31 Ogos 2013

mimpi !!!!!

Assalamualaikum....

Semalamkan sebelum aku jumpa doktor boleh pulak aku bermimpi pagi tu bp aku tinggi.
Hahaha... tragis bukan?

Aku tak boleh pikir sesuatu benda.
Nanti sampai bawak ke mimpi. ..
Sebab tu lah aku termimpi pasal dp aku ni..
Hahahahaaa

Alhamdulillah. .. bp aku dah ok  la... tu pun kena makan ubat... actually aku tak makan ubat lagi ni...
2 bulan lagi baru jumpa doktor... hahahaa...

30 Ogos 2013

Episod 5

Assalamualaikum.....

Semalam baru je aku balik dari seminar untuk tingkatan 6. Memenatkan.. Actually aku sebenarnya baru je balik dari Klinik tadi.

Bukan ada apa pun saja nak tengok BP aku lah tu. Keputusan darah pun belum keluar lagi. 3 Oktober 2013 kena pergi klinik. Check BP dah tak ada dah. cuma still kena makan ubat je lah..

Semalam seharian aku tak makan ubat.
Tadi Misi "Ada tanya ada makan ubat tak?"
Aku dengan konfidennye jawap
"Makan!" Dia tak tahu yang semalam aku tak makan ubat.. hahaha

Semalam aku tak makan ubat tak ada benda pun yang terjadi. Kepala aku tak sakit. Aku rasa macam biasa je...

Adalah Pak Cik yang jaga kaunter ni cakap.
" Ni mesti masa kecik-kecik suka makan jajan.."
Lidah aku kelu untuk menjawab...

Tunggu giliran nak jumpa doktor punyalah lama.
Ada Doktor tu siap nak balik padahal lepas tu giliran aku.. Tapi tak apa, mungkin doktor tu ada hal lain kot.. Tak bolehlah nak pentingkan diri sangat..

Jumpa doktor yang enjet aku tu. Doktor tu ingat aku tau...
Doktor tu tanya.
"Awak ke yang enjet tak dapat-dapat tu.."
Hahaha... see Doktor tu ingat aku tau... Dah ada 2 orang doktor yang ingat aku dan seorang MA je yang ingat aku... hahahaha (Gedik!!!!!!)

Ingat aku sebab aku ada hipertensi. Itu je...
Bulan depan tak ada pergi klinik...
bulan lagi satu baru aku pergi balik.
Lepas ni mungkin aku merindui saat-saat kena check BP ni... hihihihihiii...
Saat yang paling mencemaskan bila kena ambik darah... i will miss this moment...
Walaupun sakit tapi aku kena reda kena enjet..





26 Ogos 2013

Candy Crush Aku Punya

Assalamualaikum.......

Selalunya bila aku nampak je dia mesti aku senyum sampai ke telinga. Tapi semenjak dah jumpa candy crush yang baru ni. Dah hilang perasaan itu semua. Tak apa candy crush tu.. aku tak tahu berapa lama mampu menjadi candy crush aku...

Hati aku cepat berubah-ubah. Untuk candy crush aku tu rasanya tak apa kot. Candy crush tak ada makna bagi aku sekadar mampu suka dari jauh. Tapi aku suka tengok dia...  hahahaaa

...

Kalau google translate crush ni maksud dia menghancurkan. Tak ada kena mengena dengan orang yang kita minat kan... Tapi kalau dekat urban dictionary crush maksud dia 


a burning desire to be with someone who you find very attractive and extremely special.



kalau translate...

keinginan membara untuk bersama dengan seseorang yang anda dapati sangat menarik dan sangat istimewa....


Adalah kena mengena sikit dengan apa yang cuba aku sampaikan.

Nak kata sikit.. candy crush aku bukan dalam kalangan budak sekolah.... Sebab aku dah Form 6 dan aku tak suka lelaki yang muda atau beza umur dengan aku 1 atau 2 tahun tua dari aku ataupun sebaya. At least mestilah 5 - 10 tahun tua dari aku... hahahaha...

Tak bermakna aku suka dekat orang tua ok!!!!!!!!! Tapi sekurang-kurangnya mestilah macam tu... dan aku tak suka tengok lelaki tegap ni macam Aaron Aziz dan Fahrin Ahmad tu.. badan sasa yang membuat aku meluat... cukuplah dia yang sederhana.. hahahaaa...

PS: Esok nak kena pergi seminar untuk 3 hari dekat Melaka je... so malam ni kenalah paking barang-barang... Rasa nak bawak satu rumah je...

25 Ogos 2013

Terima atau Tidak?

Assalamualaikum.....

Aku ada apply Politeknik ambilan Disember 2013, dan aku dapat Diploma Pemasaran dekat Politeknik Merlimau, Melaka.

Dan aku sekarang ni tak tahu sama ada nak terima atau tolak untuk kali yang kedua ni. Bulan 5 hari tu aku dah tolak Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dekat Politeknik Muadzam Shah.

Tahu tak susah nak buat keputusan ni!!!!!!!!!!!!!!!
Tambahan pula sekarang ni aku dah ada sakit TDT ni.. Camne??????????

Bukan aku tak nak teruskan Form 6 ni... Tapi Form 6 ni terang lagikan bersuluh susah!!!!!
Tahu tak susah!!!!! Masa tak cukup!!!! PBS lagi!!!!!

Aku tak nak buat keputusan boleh tak........ Aku tak suka nanti aku kecewa....

Takkan Terpisah - Black (OST Jodoh Itu Milik Kita)

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah......
Takkan terpisah.....

Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa,

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa,
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta..

Takkan terpisah..
Takkan terpisah..

Demi cintaku….
Demi cintamu….

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta…

Takkan terpisah
Takkan terpisah

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku

24 Ogos 2013

Nasihat Dari Doktor, MA dan Misi Untuk Aku.

Assalamualiakum........

Hampir 3 minggu aku ulang alik pergi klinik ni pelbagai nasihat, petua yang aku dapat antaranya


  1. Jangan STRESS!
  2. Jangan tidur lewat
  3. Jangan makan benda yang masin.
  4. Minum air asam
  5. Minum jus epal tanpa gula
  6. Jangan makan sos terutamanya sos tiram
  7. Jangan makan ubat ikut sesuka hati
  8. Kalau sakit kepala/pening pergi hospital
  9. Jangan simpan penyakit dekat rumah
  10. Jangan lupa makan ubat..
hahahahaha. Aku nak huraikan beberapa nasihat dan petua ni. beberapa je...

Aku cuma stress bila tak siap kerja sekolah je... Aku tak adalah stress sangat kebelakangan ni. Mungkin masa pergi klinik 7 August hari tu tekanan darah aku tinggi sebab aku baru lepas exam mungkin aku stress sebab exam.... Misi kata frust bercinta pun boleh jadi penyebabnya. Masalahnyakan aku tak percinta pun nak frust macam mana?????

Tidur lewat tu hobi aku tahu. kalau dulu selagi tak pukul 1 pagi, selagi itu aku tak tidur. masa aku cuti dulu sebelum masuk form 6 aku memang tidur lewat. Kalau check tekanan darah masa tu memang tinggi kot sebab tak reti nak tidur awal

Jangan suka hati nak makan ubat. ok, Doktor kata jangan makan ubat sesuka hati sebaliknya pergi je hospital. Takut kena serangan stroke. hari tu aku ada pening, sakit kepala Misi kata kalau sakit kepala makan ubat parasil tu.. so aku makan aku makan lah.... alih-alih doktor kata jangan makan ubat ikut suka hati. kalau ikut aku memang aku tak nak makan ubat pun. tapi memandangkan darah aku ni tak reti tak nak turun. tu lah sebabnya aku makan ubat.

kalau pening pergi hospital. nampak macam pelik je tapi hakikatnya aku harus aku dengan cakap doktor. Ataupun aku akan berdia diri saja. 

Aku mungkin tak akan lupa makan ubat tapi aku akan terlewat makan ubat saja . aku juga tak pandai untuk makan ubat ikut waktu. Tiap kali aku akan terlewat sebab aku masih baru lagi untuk memahaminya....\

hahahaaaa
ok lah tu je lah untuk hari ni...

bubyee








23 Ogos 2013

Mengarut Jee....


“ Tak salah kalau aku katakan yang aku sudah jatuh suka dekat seseorang. Tapi salah kalau aku suka dekat milik orang. Sebab itu aku hanya mampu suka seseorang daripada mencintai. Sebab aku tahu aku tak akan pernah mampu memiliki cinta seseorang. Atau lebih tepat sekali, takut terkecewa. Aku tak tahu apa sebenarnya status dia. Elok rasanya aku tak tahu apa status dia. Kadang-kadang bila aku tak tahu status dia,ia membuat aku tertanya-tanya apa status sebenarnya. Tapi cukup memadai jika aku mampu melihat dia dari jauh. Jikalau benar dia milik orang hapuskanlah perasaan ini dari dia. Semoga dia bahagia dengan pasangan dia. Jika tidak hadirkanlah perasaan itu pada diri aku dan dia.
 Demi cintaku, demi cintamu , jangan biarku tersiksa! ”


 Assalamualaikum.... aku agak mengarut malam ini. sejak belajar sastera ni, mengarut je lah keje aku. tapi tak apa semester 3 kena buat sajak. Ni kira asah bakat je dulu... hahahaahahaaa

Hari-hari Pergi Klinik!!!

Assalamualaikum……


Semalam  aku masih lagi pergi ke Klinik. Dah macam rumah ke- 10 aku pulak rasanya…. Hahahaa

Sampaikan ada Nurse yang kenal aku. Nampak muka aku yang cute ni je Ambil tekanan darah la tu…. Minggu depan kena ambik tekanan darah lagi. Jumaat minggu depan pulak kena jumpa doctor. Hahahahaaa… kronik betul penyakit aku ni kan boleh bawak maut kalau tak jaga pemakanan dan tak makan ubat.
Aku dah mula makan ubat darah tinggi di usia 18 tahun. Muda lagi aku dah ada penyakit keturunan tu. lepas ni kena elakkan daripada penyakit diabetes, dan kerosakan buah pinggang. Semalam check aku punya gula dalam darah masih lagi ok. Kena jaga!!!!!

Ok!!! Aku ceritakan tentang pagi semalam tadi dekat klinik. By the way Mak aku pun kena jumpa doctor hari ni, aku pulak kena ambik darah.
Mula-mula aku sampai aku relax je dulu…. Lepas tu check dekat mana nak ambik darah. Rupanya sebelah kaunter pendaftaran je…..
Aku yang blurnya,, tak tau nak buat apa… Hahahaaa. Semalam pun aku blur jugak bila nak check gula tu…

Tunggu punya tunggu sampailah giliran aku… Eh lupa pulak nak cerita.
Nak tahu tak,,, masa aku nak hantar surat boleh pulak MA yang merawat aku masa aku demam tu keluar dari tirai tu dan nampak je aku tegur… Hahahaaa…
MA tu boleh dikatakan kenal aku ok! Sebelum raya sampailah raya ke-2 muka aku ni menempek je dekat klinik tu semata-mata nak ambik tekanan darah.. hahahahahaaaa….

Kalau MA tu tak kenal aku memang dia hilang ingatan kot. Hahahahaaa
Lagi satu isnin lepas masa Mak aku hantar Wan (Nenek) aku pergi klinik dia tanya pasal kondisi tekanan darah aku. Nampak tak dia ingat rupa Mak aku dan Aku sekali… Hahahaha.. Mak aku jumpa dekat Unit kecemasan, Wan aku buat ECG.

Macam rabu hari tu  MA tu lah, yang check TD aku. Dia ada cakap

“Hah! nak check TD lah tu”

Aku hanya mampu tersenyum jer…..

Hari Khamis punya cerita pulak dia cakap.

“Nampak je muka saya darah naik”

Apa taknya gelabah, panic, seram semuanya ada tahu tak nak kena ambik darah lah katakan..

Tunggu punya tunggu sampailah giliran aku tu… Aku ingat kan MA tu yang buat tapi Doktor yang buatkan. Sebab ada seorang pesakit , dia ni kena enjet lagi sekali. Lepas je habis pesakit tu. MA tu cakap dekat Doktor.

“Adik ni, (Aku lah tu) urat susah nak cari” –MA

“Kalau jumpa KFC”- Doktor Perempuan.

Hahahahaa…. Aku hanya mampu tersenyum je…

Satu perbezaan yang aku Nampak dan rasa doctor perempuan dan MA lelaki tu pegangan dia berbeza. Kalau Doktor tu lembut je . MA pulak kuat, sakit tangan aku. Dia punya lilitan cuff (tak tahu namanya) ketat. Ada MA sorang tu tak ketat ok! Masa raya ke-3.

Doktor tu dia cucuk aku dekat lepatan lengan tempat biasa kena cucuk tu… Tak ada darah keluar. Lepas tu cari dekat tempat lain. Dekat belakang tapak tangan yang ni MA yang buat tak keluar jugak darah. Yang masa ni aku tengok sebab darah tak keluar lagi. Lepas tu dia keluar dia ambik entah apa tak tahu nama dia sebenarnya. MA tu cucuk benda tu sampailah habis benda alah tu… 15 ml kot darah aku kena ambik.. Tu tak cerita darah aku yang terbuang tu…
Aku ada cakap  “kesian darah tu”

MA tu cakap “Taka pa nanti ada darah baru yang terhasil. Lagi fresh”
Hahahaaa…

Ok fine..

Sebelum kena cucuk tu macam-macam lah doctor tu tanya aku hal perempuan. Doctor tu siap suruh aku buat urine untuk check mengandung tu. negetif keputusannya. Aku rasakan akulah yang paling lama duduk dekat tempat tu. urat aku ni suka sangat menyorokkan. Nasib baik aku yang kedua terakhir. MA dan doctor tu check la tangan kanan dan kiri aku.. tak jumpa. Dia guna tempat enjet yang besar tu. Nampak macam ngeri je… MA tu pun kata banyaknya. Bila aku dah biasa kena enjet ni aku rasa macam reda je. Sempat lagi aku senyum walaupun sakit. Lagi-lagi yang kali ketiga tu. Dia cucuk jarum kot warna putih. Macam ada dua jalur je… Doktor tu ada sebut tapi aku lupa. Dia sambungkan dengan picagari banyak lah darah memancut keluar. Lagi-lagi bila kena ikat dekat pergelangan tangan. Tak silap akulah kan sudah 6 kali kena enjet sejak 7 August 2013 ni. Sedih sungguh sekali untuk check diabetes yang sekat hujung jari tu. semalam aku ada tengok ada Nenek tu kena buat tu. dari mula Misi tu buat sampailah ke akhir dia buat… Hahaahaaa….

Aku kena biasakan semua ini. Lepas ni aku kerap kena ambik darah…. Hahaahahaa…..

Lepas habis je ambik darah tu pergi buat urine test.

Ni satu cerita aku. Hari rabu tu aku nak terkucil, tapi memandangkan dia orang suka sangat suruh aku buat urine test tu aku tak adalah pergi tandas selagi tak masuk unit kecemasan. Nanti macam-macamlah dia suruh buat ECG lah, Urine lah…. Tu yang aku tak buat. Tapi taka da pulak.. aku selalu berfikir nanti dia suruh buat tulah inilah baik aku lewatkan je…

Lepas buat urine tu tunggu result dia. Ok negetif. Tunjuk result dekat doctor tu. dia kata ok. Aku ambik pulak tekanan darah. Tekanan darah aku dah rendah. Cuma yang bawah tu agak tinggi sedikit. Tapi tak apa kot. Lepas tu tunggu mak aku pulak dia nak ambik ubat. Lepas habis tu balik. Hari isnin ni ambik tekanan darah. Jumaat pulak jumpa doctor. Setakat ni doctor yang pernah jumpa aku 3 orang kot. MA pun 3 orang. Hahahaa elok lah tu.. Tunggu lah Jumaat minggu depan jumpa doctor mana pulak.

benda ni lah yang check aku punya paras gula dalam darah. aku tak ingat pulak apa nama kelenjar tu. 




THE END!!!

21 Ogos 2013

Kenapa?????

Assalamualaikum.....

Sebenarnya aku pelik kenapa aku perlu takut pergi klinik.
MA, Doktor, Nurse dan yang sewaktu dengannya..
Dalam beberapa minggu aku pergi klinik ni kan. Nurse, MA, Doktor dia semuanya baik-baik je..
Tak adalah garang... hahahaaa ingat ni cikgu ke nak kena garang-garang.

Aku pelik lah....
Bila sampai je aku punya giliran mulalah jantung aku dup dap dup dap dengan lajunya macam baru berlari... hahahaaa
Tadi doktor tu pun kata buat apa nak takut doktor bukannya makan orang pun...
Mungkin aku cepat gelabah kot.

Ermmmm.... Tadi aku dapat MC sehari je....
Kepala aku pening... Hari tu tak ada pulak peningnya. Mungkin sebab sekolah kot.
Tadi MA yang cucuk aku dekat 2 tempat tu kata mungkin TDT aku tinggi sebab tiroid.
Eh tiroid tu bukan kelenjar ke?? Fungsi dia aku dah lupa....
Kalau sebab tonsils tu aku percaya. Dan sekarang aku punya tekat sakit nak menelan. Tapi tak sesakit masa nak raya hari tu lah... Hari tu dah elok tapi hari ni sakit balik.

Tadi aku kena cucuk dekat hujung jari sebab nak check ada diebetis ke tak.. Alhamdulillah tak ada. lima point berapa tah aku punya gula... kalau dah 8 keatas tu dah diabetis la tu... kolestrol aku ok. Nanti nak scan buah pinggang pulak. X-ray hari tu pun elok.. cuma tekanan darah aku je yang tinggi ni..

Hari ni tekanan darah aku yang paling tinggi. Mula 190++ lepas tu turun 157. Kali kedua naik balik aku tak ingat. Kali ketiga naik. lepas tu biasalah... Unit kecemasan menanti aku...hahahaa
Dekat situ adalah MA yang praktikal.. Hari tu ambik darah pun ada jumpa diaorang. And then hari ni aku jumpa dia orang dekat unit kecemasan. Semuanya lelaki. Dekat unit kecemasan tu apalagi masuk je MA yang cucuk aku yang tak jumpa urat tu dia tegur... hahahaaaa. Dia ingat aku kot...
Dekat situ TDT aku 180 yang bawah dia aku tak ingat.. Lepas tu buat ECG. ada part yang memalukan time ECG tu... tak guna punya MA praktikal tu!!!!!!!! hurghhhhh.......

Blaaa.... blaaaa.... blaaaa....

Jumpa doktor.Nama dia Doktor Ernita. Macamlah dia cakap... Lepas tu ramai pulak Misi masuk tanya itu ini... Lama tau dalam tu. Then Doktor lelaki yang check aku masa sehari sebelum raya tu pun meyebok jugak..... ok fine!!!!!! blaaaaaaaaaaa.......... blaaaaaaaaaaaaaaaaaa

THE END... hahahaaa\

Sebenarnya tak habis pun lagi..... malas nak kenang benda yang lepas.....













14 Ogos 2013

Seminggu Beraya

Second story about my Eid. hahahaa

First day of Eid, baju , tudung semua ada orang yang tolong gosokkan. Biasalah orang demam lah katakan. Pagi lepas sembahyang Hari Raya tu balik rumah Uwan belah Abah aku. Adalah sedara, 2 pupu, 3 pupu dan kupu-kupu aku datang. Penuhlah satu rumah, ialah datang ramai-ramai. 12 lebih macam tu gerak pergi klinik check tekanan darah. Klinik dekat bahagian kecemasan je yang buka. Adalah seorang MA yang jaga iaitu MA yang inject aku tu. Dia tak balik raya ke ? Orang tak ramai time tu. Adalah beberapa orang. Yang aku perasan ada seorang budak lelaki ni lengkap berbaju melayu semput. Mungkin ada asthma. Mungkin juga ada sebeb lain. Lepas tu ada pulak yang patah tak sure lah kaki or tangan dia coz dia relex je berjalan.Bila sampai masanya aku check darah. Ok darah aku turun. lepas tu terus balik. Balik rumah wan belah mak aku pulak.. ada Sedara datang. bla.... bla.... bla....bla.... Sebenarnya tak best raya time sakit ni.

