3 Disember 2013

Incik Pink


Assalamualaikum... dan selamat pagi..
Dah pagi tapi tak reti ke nak tidur Cik Elya????

Oklah, berbalik pada tajuk yang tertera di atas aku nak cerita ni...

Sedang aku elok-elok baca novel ni aku pergilah selak biodata penulis dekat muka surat yang nak akhir tu..
Alih-alih nampak rupa seorang lelaki..
Muka dia boleh la daripada tak ada.. Lagi pun gambar hitam putih tak tau nak kata apa.
Lepas dah tengok gambar hitam putih nak jugak tengok gambar berwarna-warni kot..

tengok sini, godek sana, selongakar tu jumpalah Instagram Incik Jambu.
Pertama tengok rupa macam pernah tengak. Iya lah semua yang lawa semua cakap pernah tengok padahal tak pernah pun..

tengok tu, tengok ni OMG... Jambu ke dia??
Tertutup rasa hati nak suka dia.. Elok la kau tu Jambu tak adalah aku gila bayang dekat kau nanti... hahaha

Adalah aku nampak dia pakai MASK. Alah yang warna hitam tu...
Apakah maksud semua ini? lagi pun muka dia nampak licin kot..

btw lelaki jambu tak tersenarai dalam ciri lelaki idaman aku. aku tak berapa nak bekenan dengan lelaki yang lebih lawa daripada aku yang tak berapa lawa ni.. lagi-lagi kulit aku ni tak berapa nak cerah macam lelaki jambu ni.. dah lah kulit cerah, kulit dia licin dan mulus. nak bandingkan dengan aku? ke laut la jadinya...

Lebih baik lelaki ada rupa melayu sikit pun ok tak perlu nak jambu bagai ni...

Ni aku tulis ni tak bermakna aku tak suka golongan jambu ni. tapi jujur aku tak ada perasaan dengan lelaki jambu ni. Kan orang tua-tua ada kata jangan benci satu benda ni nanti suka.. Nampak tak permainan aku disitu.. kot-kot dapat lelaki jambu nanti. hahahaa

Dari pandangan aku yang tak berapa nak pandang ni... Lelaki jambu ni dia tak lembut.. cuma dia jaga penampilan. Selalunya lelaki jambu ni dikaitkan dengan lelaki korea, jepun, thailand, dan negara rakyat dia berkulit cerah ni..tu pasal aku tak berapa nak gilakan artis korea ni.. macam tak de feel pulak dengan dieorang ni...

Susah jugak heartless ni...

Tiada ulasan: