First day of Eid, baju , tudung semua ada orang yang tolong gosokkan. Biasalah orang demam lah katakan. Pagi lepas sembahyang Hari Raya tu balik rumah Uwan belah Abah aku. Adalah sedara, 2 pupu, 3 pupu dan kupu-kupu aku datang. Penuhlah satu rumah, ialah datang ramai-ramai. 12 lebih macam tu gerak pergi klinik check tekanan darah. Klinik dekat bahagian kecemasan je yang buka. Adalah seorang MA yang jaga iaitu MA yang inject aku tu. Dia tak balik raya ke ? Orang tak ramai time tu. Adalah beberapa orang. Yang aku perasan ada seorang budak lelaki ni lengkap berbaju melayu semput. Mungkin ada asthma. Mungkin juga ada sebeb lain. Lepas tu ada pulak yang patah tak sure lah kaki or tangan dia coz dia relex je berjalan.Bila sampai masanya aku check darah. Ok darah aku turun. lepas tu terus balik. Balik rumah wan belah mak aku pulak.. ada Sedara datang. bla.... bla.... bla....bla.... Sebenarnya tak best raya time sakit ni.
Raya kedua pulak... biasalah berkumpul dengan sepupu. tengak diaorang main game, dekat gadjet masing-masing. Ada yang tolong bersihkan rumah. Mak-mak pulak masak dekat dapur. Masa duduk dekat dapur jantung aku berdegup laju je. Benda ni biasa aku alami. Tiba-tiba je jantung aku berdegup laju. Entahlah. Jiran sebelah rumah ada buat jamuan makan-makan sikit. Aku dengan muka orang sakitnya pergi tunjukkan muka je.. Lepas tu terus pergi klinik check darah lagi. Darah aku naik giler. MA yang sama bagi aku ubat captopril entah apa.. Melalui pembacaan aku dari google la kan.. ubat ni makan sebab hipertensi. Lama jugak lah duduk dekat kecemasan tu. buat ECG lagi, sampaikan Nurse tu kena datang klinik sebab nak buat ECG. Lepas tu relex kejap check darah balik. turun la jugak. MA
Masa tu ada yang pengsan. Masa nak balik tu dia dah sedar dah. Ada jugak budak chinese sakit perut. Kena Enjet. Siap nak bawak pergi hospital. Kesudahan dia aku tak tahu. Busy jugak MA tu hari itu. Siap berkenalan la dengan MA tu orang mana. Siap dia bagi tahu dia anak bongsu. hahahaa....
Raya keempat pulak pergi klinik 1 Malaysia pulak. Sama je Klinik 1 Malaysia dengan Klinik kerajaan. Kena bayar RM1 jugak. Tak ada bezanya pun. MA tu tanya umur aku berapa? Soalan dia tetap sama. Tak bagi aku stress, rehat kena cukup.
Raya kelima, semalam lah.. jumpa nurse dulu ambil tekanan darah , lepas tu jumpa doktor. Dia suruh aku ambil darah , x-ray dan urine test 24hours. ok fine! kronik sangat ke ? tekanan darah aku turun.
Raya keenam. ambik darah. 2 tempat ok! rasa nak menangis. lepas kena enjet tu tempat yang kena tu lengguh. hari tu ramai yang ambik darah. Aku rasa, aku yang paling muda yang ambil darah.
Raya ke 7 aku pergi klinik lain tempat pulak. Buat xray. Ini yang aku tak faham ni. Kenapa tak ada juru xray perempuan dekat situ? Dah tak ada perempuan nak jagi juru xray ke? Pls lah. Ingat lelaki je ke yang buat x-ray ni? Habis tu perempuan x ada ke? Lepas tu ambil tekanan darah. then balik rumah...
Sepanjang raya ni kan aku tak merasa pun rendang daging yang mak aku masak, lemang pun tak merasa. Iyalah orang kata makan daging darah akan naik so aku tak makan la.. cuma tengok orang makan jer... sedihnyer...
ok tu je kot nak cerita....... Bubye.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan