29 Januari 2015

JANUARY

Assalamualaikum....

ini entri aku yang kedua untuk tahun 2015 dan bulan Januari...
Nampak tak tahap kemalasan aku update blog...
busy kalah PM.

Semalam result SEM 3 keluar.
Ingat STPM bukan senang dan bukan susah.
tapi memang susah.
Bulan depan result repeat keluar.
Harap dapat tukarkan pointer aku untuk Sem 1 dan Sem 2 memang aku harap sangat bertukar.

Aku bukan nak cerita pasal tu sangat.
Aku nak cerita pasal apa yang aku patut ambik untuk degree aku?

Aku ingat nak ambik Sejarah tapi sejarah aku cukup-cukup makan je untuk Sem 1 & sem 2 macam mana tu?

Bahasa melayu? tengok lah dulu macam mana result aku 2/3/2015 ni..
harap-harap membanggakan dan aku dapat masuk Universiti..

Jangan jauh sangat sampai kena naik flight bagai.

ok. Sabtu ni aku nak daftar belajar memandu...
Hahahahaa

Setakat ni sambung belajar dekat situ jelah mampu nak masuk Universiti kena tunggu bulan 9 ni...
harap dapat masuk Universiti. tak kisahlah Uni mana asalkan aku dapat masuk UNIVERSITI.
Doakan aku tau..

with love,
IK

9 Januari 2015

First entry 2015.

Assalamualaikum.....

Happy New Year 2015!!!
Happy Birthday To Me!!!

hahahahahaaaa

Dah sembilan hari 2015 baru aku ada hati nak update blog kan..
Dah sembilan hari kita lalu tahun 2015 ni...
Nanti jangan lupa kalau letak tarikh kat buku latihan tu 2015 bukan 2014 lagi...

 Minggu depan dah nak mula sekolah..
Aku? dah habis sekolah ok!!
Umur pun dah 20 tahun.
Cukup tau 20 tahun ikut tahun dan bulan...

aku pun tak tau aku tulis apa ni...
blank.... blank.....


Aku cuma nak cakap 2 Januari hari tu birthday aku yang ke20
Biasalah masuk tahun baru birthday aku dah dekatlah time tu...
ok aku dah 20 tahun...
rasa tua... kalau tak rasa tua tu bukan akulah tu....

dahlah aku malas nak tulis panjang2
pening kepala...