20 Disember 2013

CINTA ITU INDAH?


Ada satu perasaan yang membuak-buak ni... Rasa malas nak buat entri tapi aku paksakan diri aku jugak.
dengan kaki yang lengguh ni.. Hilang rasa nak menulis entri ni. Semuanya sebab petang tadi... Jalan-jalan suci mata. Sampai lengguh kaki ku ni... Nak mencari kelengkapan persekolahan yang bakal tiba ni. Mula-mula rasa malas nak pergi, tapi kena pergi tahun akhir pergi sekolah.
Lepas tu dah tak pergi sekolah lagi. Dah tak ada sekolah yang boleh aku pergi lagi kecuali pergi Universiti je dan boleh pergi sekolah lagi bila bergelar seorang pendidik atau pun penjaga kepada pelajar. Itu semua 10 tahun akan datang... Ni sekarang aku nak cerita apa pun belum tahu sekadar nak menyonteng blog aku supaya tak berhabuk.

Aku rasa nak tulis pasal Cinta lah.

CINTA! CINTA! CINTA!

Siapa tak suka cinta kan?

DUIT! DUIT! DUIT!

Siapa tak suka duitkan?

Cinta dan Duit 2 benda yang saling memerlukan antara satu sama lain.

Cara kita nak tunjukkan rasa CINTA kita mesti guna DUIT.

Beli BUNGA kena ada duit. Tak ada duit mana nak bagi dia BUNGA kan?

Dah lama-lama ber "CINTA" mesti nak kahwin kan?

Macam mana nak kahwin kalau tak ada DUIT.

Apa benda yang tak guna DUIT ek?

Itu ini guna DUIT. Pergi tandas awam pun kena bayar.

DUIT boleh beli CINTA?

CINTA boleh beli DUIT?

Persamaan cinta ialah boleh dicari.

DUIT kalau hilang/tak ada boleh dicari. Cinta kalau pergi boleh cari lain.

CINTA sejati itu abadi. DUIT tak boleh dibawa mati.

Aku tak nak describe apa tu cinta tapi yang pasti CINTA ITU INDAH.

Itu pun kalau dengan orang yang benar-benar akan bersama kita nanti memang indah.

Orang kata kentut pun dikata wangi.

Biarlah CINTA dan DUIT ni seiring dan sejalan.


Tiada ulasan: