30 Jun 2013

Tips Untuk Semasa MUET

Hai..........Disebabkan esok bermulanya test MUET untuk SPEAKING!!!
so aku nak bagi tips sikit... bukan tips untuk SPEAKING.... Sebab aku pun tak ambil lagi...

Walaupun next sem baru aku ambil. Tapi aku kena tahu juga tips.. Sebab aku ni ada darah gemuruh!!!
Cepat gelabah!! Nanti parkinson mulalah datang..



1. JANGAN TAKUT DAN GABRA
bila start,tarik nafas panjang-panjang. cuba senyum. percayalah. .jika kita takut dan gabra, apa yang kita ingat dan baca kita akan mudah lupa. jadi sebaiknya, cuba untuk tenangkan diri. anggap lah examiners tu hanya seorang manusia yang  tidak tahu apa-apa. kalau boleh, minum lah air mineral banyak-banyak untuk tenangkan diri. 

2. KONFIDEN APA YANG TELAH KITA CAKAP
setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut kita, kita hendaklah yakin seadanya. yakin akan membuatkan kita bercakap lancar dan banyak idea yang datang .. jika kita tidak pasti makna sesuatu perkataan  kita cakap juga apa yang kita mahu cakap asalkan examiner faham apa yang kita ingin sampaikan. setiap perkataan yang kita cakap adalah markah. walau macam mana susah sekalipun soalan tu, kena cuba  cakap dan bagi point.. 

3. EYE CONTACT  
eye contact juga penting. eye contact akan membuatkan examiner melihat kita sebagai seorang yang serius dan yakin dalam topik perbincangan. jangan tunduk ketika bercakap. ini menunjukkan anda tidak yakin. bila ada eye contact orang akan jelas dan lebih faham apa yang anda ingin sampaikan.

4. GUNA BODY LANGUAGE
so, kena la ada intonasi dan body language. penting juga tau.. nama pon perbincangan. so, letak tangan atas meja. jangan letak bawah meja. setiap opinion kita bagi kalau boleh, tangan mestilah gerak sana sini di udara gitu cewah..jangan buat hip hop sudah. so, bila ada body language,baru lah orang faham apa yang anda  ingin sampaikan.

5. TAK PERLU MALU BILA TERGAGAP ATAU TERSASUL
bila tergagap...tak perlu malu lah. just teruskan dan cuba. anggaplah semua orang kat dalam tu pun bukan bagus sangat. 
insyallh :)

6.. TONE SUARA YANG SEDEHANA DAN JELAS
guna tone suara yang sederhana. tidak terlalu kuat atau terlalu slow. jika tidak bersetuju dengan pendapat candidate lain, jangan tinggikan suara macam nak bergaduh. beritahu dengan sopan, " it sounds like a good idea, but......"   dan kalau boleh jangan sentuh isu sensitive contohnya agama, bangsa dan politik. jika anda berbuat demikian, minus mark...

7.. JANGAN BUAT BUNYI SEPERTI "UM" "ER" "EH"
cuba elak... memang kita tidak boleh nak elakkan bila kita tiada idea. tapi kalau boleh cuba elakkan..

Tiada ulasan: