Assalamualaikum...
Cerita Nora Elena ada tunjuk satu adat selepas selasai majlis kahwin.
Dan hari tu aku ternampaklah sepasang pengantin ni basuh periuk belangga sama.
Dan aku rasa itu adalah satu perkara yang sangat sweet.
Hahhahaaa...
Pasangan pengantin baru tu basuh dekat kiranya depan rumah aku tapi jauhlah sikit. Nak kata macam mana tu?
Nak balik aku nampak lain macam je...
Time tu tengah gerimis...
Aku kan mana boleh nampak benda yang pelik.
Lagi pun aku pelik lah jugak orang lain dah tak ada. Apa yang nak di basuhkan lagi.
Pastu Mak aku kata pengantin tengah membasuh.
Aku rasa tu benda yang agak sweet lah.
Basuh sama-sama. Baru sehari sah mesti ada malu-malukan.
Pastu main renjis-renjis.. Kau rasa?
Hahahhaaaa...
Basuh membasuh lepas majlis kahwin ni memang dah tradisi melayu kan?
Tapi tu first time aku nampaklah.
Sebab aku tak ada adik-beradik yang dah kahwin. Sepupu sepapat aku semua belum kahwin.
Kalau sedara jauh tu lepas makan tengok pengantin balik. Dan kita tak akan nampak benda tu semua.
Tapi ni sebab jiran kahwin. buat pulak dekat padang. Dan tempat membasuh tu depan rumah aku je tak ke aku boleh nampak. Walaupun aku tak berapa nak nampak.
tapi ok lah aku rasa benda tu.
Walaupun sekarang dah ada kumpulan rewang yang buat tu semua.
Tapi benda macam tu kena lah bagi pengantin buat jugak.
Cuba bayangkan yang kahwin tu atas dasar jodoh keluarga.
Kita tak kenal dia. Dari aktiviti tu kita boleh berbual dengan dia.
Ok ni pengaruh baca novel ok! hahahaaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan