15 Julai 2013

Entah.....



Assalamualaikum....

Result STPM Semester 2 sudah keluar. 
Dan walaupun ianya tidak ada kena mengena dengan aku untuk waktu dan ketika ini
Tapi aku perlu mengambil berat tentang perihal STPM ini
Sebab aku bakal mengambilnya nanti
Biarpun masih lama lagi perjalanan untuk sampai disitu
Dan sebelum untuk aku sampai ke situ
Aku ada satu perasaan was-was terhadap STPM ni!
Adakah aku mampu membawanya?
aku takut...

Kenapa aku masuk Tingkatan 6?
kerana aku tak mahu berjauhan dengan keluarga
Kerana aku tak mahu menanggung hutang yang banyak
Kerana aku tak mahu membuang masa
kerana aku mahu ke menara gading

Kadang-kadang adakah aku layak untuk ke tingkatan 6 ini?
Aku tak rajin untuk membuat itu dan ini
tetapi aku ingin ke tingkatan 6 juga
Tak tahukah aku bahawa pelajar tingkatan 6 ini 
seperti mengejar masa untuk melaksanakan tugasan itu dan ini
Tak rasakah ini membebankan pelajar

Ini yang menyebabkan aku takut aku tak mampu bertahan
Walaupun bukan aku tapi mereka punya result yang keluar
Tapi aku merasakan tekanan
Tekanan yang menakutkan aku
Tekanan yang akan membebankan aku












Apakah ini?
Adakah silap MPM?
adakah silap pemeriksa kertas?
Adakah silap guru yang mengajar?
Ataupu silap pelajar itu sendiri?????


Aku tak mampu untuk mengatakan apa-apa
Sebab aku belum melaluinya lagi
tapi seboleh-bolehnya aku tidak mahu jadi sepertinya




Tiada ulasan: