensi Awam dalam Pembangunan Negara
  • Unit Perancang Ekonomi ( UPE)  dan Unit Penyelaras Pelaksanaan(UPP)  berfungsi sebagai agensi pusat yang merancang dan menyelaras pembangunan peringkat persekutuan dan negeri.
  • Penglibatan agensi ini akan memudahkan tadbir urus melaksanakan dasar pembangunan Negara.
  
  1. Menjaga keselamatan, Keharmonian dan kebajikan rakyat.
  • Kerajaan melaksanakan program penerapan nilai-nilai murni
  • Dasar social dan penerapan budaya dan etika dalam kehidupan dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan hidup
  • Kerajaan berusaha menerapkan konsep perpaduan  dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik seperti konsep 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

  1. Mengadakan Hubungan dengan Negara luar
  • Hubungan serantau dan antarabangsa dalam bidang pentadbiran , social dan ekonomi .
  • Mengambil model ekonomi Jepun dan Korea Selatan.
  • Berlaku pemindahan teknologi dan mekanisme ekonomi baru  melalui proses pendidikan peringkat tinggi dalam dan luar Negara.
  • Kerajaan dapat mempelbagaikan sumber dan meningkatkan produktiviti.
  • Keselamatan Negara terjamin melalui kerjasama pertahanan dengan Negara sempadan dan antarabangsa.
  1. Menyediakan Prasarana Sisoal
  • Membina pusat pendidikan bertaraf dunia dan pusat kesuhatan moden.
  • Melaksanakan pendidikan sepanjang hayat dan menyediakan sukatan dan penilaian yang selaras.
  • Melengkapkan infrastruktur hospital dan klinik( contohnya Klinik 1 Malaysia ) untuk memenuhi keperluan rakyat.

KESIMPULAN
Tadbir urus yang baik akan melaksanakan peranan secara berkesan dan menyeluruh bagi merelisasikan amalan tanggungjawab social kepada rakyat

Esei Memupuk Perpaduan



.    “1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan kerana banyak memberi kepentingan  kepada negara kita yang mempunyai pelbagai kaum. Seharusnya, institusi sekolah dapat memainkan peranan dalam memupuk perpaduan nasional. Bincangkan.
 
Skema  Jawapan :

Pengenalan

Perpaduan sememangnya telah menjadi teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak negara mencapai kemerdekaan. Kerajaan telah memperkenalkan konsep 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat di negara ini. Sekolah merupakan antara institusi penting bagi merealisasikan hasrat ini.

Bil
Idea/Isi
Huraian



1
A. Kepentingan perpaduan

Menjadi sebuah negara merdeka



- Pelbagai ranjau dan duri yang telah dilalui oleh generasi
   terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.
- Hasil perpaduan masyarakat ketika itu yang berganding
   bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak
   Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada
   Tanah Melayu.
- Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada 
   nenek moyang yang harus dikekalkan agar masyarakat
   kini dapat hidup harmonis tanpa campur tangan anasir
   luar.

2.
Mewujudkan semangat kekitaan dalam masyarakat
- Menggalakkan semangat kekitaan dan menghapuskan
   sikap mementingkan diri sendiri.
- Semangat ini akan mengelakkan berlaku permusuhan
   antara kaum.
- Akibatnya, wujudlah keharmonian antara kaum dan
   mengurangkan isu perkauman.

3.
Membangunkan ekonomi negara
- Menarik minat pelancong asing untuk mengenali
   dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia
   yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan
   harmonis di bawah satu bumbung.
- Perpaduan antara kaum berjaya melahirkan suasana yang
   harmonis.
- Menarik minat pelabur asing dan menggalakkan
   perkembangan industri pelancongan di negara ini.
- Kedua-dua kegiatan ini dapat menyediakan peluang
   pekerjaan dan seterusnya mengembangkan ekonomi  
   negara.



4.
Merealisasikan wawasan negara.
- Perpaduan dapat mengekalkan keharmonian dan
   kedamaian rakyat di Malaysia.
- Kedamaian dan kesejahteraan dapat mengelakkan
   berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
   antara satu sama lain.
- Justeru, cabaran pertama dalam merealisasikan Wawasan
   2020 dapat diatasi.





5.
B. Cara-cara memupuk perpaduan di sekolah

Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan



- Keseragaman sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan,
   pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa
   pengantar.
- Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
   utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah
   mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik yang lebih
   memahami antara satu sama lain dan mengelakkan
   prasangka kaum.
6.
Aktiviti sekolah sebagai medium perpaduan
- Setiap subjek yang diajar di sekolah harus
   menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis.
- Pendedahan kepada nilai-nilai yang sama seperti
   perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling
   bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan,
   bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan
   sebagainya.
- Aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat yang
   disertai oleh kumpulan etnik membolehkan pelajar
   berinteraksi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama.
7.
Pendemokrasian pendidikan
- Memastikan agar semua kaum dapat menikmati
   kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada
   mereka bersekolah di bandar atau di luar bandar /antara
   Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan.
- Pelajar-pelajar berhak untuk bersekolah di mana-mana
   sekolah di negara kita.
- Dengan ini sekolah dapat memupuk proses integrasi
   antara etnik.
8.
Pelaksanaan Sekolah Wawasan
- Sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam
   satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan
   agama.
- Membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik
   menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama.
- Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk
   mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang
   berlainan etnik dan agama.
- Melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan
   menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua
   pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan
   pelaksanaan aktiviti.
9.
Pelaksanaan sekolah satu aliran
- Sistem yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja
   di sekolah.
- Tidak akan menghapuskan bahasa ibunda kaum-kaum  
   lain (dijadikan mata pelajaran elektif).
- Boleh bergaul secara meluas dan memahami budaya
   kaum-kaum lain.
- Semangat perkauman akan dapat dihapuskan.
- Pergaulan antara pelbagai etnik menjadikan mereka lebih
   bertoleransi antara satu sama lain.

Kesimpulan.
Kita seharusnya mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Pendidikan merupakan medium terpenting bagi mewujudkan perpaduan antara etnik. Kegagalan sekolah dalam proses integrasi akan menyebabkan kegagalan integrasi dalam pendidikan di negara ini.