4 Disember 2013

Patang Pemakanan Aku.


Menderita penyakit tertentu memang sering memerlukan anda mengelakkan makanan-makanan tertentu, termasuk jika anda terkena penyakit darah tinggi. 


Bagi pesakit darah tinggi, ada beberapa zat makanan yang menjadi pantangan kerana boleh meningkatkan tekanan darah. Oleh kerana itu, perhatikan baik-baik pola makan anda, jangan sampai melanggar pantangan. 


Makanan berlemak jika dimakan secara berlebihan boleh membahayakan kesihatan, apatah lagi bagi pesakit darah tinggi. Hal tersebut dapat menyebabkan darah menjadi melekat pada dinding pembuluh darah sehingga darah menjadi mudah menggumpal. 


Karbohidrat sederhana juga menjadi pantangan bagi pesakit darah tinggi. Karbohidrat sederhana boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dan insulin dalam darah secara drastik


Hal itu dapat meningkatkan tekanan darah anda. Karbohidrat sederhana terdapat dalam roti putih, nasi, kentang, dan gula-gula. Selanjutnya, protein tinggi lemak pun merupakan pantangan bagi darah tinggi. 


Dalam diet sehari-hari, protein merupakan komponen penting untuk pembaikan serta pembentukan sel-sel tubuh. Akan tetapi, yang perlu anda waspadai jika protein tersebut tinggi lemak tepu


Makanya, pantang bagi anda mengambil daging merah, makanan laut selain ikan, makanan tinggi lemak, daging ayam berkulit, serta kuning telur. 


Pantangan lain yang tentunya sudah sering kita ketahui adalah makanan tinggi kadar garam. Jumlah pengambilan garam bagi harus terhad kepada maksimum 2,400 mg per hari atau satu sudu teh. 


Makanan olahan biasanya mengandungi kadar garam tinggi. Elakkan sayuran-sayuran kering, makanan ringan, terutama kerepek dan kuih masin, kicap dan rempah salad, dan sebagainya


Elakkan alkohol. Jika anda peminum berat namun menderita tekanan darah tinggi, waspadalah. Alkohol adalah salah satu pantangan wajib untuk darah tinggi. Alkohol meningkatkan tekanan darah, lalu merosakkan dinding pembuluh darah. 


Dalam tahap ketagihan, kemungkinan besar boleh terjadi komplikasi serius lain. Kurangkan kafein. Kafein juga merupakan pantangan bagi tekanan darah tinggi. Kopi misalnya, boleh bermanfaat menstabilkan tekanan darah namun dalam kadar yang berlebihan (lebih dari sama dengan lima gelas sehari) boleh memburukkan lagi tekanan darah tinggi. 


Musuh utama tekanan darah tinggi lain iaitu kolesterol. Tubuh mengandung dua jenis kolesterol, low-density lipoprotein (LDL) dan high-density lipoprotein (HDL). LDL disebut juga kolesterol jahat, boleh menyumbat pembuluh arteri, sedangkan HDL mencegah terjadinya penyumbatan. 


Tubuh dapat menghasilkan LDL dengan sendirinya, jadi anda tidak perlu mengambil lemak haiwan yang akan menambah LDL. Pola diet serta berat badan anda juga akan mempengaruhi jenis lemak lain dalam darah iaitu trigliserida. 


Lemak ini boleh menyebabkan saluran darah tersumbat yang boleh memburukkan lagi tekanan darah tinggi. Mengambil gula dan alkohol secara berlebihan juga boleh meningkatkan kadar trigliserida. 


Memang, nampaknya sebahagian besar makanan yang enak dan merupakan kegemaran anda sehari-hari malah menjadi pantangan. Namun, masih banyak bahan makanan sihat lain yang juga tidak kalah enaknya, jika dimasak sekreatif mungkin. 



Jika anda tidak boleh menghentikan pengambilan makanan pantangan sekaligus, maka ada baiknya dilakukan secara beransur-ansur. Tentu saja lebih baik lagi dilakukan dibawah pengawasan doktor atau orang yang biasa merawat anda. 


Artikel sebenar dalam bahasa Indonesia harap maklum.

Tiada ulasan: