Assalamualaikum....
dah lama tak menulis dekat blog ni kan.... Malas nak menaip sebenarnya. Busy pun ia jugak. Bulan lepas aku pergi seminarkan. Aku belum ceritakan. Ok! hari ni aku cerita.
3 hari Seminar dekat Hotel King, Ayer keroh , Melaka. Best la jugak....
Selasa petang dan malam ada Slot Sejarah dan Bahasa Melayu.
Rabu pagi sastera dan malam pengajian am
Khamis pagi motivasi.
Hari rabu tu petang dia tak ada slot so jalan-jalan lah. Nak tahu apa yang aku rembat masa pergi jalan-jalan tu??
Sudah semestinya kalau jumpa Popular aku meroyan sikit. Aku beli novel!!
novel 13 JAM A380 dengan Cik Blur dan Encik Ikhlas.
Dan paling aku tak suka motivasi. Orang yang bagi tu aku pernah jumpa dekat sekolah lama aku. Entah apa benda yang dia buat masa sekolah dulu tu. Masa form 5 rasa nak cepat je abis slot dia dulu tu... dah lah dari pagi sampai tengahhari. tak sanggup aku time tu.. Hari tu pun aku cuba redha. nasib baik sekejap je...
........................
cerita ringkas je malas nak meleret-leret.. a.k.a. malas nak cerita / dah lupa sebenarnya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan