Memaparkan catatan dengan label SBDKL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SBDKL. Papar semua catatan

30 April 2014

Sinopsis SBDKL Bab 30 - 50


Bab 30


Mahani, En. Muhammad dan Cik Puan Tipah ke sebuah restoren yang sering dikunjungi oleh En. Muhammad. Mereka kemudiannya telah memesan makanan barat iaitu steak kerana menurut En. Muhammad disinilah paling enak dan pula dia memiliki syer dalam restoren ini. En. Muhammad memberitahu Mahani bahawa Rahim tidak cerewet tentang makan, Cik Puan Tipah memberitahu Rahim paling suka gulai tempoyak. Mahani juga turut menggemarinya, tetapi umi dan walidnya tidak mengemari durian. Mahani turut bertanyakan tentang kes kemusnahan lading orkid, En. Muhammad memberitahu yang kes itu sudahpun selesai dan hari perbicaraanya akan diadakan pada hari Isnin nanti. Mahani turut menceritakan tentang surat Rahim yang banyak memperkatakan tentang teori pembangunan dan ekonomi. Bagi En. Muhammad Rahim hanya belajar teori, hakikat kehidupan sebenar tidak seperti teori. Mahani berpendapat Rahim juga anak Melayu tentu dia memahami erti pembangunan. Tapi bagi En. Muhammad Rahim dibesarkan dalam masyarakat

29 April 2014

Sinopsis SBDKL Bab 11 - 27

BAB 11

Ketika Sudin sampai di kedai Pak salim semua pemuda di situ keluar. Sudin berbual dengan Pak Salim tentang sikap dingin ayahnya. Mengikut Pak Salim keadaan itu berpunca daripada perselisihan faham yang dikatakan berkait dengan politik. Pak Salim kenal Sudin sejak dari kecil lagi dan hubungannya dengan ayah Sudin juga rapat kerana mereka pernah belajar agama bersama. Sudin sedar kemarahan ayahnya kerana dirinya yang tidak warak, kahwin cerai dan penglibatannya dalam politik. Sudin teringatkan akan kegagalannya untuk berkahwin dengan gadis idamannya menyebabkannya membawa diri. Sudin kemudian pulang ke rumah untuk bersemuka dengan ayahnya


BAB 12

Sudin dapat merasai akan kedinginan hubungan dengan ayahnya. Namun dia sedar yang dia perlu bersemuka untuk menyelesaikannya. Imam Saad memberitahu bahawa dia mendengar khabar yang mengatakan Sudin melarikan Gayah, Sudin menafikan

Sinopsis SBDKL Bab 1 - 10

SINOPSIS SBDKL

BAB 1

Datuk Tan datang lebih awal ke pejabat En. Muhammad (Muhd) dan dia rasa kagum dengan suasana dan kelengkapan yang ada di bilik En. Muhd. Ianya menggambarkan ketokohannya sebagai seorang tokoh koprat. Kehadiran En. Muhd. dengan kejayaannya memperolehi kontrak pembekalan lada hitam dengan syarikat dari Jerman menguatkan lagi keyakinan Datuk Tan akan keupayaan En. Muhd. dalam mengendalikan urusan perniagaan. Kekaguman Datuk Tan juga turut merangkumi ketokohan ayah En. Muhd. Peristiwa seterusnya ialah En. Muhd. mengingatkan Mahani supaya memanggilnya dengan panggilan Pakcik untuk mengelakkan apa saja perasaan antara mereka berdua.

BAB 2

Datuk Tan membaca laporan sejarah salsilah keluarga En