Raya kedua pulak... biasalah berkumpul dengan sepupu. tengak diaorang main game, dekat gadjet masing-masing. Ada yang tolong bersihkan rumah. Mak-mak pulak masak dekat dapur. Masa duduk dekat dapur jantung aku berdegup laju je. Benda ni biasa aku alami. Tiba-tiba je jantung aku berdegup laju. Entahlah. Jiran sebelah rumah ada buat jamuan makan-makan sikit. Aku dengan muka orang sakitnya pergi tunjukkan muka je.. Lepas tu terus pergi klinik check darah lagi. Darah aku naik giler. MA yang sama bagi aku ubat captopril entah apa.. Melalui pembacaan aku dari google la kan.. ubat ni makan sebab hipertensi. Lama jugak lah duduk dekat kecemasan tu. buat ECG lagi, sampaikan Nurse tu kena datang klinik sebab nak buat ECG. Lepas tu relex kejap check darah balik. turun la jugak. MA

Masa tu ada yang pengsan. Masa nak balik tu dia dah sedar dah. Ada jugak budak chinese sakit perut. Kena Enjet. Siap nak bawak pergi hospital. Kesudahan dia aku tak tahu. Busy jugak MA tu hari itu. Siap berkenalan la dengan MA tu orang mana. Siap dia bagi tahu dia anak bongsu. hahahaa....

Raya keempat pulak pergi klinik 1 Malaysia pulak. Sama je Klinik 1 Malaysia dengan Klinik kerajaan. Kena bayar RM1 jugak. Tak ada bezanya pun. MA tu tanya umur aku berapa? Soalan dia tetap sama. Tak bagi aku stress, rehat kena cukup.

Raya kelima, semalam lah.. jumpa nurse dulu ambil tekanan darah , lepas tu jumpa doktor. Dia suruh aku ambil darah , x-ray dan urine test 24hours. ok fine! kronik sangat ke ? tekanan darah aku turun.

Raya keenam. ambik darah. 2 tempat ok! rasa nak menangis. lepas kena enjet tu tempat yang kena tu lengguh. hari tu ramai yang ambik darah. Aku rasa, aku yang paling muda yang ambil darah.

Raya ke 7 aku pergi klinik lain tempat pulak. Buat xray. Ini yang aku tak faham ni. Kenapa tak ada juru xray perempuan dekat situ? Dah tak ada perempuan nak jagi juru xray ke? Pls lah. Ingat lelaki je ke yang buat x-ray ni? Habis tu perempuan x ada ke? Lepas tu ambil tekanan darah. then balik rumah... 

Sepanjang raya ni kan aku tak merasa pun rendang daging yang mak aku masak, lemang pun tak merasa. Iyalah orang kata makan daging darah akan naik so aku tak makan la.. cuma tengok orang makan jer... sedihnyer...

ok tu je kot nak cerita....... Bubye.....

13 Ogos 2013

Cerita Sehari Sebelum Raya.



Assalamualaikum.................




Tadikan MA injection aku dua kali. 2 kali ok! Rasa nak menangis je!!!!!


Hari tu sebelum raya pun kena injection juga. MA tu pegang tangan aku kuat tau!! Lelaki la katakan kuat. 2-3 hari sebelum raya aku sebenarnya demam. Aku pergi Klinik Swasta tak elok aku pergi Klinik Kerajaan baru lah baik sikit. Ubat dekat Klinik Swasta ubat dia susah nak cair tapi kalau dekat klinik kerajaan senang je nak cair.hahahaa tak reti makan ubat la katakan kena la cairkan..lalalaaa
Kalau pergi klinik swasta dia tanya sakit apa je kan kalau dekat klinik kerajaan dia siap periksa tekanan perasaan  darah. Kalau tak percaya cuba pergi klinik kerajaan ok.


Masa aku pergi klinik tu aku ada sakit tekak a.k.a. tonsils kot.. Sebab doktor kata ada bengkak. Punyalah susah aku nak menelan. Sedih tau.
Masa aku pergi klinik tu muka aku punya la monyok dan sekarang kalau aku pergi pakai baju kurung ok! hahahaa. 


ok aku nak ceritakan apa benda yang aku buat dekat klinik tu. Mula-mula Nurse check tanya itu ini  sakit apa. Dengan suara yang tak ada aku cuma angguk dan geleng jer.... Lepas tu bermulalah episod ngeri aku. Nurse check tekanan darah aku. Check punya check 2 kali Nurse tu check tekanan darah aku tinggi da... Dia suruh aku pergi tempat kecemasan. Disitulah bermula episod cinta lara aku... hahahaa.. mana ada la..  Dekat situ dia check darah aku lagi guna mesin entah apa namanya alah yang besar tu.. Sakit lengan aku tahu 2 kali mesin tu buat. MA tu dahlah ikat ketat-ketat sedih. 


Lepas tu tekanan darah aku tetap tinggi dia suruh check jantung pulak. Punyalah jantung aku berdegup dengan laju. Entah apa nama mesin tu siapa pernah buat tahulah apa yang kena buat. Aku tak nak cerita part ni. sebab ia agak sulit dan terpencil... hahaaa


Lepas tu MA inject aku sebab dia nak ambil darah aku. Yang ni aku tak boleh tahan. Urat aku tak keluar hahahaa.. Kesian aku tengok MA tu penat dia mesti dia geram. Lalalaa akhirnya dia dapat dekat belakang tapak tangan. MA ni dia pegang tangan aku kuat lak ai.. Tak sedar ke aku ni perempuan! budak pulak tu. Pegang lembut-lembut tak boleh ke? Nasib baik muka boleh tahan..Sabar je la.. hahaha.. Amboi Elya gatalnya .  Sebenarnya aku perasan yang MA tu pening. Lepas tu aku akan tergelak dalam senyuman.. Ada ke tu? Lepas tu doktor india datang check tekanan darah lagi stress aku. check suhu aku. Mak aku kata dia tembak dengan entah apa mana alat tu.. hahaahaa.. Lepas itu dia suruh buat urine test. Nasib baik aku memeng nak terkucil. Sejuk tahu duduk dekat kecemasan tu. Dah la pasang aircon pasang pulak kipas. tak reti sejuk ke orang yang duduk dekat situ?


Nak tunggu keputusan dekat lab tu Doktor dan MA tu keluar tanya aku..


MA: Adik puasa tak?

dalam hati aku nak je aku gelak

Aku : Tak!.


Lepas tu dia kata nak masuk air. Part inject2 ni yang buat aku ketawa ni.. Tapi dia tak buat pun nak cari urat nak ambil darah pun susah ni kan nak masuk air. Doktor tu check la... lepas tu dia ketuk-ketuk dekat bahagian belakang badan aku. Aku rasa sakit la tapi tak adalah sesakit tangan yang memukul tu.. bla..bla...blaaa...  Dia suruh aku check darah tiap hari mula raya pertama sampailah raya keempat. Raya kelima tu kena jumpa doktor. Lepas tu ambil ubat and than balik rumah. Balik rumah makan ubat dan tidur. Bangun tidur , tidur balik. Sampailah orang berbuka aku duduk dalam bilik. Orang main bunga api @ mercun aku tengok je… Lepas tu tengok Cerita Setia Hujung Nyawa. Lawak part yang akhir tu….

Eh, lupa nak cerita Kakak aku jahit baju aku malam raya ok! Sebenarnya baju raya aku tak siap ataupun tak buat lagi pun gunting pun tak tu yang terpaksa pakai baju warna wajib tu... hahahaa

Ada lagi sambungan nanti-nanti aku cerita lagi.. okey

Aku rasa mesin yang check jantung tu nama dia Elektrocardiogram (ECG). Kalau nak tahu apa tu ECG google la.. ok bubye




2 Ogos 2013

Permohonan Kemasukan ke Program Diploma Politeknik Sesi Disember 2013




Assalamualaikum......

Aku baru je dapat mesej dari 15888. Mulai 19 Julai hari tu dah boleh update untuk kemasukan bagi sesi Dis 2013 sehinggalah 19 ogos ni...
Dan aku rasa belum terlambat lagi untuk aku update kan aku punya tu kan....
kalau nak diikutkan keputusan akan diumunkan pada 23 ogos ni la...

Kalau nak buat boleh lah Klik disini!!! ...

Yang penting aku akan buat!!!!!!
Ni untuk yang ada apply hari tu dan tak dapat untuk kemasukan julai sahaja!!!!
dan tak payah nak beli no pin dekat BSN pun....