29 Januari 2015

JANUARY

Assalamualaikum....

ini entri aku yang kedua untuk tahun 2015 dan bulan Januari...
Nampak tak tahap kemalasan aku update blog...
busy kalah PM.

Semalam result SEM 3 keluar.
Ingat STPM bukan senang dan bukan susah.
tapi memang susah.
Bulan depan result repeat keluar.
Harap dapat tukarkan pointer aku untuk Sem 1 dan Sem 2 memang aku harap sangat bertukar.

Aku bukan nak cerita pasal tu sangat.
Aku nak cerita pasal apa yang aku patut ambik untuk degree aku?

Aku ingat nak ambik Sejarah tapi sejarah aku cukup-cukup makan je untuk Sem 1 & sem 2 macam mana tu?

Bahasa melayu? tengok lah dulu macam mana result aku 2/3/2015 ni..
harap-harap membanggakan dan aku dapat masuk Universiti..

Jangan jauh sangat sampai kena naik flight bagai.

ok. Sabtu ni aku nak daftar belajar memandu...
Hahahahaa

Setakat ni sambung belajar dekat situ jelah mampu nak masuk Universiti kena tunggu bulan 9 ni...
harap dapat masuk Universiti. tak kisahlah Uni mana asalkan aku dapat masuk UNIVERSITI.
Doakan aku tau..

with love,
IK

Tiada ulasan: