17 Julai 2014

Esok Result Keluar!!!!

Esok result Sem2 keluar ok!!!
Sekarang mungkin aku tak berdebar-debar
Tapi esok mungkin berdebar-debar macam nak jumpa Dr Isnin hari tu
Mungkin lebih lagi...

Nampaknya aku kena makan ubat 
supaya jantung aku dapat berdegup dengan normalnya...
hahahaaa

harap pointer aku adalah dalam 2.00 and above.
Amin...

Ulangan. Aku fikir nanti.
Sekarang fikir pointer aku je..
harap baik-baik.
Amin...

Baru!

Hi....




Pernah beli dekat lelong ?
Aku pernah.
Minggu lepas first time aku beli dekat lelong ni...
Aku beli handphone Lenovo je...
Murah je... 
Ye lah... dekat internet ni susah nak percaya
nanti dia tipu aku yang rugi..
daripada rugi banyak baik rugi sikit je... hahahaa

Aku punya henset rosak sebab terpijak.
biasalah baru bangun tidu mamai nak tengok jam
Alih-alih terpijak... rosaklah jadinya..

 so aku belilah dekat internet...
dari aku buang masa dekat kedai baik aku beli online bukan?
kalau pergi  kedai pun bukan dapat apa yang kita suka..

walaupun deley beberapa hari 
akukan penyabar orangnya..
deley pun sebab out of stok..
tak apa yang penting benda dia sampai

yang tak sangkanya
jumaat orang tu kata nak pos
hari sabtu tu dah dapat dah..
aku fikir hari isnin baru dapat
ye lah tak terfikir pun sabtu posmen kerja..
aku tak berapa sure posmen kerja sabtu minggu ke berapa..

nanti kewangan aku dah kukuh semula aku nak beli lagi!!!
Hahahaaa..


 
 

11 Julai 2014

RESULT PENGGAL 2

Aku tak faham la MPM ni
Kata Isnin ni result keluar
Hari ni aku bukak web MPM 
kata tarikh baru akan diumumkan nanti
 
tapi hari tu aku antar email dekat MPM
Mereka kata dijangka keluar minggu ketiga bulan July.
Minggu depan bukan minggu ketiga ke?
Atau minggu lagi satu
 
Masa aku dapat email tu aku fikir minggu ketiga tu
 20/7/2014 - 25/7/2014
Yelah sebulankan ada empat minggu
so aku fikir je macam tu
 
Bila result MUET nak keluar?
Bulan September ke????



ESEI PENGAJIAN AM PENGGAL 3


Pelbagai cabaran dihadapi oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam mencapai keamanan serantau. Bincangkan.



Pengenalan

Demi mewujudkan sebuah Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang aman, pelbagai cabaran perlu ditangani oleh negara anggota untuk mencapai tujuan tersebut.

Bil.
Idea
Huraian


1
Cabaran
Kebebasan hak asasi manusia yang tidak diamalkan
·         Myanmar masih belum mengamalkan demokrasi dan diperintah oleh junta tentera.
·         Keadaan ini mengambarkan hak asasi manusia masih belum diamalkan sepenuhnya.
2
Status kerakyatan pelarian etnik Rohingya
·         Etnik Rohingya tidak diiktiraf kerajaan Myammar
·         Melarikan diri ke negara jiran untuk perlindungan
3
Keganasan di Selatan Thai/Filipina
·         Pergolakan melibatkan kematian dan kecederaan serta menjejaskan keamanan penduduknya.
·         Bangsa moro di Mindanao dan Filipina
4
Pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu
·         Pencerobohan bukti tidak menghormati kedaulatan negara.
·         Isu keselamatan dan kestabilan serantau tidak boleh dipandang ringan.
5
Isu pemerdagangan manusia
·         Pemerdagangan kanak-kanak, wanita dan buruh semakin berleluasa.
·         Mencemarkan imej sesebuah negara
6
Pengedaran dadah semakin serius
·         Rantau ASEAN masih menjadi kawasan “segi tiga emas” bagi pengedaran dadah.
·         Masalah penyeludupan masih belum diatasi dengan sepenuhnya
7
Kemasukan pendatang tanpa izin
·         Kemasukan secara haram menjejaskan keselamatan, masalah sosial kepada negara.
·         Persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan
8
Tuntutan pulau-pulau di kawasan Laut China Selatan
·         Tuntutan kepulauan Spratly menjejaskan keharmonian ASEAN.
·         Contoh Vietnam, Filipina – Pulau Batu Putih
·         Pecah belah antara negara anggota ASEAN
9
Aktiviti perlanunan
·         Bergiat di Selat Melaka
·         Kumpulan Mundu- culik dan rampas kapal melayu di perairan Malaysia

Kesimpulannya, cabaran ini perlu dihadapi dengan rasional dan segera bagi memastikan keharmonian dapat dicapai.
 

DASAR LUAR NEGARA



Dasar Luar Negara
  • Merupakan alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi dengan sebuah negara yang lain.
  • Melalui dasar luar negara, Malaysia menyatakan pendirian berhubung dengan sesuatu isu yang beraku di sempadan negara mahupun negara lain yang jauh.
  • Tujuan dasar luar negara ialah melindungi dan memajukan kepentingan - kepentingan nasional iaitu keselamatan dan kesejahteraan ekonomi.
  • Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan dalam dasar luar sesebuah negara: 
                                  I.            Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak mengikat mana - mana negara dalam membuat keputusan.
                                II.            Dasar luar boleh berbentuk pemecilan atau pengasingan.
                              III.            Dasar luar boleh mencerminkan sikap memihak kepada negara atau kuasa besar.
 
FAKTOR - FAKTOR DASAR LUAR
        I.           KEPENTINGAN NASIONAL
Malaysia mengelakkan sebarang ancaman atau serangan dari luar.
      II.            PIAGAM BANGSA-BANGSA BESATU(PBB)
Malaysia berpegang teguh pada prinsip Piagam Bangsa - bangsa bersatu seperti memelihara hak asasi manusia, menegakkan keadilan dan mengembangkan ekonomi dan sosial.
    III.            KEDUDUKAN GEOGRAFI
kedudukan negara kita adalah penting dari segi kestabilan dan keselamatan dirantau Asia- Pasifik
  IV.            ISLAM 
Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam(OIC)
    V.            BEKAS JAJAHAN BRITSH 
Malaysia anggota Komanwel dan masih meneruskan hubungan dengan British dan lain-lain kecuali Australia dan New zealand.
  VI.            DASAR BERKECUALI  
Malaysia ingin mengadakan hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi.
 

PRINSIP DASAR LUAR
a)     Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara lain.
b)     Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni.
c)     Malaysia mengamalkan prisip penyelesaian dan kewujudan bersama secara aman (non-confrontational)

Objektif dasar luar negara Malaysia:
  • menjamin keselamatan rakyat dan negara.
  • memelihara kepentingan nasonal dan mengekalkan kedaulatan negara.
  • mengalakan pembangunan dan kemajuan ekonomi
  • mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
  • mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah.