Dasar Luar Negara
- Merupakan alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi dengan sebuah negara yang lain.
- Melalui dasar luar negara, Malaysia menyatakan pendirian berhubung dengan sesuatu isu yang beraku di sempadan negara mahupun negara lain yang jauh.
- Tujuan dasar luar negara ialah melindungi dan memajukan kepentingan - kepentingan nasional iaitu keselamatan dan kesejahteraan ekonomi.
- Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan dalam dasar luar sesebuah negara:
I.
Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak
mengikat mana - mana negara dalam membuat keputusan.
II.
Dasar luar boleh berbentuk pemecilan atau pengasingan.
III.
Dasar luar boleh mencerminkan sikap memihak kepada
negara atau kuasa besar.
FAKTOR - FAKTOR
DASAR LUAR
I. KEPENTINGAN
NASIONAL
Malaysia mengelakkan sebarang ancaman atau serangan
dari luar.
II.
PIAGAM
BANGSA-BANGSA BESATU(PBB)
Malaysia berpegang teguh pada prinsip Piagam Bangsa
- bangsa bersatu seperti memelihara hak asasi manusia, menegakkan keadilan dan
mengembangkan ekonomi dan sosial.
III.
KEDUDUKAN
GEOGRAFI
kedudukan negara kita adalah penting dari segi
kestabilan dan keselamatan dirantau Asia- Pasifik
IV.
ISLAM
Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam(OIC)
V.
BEKAS
JAJAHAN BRITSH
Malaysia anggota Komanwel dan masih meneruskan
hubungan dengan British dan lain-lain kecuali Australia dan New zealand.
VI.
DASAR
BERKECUALI
Malaysia ingin mengadakan hubungan dengan semua
negara tanpa mengira ideologi.
PRINSIP
DASAR LUAR
a) Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara lain.
b) Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni.
c) Malaysia mengamalkan prisip penyelesaian dan kewujudan bersama secara
aman (non-confrontational)
Objektif dasar luar negara Malaysia:
- menjamin keselamatan rakyat dan negara.
- memelihara kepentingan nasonal dan mengekalkan kedaulatan negara.
- mengalakan pembangunan dan kemajuan ekonomi
- mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
- mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan