16 Julai 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI AKADEMIK 2 2013/2014



Permohonan Online ke Program Diploma/Asasi Undang-Undang/Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina Sesi Akademik 2 2013/2014 telah dibuka mulai 1 JULAI 2013 JAM 10 PAGI hinga 18 OGOS 2013. 

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan (LEPASAN SPM, PRA-DIPLOMA) untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.

Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 1 Julai  2013 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 1 Julai  2013 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).

Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/ PROFESIONAL) semasa pembelian no. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip , tiada pemulangan bayaran.


Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 1 Julai  2013 (Isnin).
 Tarikh tutup  permohonan online pada 18 Ogos  2013.



kalau nak tengok SPM kita sesuai ke tidak dengan  syarat kelayakan , kita boleh check dekat sini http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan.cfm

+++++++

Dan aku rasa nak apply lahh...............


Tiada ulasan: