30 Ogos 2013

Episod 5

Assalamualaikum.....

Semalam baru je aku balik dari seminar untuk tingkatan 6. Memenatkan.. Actually aku sebenarnya baru je balik dari Klinik tadi.

Bukan ada apa pun saja nak tengok BP aku lah tu. Keputusan darah pun belum keluar lagi. 3 Oktober 2013 kena pergi klinik. Check BP dah tak ada dah. cuma still kena makan ubat je lah..

Semalam seharian aku tak makan ubat.
Tadi Misi "Ada tanya ada makan ubat tak?"
Aku dengan konfidennye jawap
"Makan!" Dia tak tahu yang semalam aku tak makan ubat.. hahaha

Semalam aku tak makan ubat tak ada benda pun yang terjadi. Kepala aku tak sakit. Aku rasa macam biasa je...

Adalah Pak Cik yang jaga kaunter ni cakap.
" Ni mesti masa kecik-kecik suka makan jajan.."
Lidah aku kelu untuk menjawab...

Tunggu giliran nak jumpa doktor punyalah lama.
Ada Doktor tu siap nak balik padahal lepas tu giliran aku.. Tapi tak apa, mungkin doktor tu ada hal lain kot.. Tak bolehlah nak pentingkan diri sangat..

Jumpa doktor yang enjet aku tu. Doktor tu ingat aku tau...
Doktor tu tanya.
"Awak ke yang enjet tak dapat-dapat tu.."
Hahaha... see Doktor tu ingat aku tau... Dah ada 2 orang doktor yang ingat aku dan seorang MA je yang ingat aku... hahahaha (Gedik!!!!!!)

Ingat aku sebab aku ada hipertensi. Itu je...
Bulan depan tak ada pergi klinik...
bulan lagi satu baru aku pergi balik.
Lepas ni mungkin aku merindui saat-saat kena check BP ni... hihihihihiii...
Saat yang paling mencemaskan bila kena ambik darah... i will miss this moment...
Walaupun sakit tapi aku kena reda kena enjet..





Tiada ulasan: