23 Ogos 2013

Hari-hari Pergi Klinik!!!

Assalamualaikum……


Semalam  aku masih lagi pergi ke Klinik. Dah macam rumah ke- 10 aku pulak rasanya…. Hahahaa

Sampaikan ada Nurse yang kenal aku. Nampak muka aku yang cute ni je Ambil tekanan darah la tu…. Minggu depan kena ambik tekanan darah lagi. Jumaat minggu depan pulak kena jumpa doctor. Hahahahaaa… kronik betul penyakit aku ni kan boleh bawak maut kalau tak jaga pemakanan dan tak makan ubat.
Aku dah mula makan ubat darah tinggi di usia 18 tahun. Muda lagi aku dah ada penyakit keturunan tu. lepas ni kena elakkan daripada penyakit diabetes, dan kerosakan buah pinggang. Semalam check aku punya gula dalam darah masih lagi ok. Kena jaga!!!!!

Ok!!! Aku ceritakan tentang pagi semalam tadi dekat klinik. By the way Mak aku pun kena jumpa doctor hari ni, aku pulak kena ambik darah.
Mula-mula aku sampai aku relax je dulu…. Lepas tu check dekat mana nak ambik darah. Rupanya sebelah kaunter pendaftaran je…..
Aku yang blurnya,, tak tau nak buat apa… Hahahaaa. Semalam pun aku blur jugak bila nak check gula tu…

Tunggu punya tunggu sampailah giliran aku… Eh lupa pulak nak cerita.
Nak tahu tak,,, masa aku nak hantar surat boleh pulak MA yang merawat aku masa aku demam tu keluar dari tirai tu dan nampak je aku tegur… Hahahaaa…
MA tu boleh dikatakan kenal aku ok! Sebelum raya sampailah raya ke-2 muka aku ni menempek je dekat klinik tu semata-mata nak ambik tekanan darah.. hahahahahaaaa….

Kalau MA tu tak kenal aku memang dia hilang ingatan kot. Hahahahaaa
Lagi satu isnin lepas masa Mak aku hantar Wan (Nenek) aku pergi klinik dia tanya pasal kondisi tekanan darah aku. Nampak tak dia ingat rupa Mak aku dan Aku sekali… Hahahaha.. Mak aku jumpa dekat Unit kecemasan, Wan aku buat ECG.

Macam rabu hari tu  MA tu lah, yang check TD aku. Dia ada cakap

“Hah! nak check TD lah tu”

Aku hanya mampu tersenyum jer…..

Hari Khamis punya cerita pulak dia cakap.

“Nampak je muka saya darah naik”

Apa taknya gelabah, panic, seram semuanya ada tahu tak nak kena ambik darah lah katakan..

Tunggu punya tunggu sampailah giliran aku tu… Aku ingat kan MA tu yang buat tapi Doktor yang buatkan. Sebab ada seorang pesakit , dia ni kena enjet lagi sekali. Lepas je habis pesakit tu. MA tu cakap dekat Doktor.

“Adik ni, (Aku lah tu) urat susah nak cari” –MA

“Kalau jumpa KFC”- Doktor Perempuan.

Hahahahaa…. Aku hanya mampu tersenyum je…

Satu perbezaan yang aku Nampak dan rasa doctor perempuan dan MA lelaki tu pegangan dia berbeza. Kalau Doktor tu lembut je . MA pulak kuat, sakit tangan aku. Dia punya lilitan cuff (tak tahu namanya) ketat. Ada MA sorang tu tak ketat ok! Masa raya ke-3.

Doktor tu dia cucuk aku dekat lepatan lengan tempat biasa kena cucuk tu… Tak ada darah keluar. Lepas tu cari dekat tempat lain. Dekat belakang tapak tangan yang ni MA yang buat tak keluar jugak darah. Yang masa ni aku tengok sebab darah tak keluar lagi. Lepas tu dia keluar dia ambik entah apa tak tahu nama dia sebenarnya. MA tu cucuk benda tu sampailah habis benda alah tu… 15 ml kot darah aku kena ambik.. Tu tak cerita darah aku yang terbuang tu…
Aku ada cakap  “kesian darah tu”

MA tu cakap “Taka pa nanti ada darah baru yang terhasil. Lagi fresh”
Hahahaaa…

Ok fine..

Sebelum kena cucuk tu macam-macam lah doctor tu tanya aku hal perempuan. Doctor tu siap suruh aku buat urine untuk check mengandung tu. negetif keputusannya. Aku rasakan akulah yang paling lama duduk dekat tempat tu. urat aku ni suka sangat menyorokkan. Nasib baik aku yang kedua terakhir. MA dan doctor tu check la tangan kanan dan kiri aku.. tak jumpa. Dia guna tempat enjet yang besar tu. Nampak macam ngeri je… MA tu pun kata banyaknya. Bila aku dah biasa kena enjet ni aku rasa macam reda je. Sempat lagi aku senyum walaupun sakit. Lagi-lagi yang kali ketiga tu. Dia cucuk jarum kot warna putih. Macam ada dua jalur je… Doktor tu ada sebut tapi aku lupa. Dia sambungkan dengan picagari banyak lah darah memancut keluar. Lagi-lagi bila kena ikat dekat pergelangan tangan. Tak silap akulah kan sudah 6 kali kena enjet sejak 7 August 2013 ni. Sedih sungguh sekali untuk check diabetes yang sekat hujung jari tu. semalam aku ada tengok ada Nenek tu kena buat tu. dari mula Misi tu buat sampailah ke akhir dia buat… Hahaahaaa….

Aku kena biasakan semua ini. Lepas ni aku kerap kena ambik darah…. Hahaahahaa…..

Lepas habis je ambik darah tu pergi buat urine test.

Ni satu cerita aku. Hari rabu tu aku nak terkucil, tapi memandangkan dia orang suka sangat suruh aku buat urine test tu aku tak adalah pergi tandas selagi tak masuk unit kecemasan. Nanti macam-macamlah dia suruh buat ECG lah, Urine lah…. Tu yang aku tak buat. Tapi taka da pulak.. aku selalu berfikir nanti dia suruh buat tulah inilah baik aku lewatkan je…

Lepas buat urine tu tunggu result dia. Ok negetif. Tunjuk result dekat doctor tu. dia kata ok. Aku ambik pulak tekanan darah. Tekanan darah aku dah rendah. Cuma yang bawah tu agak tinggi sedikit. Tapi tak apa kot. Lepas tu tunggu mak aku pulak dia nak ambik ubat. Lepas habis tu balik. Hari isnin ni ambik tekanan darah. Jumaat pulak jumpa doctor. Setakat ni doctor yang pernah jumpa aku 3 orang kot. MA pun 3 orang. Hahahaa elok lah tu.. Tunggu lah Jumaat minggu depan jumpa doctor mana pulak.

benda ni lah yang check aku punya paras gula dalam darah. aku tak ingat pulak apa nama kelenjar tu. 




THE END!!!

Tiada ulasan: