Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional merupakan
sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada 2
golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan
pemerintah terdiri daripada raja atau sultan, pembesar dan ulama. Manakala
golongan yang diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa yang merdeheka dan
hamba. Wujud hubungan timbal balas anatara golongan pemerintah dan golongan
diperintah.
Isi
1.
Golongan Pemerintah
Ø Terdiri daripada raja, sultan atau yang
dipertuan, keluarga dan kaum kerabat diraja, pembesar negeri termasuk kaum
bangsawan, ulama, pendita dan penghulu.
A.
Raja/
Sultan/ Yang dipertuan Besar
- menduduki heirarki sosial
paling tinggi
Ø Raja atau sultan ialah pemerintah tertinggi
dalam pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh kaum kerabat
dan para pembesar. Baginda memiliki kuasa dan kewibawaan dalam
menjalankan pentadbiran dan pemerintahannya di seluruh negeri.
Ø Baginda adalah simbol perpaduan
negeri. Mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelata dan mesti
dihormati. Segala perintahnya mesti dipatuhi. Rakyat yang
engkar dianggap menderhaka dan akan mendapat balasan buruk atau dikenakan hukuman
yang amat berat.
Ø Konsep daulat digunakan untuk menjadikan
seseorang sultan lebih mulia dan dianggap mempunyai kuasa dan kewibawaan yang
mutlak. Jawatan raja/ sultan adalah diwarisi oleh anak lelaki baginda daripada
permaisuri yang sah ( anak gahara).
B.
Kerabat diraja
Ø Kedudukan kedua selepas raja ialah golongan
anak raja dan kerabat diraja yang terdiri daripada mereka yang berketurunan
raja, bergelar raja atau tengku. Anak raja tidak semestinya putera
atau puteri raja yang memerintah kerana mereka juga boleh terdiri daripada
keturunan kerabat diraja.
Ø Bilangan anak raja tidak ramai, tetapi mereka
mempunyai kuasa tertentu apabila diberi sesuatu tugas rasmi
negeri. Ada juga putera raja yang dilantik menjadi pembesar
daerah. Anak raja menikmati keistimewaan seperti yang dimiliki oleh
raja tetapi tidak boleh mengatasi keistimewaan raja sebagai ketua pemerintah.
C. pembesar
- menduduki lapisan
ketiga heirarki sosial masyarakat
Ø Terdiri daripada para pembesar yang amat berpengaruh dalam pemerintahan dan
pentadbiran. Kebiasaannya mereka menjadi pentadbir iaitu membantu
raja dalam pentadbiran negeri. Mereka juga menjadi penasihat atau
pembesar di daerah-daerah tertentu.
Ø Pembesar dilantik oleh raja melalui pemberian
surat tauliah. Pemilihan pembesar ditentukan oleh zuriat
keturunannya. Kebiasaannya anak lelaki, sanak saudara sebelah bapa
kepada pembesar yang terdahulu. Pembesar diberi hak mentadbir sesuatu daerah
dengan kekuatan sendiri tanpa sokongan sultan. Ia akan bertindak
seperti seorang raja di dalam daerahnya sendiri.
D.
Golongan
ulama dan pendeta
Ø Golongan ulama dan pendeta ialah golongan
yang dianggap cerdik pandai pada masa itu. Mereka menjadi sumber
rujukan dalam perkara-perkara tertentu. Golongan ulama adalah golongan yang
pakar dalam bidang agama. Mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dan
sangat berpengaruh dalam masyarakat.
Ø Golongan ulama terdiri daripada mereka yang
berketurunan Arab Melayu. Mereka menggunakan gelaran seperti maulana,
makhdum, dan kadi. Mereka diberi gelaran kebesaran seperti maharaja
kadi, dato’ mufti seri utama dan imam maharaja.
Ø Golongan ulama berperanan menyebarkan agama
Islam. Mereka juga dilantik menjadi guru, ketua agama, kadi dan
penasihat kepada sultan dan kerajaan dalam terutamanya tentang hukum syarak dan
mengeluarkan fatwa agama. Mereka juga menjadi imam, khatib dan juru nikah.
Ø Golongan pendeta pula ialah orang yang
menpunyai kepakaran dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat
istiadat dan salasilah raja. Mereka menjadi pakar rujuk kepada raja dan
golongan istana disamping menjadi penulis dan perawi diraja.
E.
Penghulu
Ø Penghulu ialah ketua pentadbir di peringkat
kampung yang dilantik dari kalangan rakyat biasa. Mereka menjadi
orang perantaraan diantara rakyat biasa dengan pembesar.
Ø Penghulu mempunyai pengaruh dan memiliki kuasa
penuh ke atas anak-anak buahnya. Antara bidang tugas penghulu ialah
menyelesaikan sebarang pertikaian dikalangan anak buah, memelihara keamanan
kampung dan mentadbir kampung serta menjadi lambang perpaduan kampung.
Ø Jawatan penghulu tidak dibayar gaji tetap
tetapi pendapatannya diperolehi daripada cukai perdagangan dan bayaran hasil
sebahagian pendapatan yang diterima daripada anak-anak buahnya.
2.
Golongan diperintah
A.
Rakyat
biasa
- menduduki lapisan
tertinggi dalam golongan yang diperintah
Ø Rakyat biasa yang bermastautin tetap dan
menjadi pengikut setia kepada pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan.
Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi. Mereka rela dengan
amalan sistem serah seperti bekerja di tanah pembesar tanpa mendapat upah dan
sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana.
Ø Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan
kegiatan bertani, berdagang, menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang
mahir. Tiada dorongan perubahan diri untuk bekerja keras dalam bidang ini
kecuali kerja-kerja demi kepentingan raja.
Ø Rakyat biasa sesebuah kampung sesalu
mempunyai pertalian kekeluargaan dan mengamalkan tradisi hidup secara
bergotong-royong, bekerjasama dan bermuafakat. Amalan
ini mewujudkan keharmonian dan membantu pembesar mentadbir sesebuah daerah atau
kampung itu dengan lebih teratur dan berjaya
B.
Orang
Asing
Ø Merupakan orang bukan Melayu dan datang ke
Tanah Melayu hanya untuk tujuan tertentu.
Tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke negara asal setelah urusan
mereka selesai.
Ø Terdiri daripada pedagang, perantau, santeri
( orang merantau kerana menuntut ilmu ) dan mubaligh. Rakyat asing boleh
dibahagi kepada 2 kumpulan
i. Melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan
sosial seperti menjadi tentera upahan dan kebanyakan mereka berasal daripada
Jawa dan Pasai.
ii. Melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi
seperti peniaga runcit, pemborong dan pelombong.
Ø Masyarakat Tamil Islam merupakan kumpulan
yang paling ramai dan mereka hidup bebas dan bergaul dengan penduduk peribumi.
Rakyat asing ini tidak diwajibkan mengamal dan mematuhi tradisi kebudayaan
tempatan. Walaupun demikian mereka masih tertakluk kepada undang-undang dan
peraturan tempatan.
C.
Hamba
- menduduki lapisan
akhir dalam susun lapis masyarakat
Ø Golongan hamba menduduki susun lapis
masyarakat yang paling bawah sekali. Mereka menjadi hamba kepada
para pembesar dan orang kaya dengan melakukan pelbagai tugas seperti mencuci
perahu, memetik kelapa, mencari kayu api dan menjadi askar. Hamba
boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba
abdi/ biasa.
i. Hamba raja ( biduanda )
· Mereka berasal dari golongan orang
merdeheka. Dikenali juga sebagai budak raja dan bergelar
biduanda. Mereka dimiliki oleh raja dan mempunyai taraf yang lebih
tinggi berbanding dengan hamba-hamba yang lain. Hamba raja dan
keturunannya akan menjadi hamba secara turun temurun dan hanya akan dibebaskan
jika mendapat kerelaan raja.
ii. Hamba abdi/ biasa
· Hamba abdi/ biasa adalah terdiri daripada
mereka yang berasal dari keturunan hamba. Mereka diperolehi daripada
pembelian atau pertukaran oleh tuannya. Golongan hamba ini akan
menjadi hamba seumur hidup secara turun temurun. Hamba abdi boleh dibahagi
kepada beberapa jenis iaitu hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba
hulur, hamba serah dan anak hamba.
iii. Hamba berhutang
· Hamba berhutang berasal daripada
orang yang merdeka. Mereka terpaksa menjadi hamba kerana gagal
membayar hutang kepada pemiutang dalam tempoh yang
ditetapkan. Isteri dan anak-anaknya juga dikehendaki tinggal dengan
si pemiutang sebagai hamba tebusan. Hamba berhutang akan mengerjakan
segala suruhan tuannya termasuk bercucuk tanam, melombong dan membuat
kerja-kerja rumah.
· Hamba berhutang boleh dibahagi kepada
beberapa jenis iaitu orang berhutang, anak emas, hamba waris dan hamba bayar.
Kesimpulan
Struktur social masyarakat Melayu boleh dibahagikan
kepada beberapa susun lapis masyarakat yang dapat digolongkan kepada golongan
pemerintah dan diperintah. Setiap golongan ini mempunyai peranan dan
tanggung jawab masing-masing di dalam masyarakat. Setelah kedatangan
Barat, struktur masyarakat Melayu telah berubah dimana peranan
golongan pemerintah semakin berkurangan dan sistem hamba telah dihapuskan.