25 Mac 2014

Ambik darah lagi

Assalamualaikum.....

MH370 berakhir dikesan di Lautan Hindi.

sekarang ni dah hari selasa persamaan 25/3/2014.
Aku nak bercerita tentang ambik darah semalam.

soalan aku dekat MA sebab tengok dia macam dah give up.
" Boleh tak kalau tak ambik darah? "
" Mana boleh Dr kan dah suruh "



Kenapa aku tanya soalan tu. Sebab aku kesian dekat diri aku dan kesian jugak dekat MA tu. Dia give up nak enjet aku setelah dua kali enjet dan setitik darah pun tak menitis. Apa ayat aku ni. Macam karangan je ni.

Aku tak suka ambik darah. lagi-lagi kalau meninggalkan kesan yang menyakitkan. Seperti bengkak di kawasan injection tu.

Dulu masa aku ambik darah untuk talasemia pun sama.

Dulu aku punya jari pernah terhiris dengan parang. Masa tu tengah basuh pinggan. Lepas nampak je darah den raso nam pitam. Dulu aku takut darah. Sekarang aku takut tengok jarum yang panjang masuk dalam kulit aku untuk sampai ke urat.

ini satu hal. Urat aku memang suka menyorok. Time nak enjet je mesti menyorok. Mungkin dia nak buli aku. Kalau lah ada 10 patient macam aku. Memang stress la Dr. hahaha

Oleh kerana aku kena ambik darah 24/3/2014 aku disarankan untuk berpuasa.
Soalan aku kenapa kena puasa kalau nak ambik darah?

Memang sekejap nak tunggu nama aku dipanggil. Tapi untuk mengenjet aku tu yang mengambil masa yang lama. Nak cari urat yang suka lari sana sini. Di samping kena tunggu jarum masuk air tu. Pelbagai soalan di tanya oleh Doktor. Aku rasa dia lupa aku. Tapi aku tak pernah lupa Dr. okey.

Antara soalan-soalannya.

"Sejak bila kena sakit ni?"
" Sekarang sambung dekat mana?"
"Kenapa tak ambik matrik?"
"Ambik aliran apa dekat Form 6?"
Agak skema ayat aku ni... Guna ayat formal pulak la...

Sebab Dr. tu tak konfiden nak enjit aku. Dan siap dia kata Dr tak pakar, MA pakar enjit aku. Kesimpulannya MA tu je yang mampu enjit aku. Lepas tu dia suruh pergi bilik kecemasan.

Masuk bilik kecemasan yang selalu ada mesti lah pembantu perubatan. Yes memang ramai PEMBANTU PERUBATAN dalam tu. Dan kesemuannya adalah lelaki dan semuannya budak baru.

Hari tu pulak sorang je MA yang ada yang lain semua praktikal. Dan semuanya berdiri tegak. Nasib baik bukan diaorang yang enjit aku. Mak aku memang seharusnya ada bersama.

masuk pulak MA tu. Jeng... jeng... jeng....


sudah pasti dengan soalan fevret dia...

"bp naik?"
Muka aku je bp naik.. Cuba positif sikit.
Siap dengan soalan baik punya..

"Lama tak nampak?"

Excuse me, bulan lepas saya ada nampak MA ok. 
Tapi masa tu aku pakai baju batik mana nak perasan kan.
Minggu lepas pulak bukan tak nampak buat-buat tak nampak malas kena tegur depan orang ramai.
Siap berborak dekat tempat sebelum jumpa  DR. tu. Senyap bila Dr. yang macam malas nak jalan dan Dr lagi sorang tu lalu...

Lama juga kena menunggu MA yang busy sorang ni... Ke hulu ke hilir dia berjalan.
Aku tak kisah. Sebab lambat dia enjet lambat jugak lah aku kena cucuk.. tak gitu... hahaha

Ada pulak Nurse lelaki marah-marah... Sebab entah apa benda yang dia susun tu hilang....

Masa aku nak ambik darah masa tu lah dia nak susun bekas entah apa tu. Habis semua benda jatuh. Nasib baik tak kena patient... Patient tu aku lah tu.... hahahaa
Aku tak kisah. Yang aku kisah kalau benda tu jatuh atas kepala aku. Kalau pengsan tak pe dekat klinik bilik kecemasan lagi. Ni kalau aku tak pengsan. Tangan dah lah sakit kena enjet kepala pulak kena hempap.

Sumber Google.
Ada Nurse tu kata "Muka reda je kena ejet"
Reda itu penting..... hahahaa

Walaupun kena 4 kali....... dan semua tu mesti guna jarum yang seram tu. Aku tak tengok masa MA enjet sebab seram.. Gambar pun google je.... hahahaa

Oleh sebab aku punya urat + darah tak jumpa dan keluar MA buat kesimpulan yang darah aku mahal..

Bila aku tengok gambar tu tangan aku rasa sakit je....

Akhir jumpa belah kiri. Selalu dekat belah kanan.
Kesimpulannya 2 belah kiri 2 belah kanan. Adil lah tu...

Masa carik urat tu... MA bebel... Iye lah aku kan ulat buku... hahahaa
Ulat buku lah sangat. Dia bebel jangan baca buku je memanglah baca buku tu boleh pandai tapi kena lah bersenam jugak.. bla...bla... bla... bla...

Senyum je yang aku mampu.... Malas nak cakap... Sebab dah lama aku tak excersice tau...
Busy dengan PBS lah kata kan....

Akhir sekali dia tanya bp berapa... bp aku dah turun ok.... bla.... bla..... bla...

dah malas nak citer gi... cukup lah tu.... tunggu bulan 9/10 punya pulak hahahaa





Tiada ulasan: