21 Disember 2015

Jalan.

sabtu lepas pergi Mood Republik.
Biasalah kan aku sebagai pernah berniaga nak jugak pergi.
Agak penat berpusing. masuk keluar masuk balik. 
Pusing dan pusing dan aku rasa aku macam pusing tempat yang sama je...
kofusius jugak rasa dah lalu mana booth tu. kakakahhhh

tapi sebelum pusing-pusing 2 hall tu kena isi tenaga.
pergi makan dekat Seoul Garden dekat Sunway Putra Mall.
ok aku ni kuno sikit tak reti makan guna chopstick. 
satu sebab aku orang melayu, sah-sah guna tangan tak pun guna sudu garfu.
kedua aku dah try dah tapi tak boleh susah.
kakakaahh....
tapi kan mentang-mentang aku belajar pasal negara-negara asia timur ni 
rajin orang ajak aku makan dekat situ.
Apakah ini?

lepas tu pergi mood republik setelah berjam-jam duduk melangok dekat Seoul Garden tu.
Pergi pulak IKEA Damasara. Nak feeling-feeling je.. kakakahhh
Lepas tu pergi The Curve. 

ok jalan-jalan teruk Elya ni. tapi takpe lah sekali sekala.
bukan hari-hari pun. 


13 September 2015

Sambung belajar

Hai gaiss....

lama dah tak update blog ni... Sekarang akan cuba selalu update..
mengisi masa lapang... hahahaaa

Now aku dah sambung belajar dekat UM. Second intake punya la
Minggu lepas masuk.. kikikiki

Macam tak percaya je boleh sambung dekat UM ni..
dengan pointer aku yang cukup-cukup makan tu
Muet aku cuma band 2 je lepas jugak aku dapat masuk UM.\
Sungguh tak percaya... kuikuikui...

Tapi dekat sini jerebu kot..
Aku pun dah terkena batuk.. Rasa macam baru hari tu batuk
now kena batuk balik...

Aku ambik course Pengajian Asia Timur dan aku kena belajar bahasa Cina..
Dan aku duduk dekat Kolej luar kampus...

Makcik nak nasihat ni... walaupun pointer kita sikit mana pun tapi lepas 3.0 jangan takut nak apply UM. Sebab kita tak tau rezeki kita. Kita tak tau in future macam mana kan...


7 Mei 2015

Tak suka main jauh-jauh

Sebenarnya drama Hati Perempuan ni memang drama yang aku tunggu-tunggu...

Ye lah tengok kat instagram banyak gambar sweet-mueettt....

Lagi-lagi tengku Zaril yang hensem +++ tu....
Mula-mula tu agak meroyan sikit tengok Kuril tu...
Tapi sekarang meroyan tu dah terkawal sikit...
Tinggal 5 episode je lagi nak habis
2 minggu lagi cerita baru..
DIA ISTERI LUAR BIASA..

Even orang cakap bosan lah tengok citer Hati Perempuan tu
Kaku lah pelakon perempuan tu...

Aku tak dengar kata-kata hater tu 😄😄😄😄
Setiap orang ada pandangan dia sendiri...
Tapi dah tak suka tu dok lah ontok-ontok.. takpun x suka tutup tv pergi masjid 😜😜😜

Dahlah malas nak taip lagi.....

Macam nak demam je...
Dahlah sakit tekak
Badan pun mulai lemah
Petang ni nak date dengan kuril 😳😳😳

Lama tak update...

ASSALAMUALAIKUM....

lama aku tak berblogging...
Nak kata busy takde lah busy sangat
Cuma tahap kemalasan tu melampau sangat..

Lepas aku install blogger kat hp ni harap aku rajinlah sikit update blog aku ni... 😁😁😁

17 Mac 2015

UPU 2015/2016




nak taip apa ni.........
orang kata courst kaunseling dibekukan untuk tahun ni..
cuba tengok dekat UPSI mana ada kaunseling.

cuma yang ada dekat UUM itu pun entah ada entah tak. UMT pun ada
dua U tu je yang tak dibekukan.

sebenarnya sesuah nak buat pilihan.
kita akan fikir nak belajar jauh-jauh
tapi hati kita mana sanggup nak merantau jauh-jauh ni.
nak-nak aku ni anak bongsu

tu sebab UUM yang mulanya pilihan ke 4 jatuh kepilihan 8 dan 9.
sanggup ke kita belajar sampai sabah sarawak ni???
itu semua tunggu bulan 9 nanti...


harap aku dapat masuk universiti tahun ni...
dan paling penting U dekat je lah 

KOREAN DRAMA YANG AKU SUKA

DRAMA KOREAN YANG AKU RASA BEST.

Sepanjang cuti ni kerja aku duduk mengadap laptop tengok drama korea.

  • Kill Me Heal Me,
  • Secret,
  • Hyde Jekyll Me (sekerat jalan),
  • I Hear Your Voice,
  • Blood ,
  • Doctor Stranger
  • It's Okay It's Love
  •  

dan yang sebelum ni aku pernah tengok

  • Love Rain
  • The Heirs
  • Innocent Man
  • Fated To Love You
  • Emergency Couple
  • A Gentleman's Dignity
  • The Master's Sun
  • My Love From Another Star
  • Boy Over Flower
  • Rooftop Prince
  • My Girl
  • Playfull Kiss


dan ada lagi kot yang aku tak ingat... cuma sekarang ni aku tengah tengok Its Okay Its Love episode 3 dan Blood tunggu esok sebab drama tu ongoing.


dalam banyak-banyak drama koran yang aku tengok aku suka tengok

Kill Me Heal Me
Aku suka tengok karekter Shin Se Gi.
Dalam jahat dia ada sesuatu yang aku suka...hahhahahaaaaa
Part aku suka time first time Rijin jumpa Se Gi.. Part gaduh-gaduh tu dan dia kata. "Remember 7 january 2015. 10 pm on the dot. i fell for you." yang tu sweet.
lagi masa dia rap tu sebab Rijin suruh pakai tie dia tangalkan. tu pun best
lagi part se gi tak bagi rijin sentuh dia... tapi rijin sentuh jugak.
hashtag aku suka watak shin segi. Shin SeGi tu macam budak-budak bila dengan Rijin..


Secret
Bila aku tengok aku rasa geram yang amat dekat Ahn Do Hoon tu...
rasa sakit hati sangat2 dengan dia tu... Tapi akhirnya dia masuk penjara jugak..
Part yang paling aku suka part yang Yoo Jung naik bas Min Hyuk tarik dia... hahahaa...  sweet tau tak...


Doctor Stranger
Drama ni pun aku suka jugak sebab aku sukalah...
Entah kenapa aku suka tengok cerita bedah-bedah ni. Dengan darah dia.
tapi elok skip episode awal-awal tak best. tengok tengah-tengah macam mana dia mula jadi doctor dekat Hospital Myungwoo.
Bestlah.
Part yang aku suka tak ada pun


Konklusinya aku suka tengok cerita melodrama.
cerita yang buat hati aku jantung aku berdebar-debar
cerita yang ada unsur suspen yang buat aku tertanya-tanya.
tak banyak drama yang aku tengok benda tu yang aku rasa.
tapi 3 drama yang aku pilih tu ada.

8 Mac 2015

sesuatu yang pelik

Assalamualaikum....

March dah sekarang...
result SPM dah keluar
result STPM pun dah keluar...
Alhamdulillah..
walaupun tak dapat 4 flat
tapi cecah 3.00 pun cukup baik bagi aku..

lagi kalau siapa yang tau sejarah hidup
dulu time sekolah rendah aku masuk kelas pemulihah
cukup baik bukan?


sebenarnya aku bukan nak cerita pasal result STPM ke apa
cuma bila aku tengok drama korea kan..
aku rasa nak tulis novel je..
cerita pasal lelaki jahat, berkarisma, cool, confiden, berani, semualah yang menunjukkan dia lelaki yang hebat... hahahaaaa
# sebenarnya aku suka lelaki macam tu... tapi tak payahlah kaki pukul...
pukul perempuan ke....
yang penting baik, nampak berani

aku suka lelaki yang

tinggi. sebab aku pendek.
pandai. sebab aku nak anak2 aku pandai. hahahaaa
berani. sebab aku ni tak berani
ada konfiden, karisma, toleransi... apa2 yang baiklah
pandai berkomunikasi pun penting.. tau angin aku macam mana
reti redakan kemarahan aku
tau aku suka benda apa...
tau suka cari pasal dengan aku
dan apa yang perlu tau tentang aku...


#akutaknaklelakibaran
#Cukupakuyangbaran


25 Februari 2015

February

Assalamualaikum.......


Hye!!!!


Selamat Pagi.....


Lama aku tak update blog sendu ni....
sebab  takde banda yang best pun nak share...
semua membosankan ...
tak ada yang menarik...
cuma duduk rumah
menghadap laptop
tengok drama korea
tengok Teman Lelaki Upahan sebab tengah famous de amos sekarang ni
tengok Hyde Jekyll & Me tengoh on air sekarang ni
tengok Kill Me Heal Me sebab best giller... plus Shin Se Gi hensemnya rambut dia tu
tengok secret lead pelakon dia sama macam KMHM..



Tapi...
Ada cerita yang tak best ni...

result nak keluar minggu depan
Full result isnin depan keluar...
kemain cepat....

lepas ni huru hara lah hidup aku nak apply U apa nanti

rasa macam kena fly je..
naluri aku kuat berkata yang aku kena fly jugak...
lepas tu aku rasa tertarik dekat UUM...
Tapi ada satu course tu dekat UM aku tertarik lah...
tapi layak ke aku?
result tak cemerlang...


UM kan U elite mesti nak pelajar yang cemerlang... 3 pointer ke atas...
aku ni entahlah result macam manalah nanti harap tak mengecewakan hidup sudah...

dahlah malas aku nak mengarut lagi sebab dah pagi..
dua hari ni aku tidur pukul 4 stengah pagi & 5 setengah pagi...'
buat apa? Layan cerita secretlah..
sakit hati aku tengok cerita tu

aku sebenarnya suka tengok melodrama ni...
hahahhahaa


ok Assalamualaikum.....

29 Januari 2015

JANUARY

Assalamualaikum....

ini entri aku yang kedua untuk tahun 2015 dan bulan Januari...
Nampak tak tahap kemalasan aku update blog...
busy kalah PM.

Semalam result SEM 3 keluar.
Ingat STPM bukan senang dan bukan susah.
tapi memang susah.
Bulan depan result repeat keluar.
Harap dapat tukarkan pointer aku untuk Sem 1 dan Sem 2 memang aku harap sangat bertukar.

Aku bukan nak cerita pasal tu sangat.
Aku nak cerita pasal apa yang aku patut ambik untuk degree aku?

Aku ingat nak ambik Sejarah tapi sejarah aku cukup-cukup makan je untuk Sem 1 & sem 2 macam mana tu?

Bahasa melayu? tengok lah dulu macam mana result aku 2/3/2015 ni..
harap-harap membanggakan dan aku dapat masuk Universiti..

Jangan jauh sangat sampai kena naik flight bagai.

ok. Sabtu ni aku nak daftar belajar memandu...
Hahahahaa

Setakat ni sambung belajar dekat situ jelah mampu nak masuk Universiti kena tunggu bulan 9 ni...
harap dapat masuk Universiti. tak kisahlah Uni mana asalkan aku dapat masuk UNIVERSITI.
Doakan aku tau..

with love,
IK

9 Januari 2015

First entry 2015.

Assalamualaikum.....

Happy New Year 2015!!!
Happy Birthday To Me!!!

hahahahahaaaa

Dah sembilan hari 2015 baru aku ada hati nak update blog kan..
Dah sembilan hari kita lalu tahun 2015 ni...
Nanti jangan lupa kalau letak tarikh kat buku latihan tu 2015 bukan 2014 lagi...

 Minggu depan dah nak mula sekolah..
Aku? dah habis sekolah ok!!
Umur pun dah 20 tahun.
Cukup tau 20 tahun ikut tahun dan bulan...

aku pun tak tau aku tulis apa ni...
blank.... blank.....


Aku cuma nak cakap 2 Januari hari tu birthday aku yang ke20
Biasalah masuk tahun baru birthday aku dah dekatlah time tu...
ok aku dah 20 tahun...
rasa tua... kalau tak rasa tua tu bukan akulah tu....

dahlah aku malas nak tulis panjang2
pening kepala...