30 September 2013

Result Darah Kedua

Assalamualaikum....... Selamat Petang...

Tadi Cikgu Bagi tahu keputusan Talasemia...
Dalam kelas aku yang ada 30 orang tu yang ada Talasemia tu 7 orang.
Dan aku tak menghidap pun penyakit tu
Cukuplah ada penyakit yang satu tu...
Tak perlulah nak bebankan aku dengan penyakit Talasemia ni...

Penyakit tu dan Talasemia penyakit yang berkaitan dengan Darah...
Ada beberapa penyakit yang berkaitan dengan darah yang aku tahu
antaranya;

  • Talasemia
  • Darah Tinggi
  • HIV/AIDS
  • Leukimia dll

tu jelah penyakit yang aku tahu berkaitan dengan darah.... nanti aku buat entery penyakit leukimia,Talasemia dan penyakit yang berkiatan dengan darah dan virus. Bila aku ada masa nantilah.
Tengoklah kalau aku ada kelapangan malam ni aku buat entry pasal Talasemia atau penyakit yang berkaitan dengan darah. Kalau tak pun hari Sabtu tak pun Ahad ni. Sebab Selasa,Rabu dan Khamis ni aku ada EXAM. TRIAL STPM SEM 1! 

Esok mula dia. Pengajian Am dan Sastera. Rabu pulak BM dan Sejarah. Khamis MUET READING dan WRITING. Rabu ni ada penyerahan Voucer Buku dan Perjumpaan 3 penjuru. Aku fikir Form 6 ni tak ada 3 penjuru. rupanya ada. Hurmmm sabar je lahh.....

Eh, Khamis ni ada appoitment dengan Dokor lah. dia orang yang hidap Talasemia kena buat ujian saringan hari Isnin ni. Tadi masa Guru kelas aku cakap keputusan darah dah keluar. Lepas tu cikgu kata ada 7 orang yang hidap. Cikgu kata lepas Exam baru bagi tahu. Tapi elok bagi tahu awal kan... tak ada lah aku tertanya-tanya... Masa cikgu YB bagi tahu nama dan aku tak tersenarai itu sudah cukup bagi aku. Tak sanggup aku rasa...


Khamis ni tunggu result darah yang Pertama pulak.. Result darah kedua dah keluar. oklah tu.... Alhamdulillah......

24 September 2013

Buat USG

Assalamualaikum dan Selamat Petang (walaupun dah malam)

Rasanya dah 4 hari tak update entry kan....
Hari ni kan aku tak pergi sekolah.... lalalaaa
Sebab kita ada janji temu dengan tak tahu apa jawatan dia orang tu...
Yang pasti aku buat Ultrasound.

Kena pergi dekat Jabatan X-ray.
Dari satu ke satu tempat kena pergi.
Ye lah. Dari kuanter pendaftaran suruh pergi ke Pakar 3.
Pakar 3 suruh pergi Jabatan X-ray
Jabatan X-ray tu suruh pergi dekat Bilik hujung..
Dekat bilik hujung tu ada Bilik Sonografi dan CT Scan.

Apa yang ada dekat bilik CT Scan tu???
Tadi ada orang masuk... Dia terbaring dekat atas katil (stroller)
aku nak menggambarkan orang tu pun aku tak reti.
Lepas ada budak perempuan mungkin dalam lingkungan belasan tahun pulak masuk.



Ni ke yang ada dekat biik CT Scan tu?????

Agak lama aku terpaksa menunggu.
Dari sorang-sorang masuk dan aku yang kedua terakhir.
Aku masuk dekat bilik Sonografi.






macam ni lah mesin dia.
Agak lama jugaklah buat benda alah tu...
Kena menghadap ke dindinglah lah



adalah macam ni lah gambar dia. tapi ni bukan aku punya.
Buat benda ni kena tutup lampu.
Adalah beberapa soalan yang dia tanya.
Lepas tu dia letak losyen dekat tak tahu apa benda tu.

Tapi macam ada bunyi.
lepas tu kena tahan nafaslah
nak ambik gambar.


kena tahan nafas nak ambik  ni lah....

Sampai aku tak tahan aku terlepas. Ada tu aku nampak kalau orang tu suruh tahan nafas tapi kita tak tahan nafas benda tu hilang bila kita tahan nafas benda tu ada balik.

Tak ke semput aku buat ni...
Menghadap dinding aku tak adalah nampak skrin tu..
Bila menghadap skrin tu aku nampak lah apa yang dia orang buat tu.
Apa benda yang bergerak-gerak 
Macam gambar dekat atas tu.

Ada part yang paling aku tak tahu 
Bila dia buat dekat bahagian pinggang.
Geli tahu!
Lepas tu kena tahan nafas.
Rasa tak boleh je....

Adalah dia kata ni uterus lah...
tu lah ni lah....
Aku dengar jer... lalalalaaa
Walaupun dia bukan kata kat aku pun.
Dah terdengar nak buat macam mana
Uterus? rasa macam pernah dengar... blur time tu..
dah lah jari aku warna purple
sejuk + takut first time buatlah kata kan

Selalunya buat ni masa mengandung tapi aku tak....
hahahahaaa....

Keluar je hospital tu jari aku dah bengkak
Aku fikir jari aku bengkak bila pegang ais je duduk dalam aircon pun boleh jugak.....

tu je lah kot ceritanya...
Khamis minggu depan jumpa doktor dekat  klinik pulak... 3 minggu berturut-turut aku pergi klinik. Minggu lepas hari Khamis, Minggu ni hari Isnin dan minggu depan hari Khamis jugak..
Kenapa taknya ada orang Klinik Hai Hai dengan aku? Apa taknya ada orang klinik tegur aku Pakai baju sekolah. Nasib baik tak jumpa yang tu.. Nampak muka saya darah mesti naik... hahahahahaaa

ok... tu jelah aku nak share...... ok bubye.....


SUMBER 1: Google
SUMBER 2: Ultrasound



20 September 2013

Kena Buat Ultrasound?????

Assalamualaikum.......


bangun je dari tido.... Aku dapat mesej yang mengejutkan..
Dari rasa nak makan dah tak ada dah rasa nak makan tu..
mesej dia berbunyi begini;

" Perhatian kepada Norelya Binti Rosli. Sila datang ke KK Gemas untuk mengambil Surat untuk Ultrasound. Temujanji untuk ultrasound di Hospital Segamat pada 24/9/2013( Selasa) pukul 9pagi. Sila ambil surat pada hari ini atau Isnin 23/9/2013.




Terkezutt!!! Kena buat Ultrasound! ultrasound ni bukan untuk check kandungan ke???
Apa kena mengena dengan aku? Aku bukannya mengandung pun.
Result Urine aku pun mengatakan negatif. So kenapa pulak aku kena buat ultrasound ni??
Semalam aku pergi Klinik bukan nak inform awal-awal dekat aku. Kalau tak senang je, semalam dah boleh ambik surat tu ni tak kena pergi klinik lagi. hurmmm.............



19 September 2013

Kena Enjet

Assalamualaikum........................................


Aku tengah stress giler ni.......................................
Rasa nak marah-marah je nak menjerit pun ada jugak..... Nak je aku menjerit tapi dah tengah malam....
Aku tak pandai nak kawal stress walaupun aku kena kawal dan jangan stress... Nanti aku jugak yang susahkan...

Ok, Pagi tadi aku kena enjet! 2 kali je... Kalau aku kena enjet 2 atau 3 kali aku rasa memang nak nagis...
Sekarang ni pun aku nak nagis sebab aku stress..
Yang enjet aku Doktor Cina Perempuan. Doktor ni tak pernah pun jumpa aku. Terselamatlah.
Cuma aku pernah jumpa dia. Dia lalu lalang dekat Klinik.

Ada 4 orang lelaki MA baru praktikal. 4 orang MA yang hari tu dah tak ada.
Misi-misi pun tak kenal aku..
Aku nak katakan Hanya MA yang tahu cari aku punya urat tahu! Ada 2 orang. Sorang tu ambik darah aku yang mula-mula sekali. Stress dia aku tengok. Dia ketuk sana ketuk sini. Dan lagi sorang tu dia ambik 2 kali tau.. Dari situlah aku redha kalau aku kena enjet berulang kali. Dari situ aku mula ada perasaan nak nagis bila kena enjet banyak kali.

Kali ketiga yang MA pertama enjet aku tu. Tapi sebenarnya Doktor Perempuan Melayu yang sepatutnya enjet aku tapi alih-alih MA tu yang enjet aku. Sebab dia tahu aku punya urat susah nak timbul. Kali ketiga ni 3 kali kena cucuk tahu. satu kat lipatan lengan 2 tekat belakang tapak tangan. Guna jarum yang lain bukan jarum yang biasa cucuk tu ni jarum dia warna putih dia double. aku tak tahu apa nama dia picagari tu pun besar semacam bukan tadi ambik darah punya saiz. Lama tahu....

Balik cerita tadi. Aku punya ni rasa sakit je... Tadi darah aku meleleh tahu... dah membazir lagi...
keputusan darah tu tak tahu bila keluar tunggu je lah... mungkin lebih dari 1 minggu sebab aku punya darah hari tu lepas 8 hari pun Dr suruh tunggu sampai bulan 10 ni....

Tapi ada je yang keluar hari tu jugak.... Masa aku demam tu hantar je dekat lab... beberapa minit lepas tu dah keluar keputusan....


oklah aku malas nak fikir lagi... bila aku fikir aku pening....
ok bye






17 September 2013

Pelik

Aku tak faham sangat.... Kenapa orang masuk je blog aku je mesti tengok SYARAT PRAMUGARI MAS tak pun KISAH ORANG BARU KAHWIN.

??????????????????

Cubalah tengok aku yang kiut ni ke  ni tak asyik tengok 2 benda alah tu.... aku buang kang.... Eh,, jap kalau aku buang tak adakah visitor kan....


mungkin yang masuk aku punya blog nak jadi pramugari MAS kot.... Tak pun baru baca novel 13 jam A380 kot.... hahahahahaa

Pergi UITM Kampus Bandaraya Melaka

Assalamualaikum....

Sabtu 2 minggu lepas Kita pergi UITM Kampus Bandaraya Melaka.... betul-betul dekat bandar... ni yang membuatkan aku nak ikut je bila hantar akak aku tu... kot-kot boleh melencong ke mana tahu kan... hahahhaaaa

Pagi-pagi lagi dah dengar Abah kita berceloteh. Itu ini... Gerak dalam bukul 7 lebih. Sampai dalam pukul 10 macam tu. Sesat jugaklah nak pergi situ. Salah tempat pun ia jugak. Sepatutnya pergi kolej kita pergi kampus dia. Sekurang-kurangnya kita dapat juga pergi kampus dia kan...

Dekat kolej kediaman dia dekat dengan Sungai Melaka kot. Tapi pemandangan dia tak berapa nak cantik la... sebab aku pembinaan dekat situ. river cruise ada lalu . Hari tu dia ada lalu...

kalau nak tengok gambarnya tengoklah dekat ig aku.... cari je nama rajacheelya tapi kena follow dulu baru boleh tengok... best kot dekat situ angin dia yang best.... tapi yang tak bestnya kampus dia jauh dari kolej kediaman... acano tu.....

ok lah tu je nak citer... malas nak cerita lebih-lebih.. bukan ada yang nak bacakan... lalalala

bubye.....

Thalassemia....

Assalamualaikum.....



Nampak tak tajuk borang ni????


BORANG PERSETUJUAN UJIAN SARINGAN THALASSEMIA?????


Nerves jugak kalau aku fikir. Sekarang ni pun jantung aku dah laju.. Kalau dekat Klinik ni mesti tekanan darah aku dah tinggi ni.. Lepas tu mesti kena buat ECG... hahahah.... Laju sebab takut mungkin tak kot...

Tapi Cikgu YB masuk kelas aku 6B UPM dia bawak kertas. Aku fikir tu surat untuk voucer buku. Yelah guru kelas aku cakap Lower Six dapat voucer buku. Rupanya tidak borang ni yang dia bagi agak terkezutt la aku kena buat ujian ni... Result ujian darah aku pun belum keluar lagi ni nak buat ujian lain pulak... Ngeri pulak aku rasa.

Sebelum cikgu bagi borang ni, cikgu kata esok ada ujian... aku fikir ujian yang kena jawab tu rupanya ujian darah... hahahahaha

Mungkin esok ada ceramah kot... tak pun kena enjet je...
Budak kelas aku ada yang tanya kena enjet yang macam mana...
Cikgu kata cucuk yang macam aku ter'jerit tu... alah cucuk tengok gula dalam darah tu...
Tapi aku google dia kata cucuk dekat lipatan lenggan.... Tak tau la mana yang betul...
Tunggu jelah esok...
Kalau dekat lipatan lenggan tu aku nak ucapkan good luck la dekat misi-misi tu
sebab urat aku susah nak jumpa....

Aku harap sangat janganlah ada misi yang ingat muka aku ni!!! tak sanggup... Kot ada doktor salah satu daripada 4 orang tu ke dan MA tu ke... jangan la ada.. takut kena perli dengan MA je tak pun dengan doktor lelaki tu.... Mintak-mintak tak ada...

Jauhkanlah aku dari penyakit ni... cukuplah aku ada hipertensi jangan pulak ada penyakit  thalassemia ni...


ps; tawakal kena enjet esok!!!! walaupun kena enjet dekat jari mahupun dilipatan lengan ataupun di belakang tapak tangan...


10 September 2013

Seminar STPM

Assalamualaikum....

dah lama tak menulis dekat blog ni kan.... Malas nak menaip sebenarnya. Busy pun ia jugak. Bulan lepas aku pergi seminarkan. Aku belum ceritakan. Ok! hari ni aku cerita.

3 hari Seminar dekat Hotel King, Ayer keroh , Melaka. Best la jugak....
Selasa petang dan malam ada Slot Sejarah dan Bahasa Melayu.
Rabu pagi sastera dan malam pengajian am
Khamis pagi motivasi.

Hari rabu tu petang dia tak ada slot so jalan-jalan lah. Nak tahu apa yang aku rembat masa pergi jalan-jalan tu??


Sudah semestinya kalau jumpa Popular aku meroyan sikit. Aku beli novel!!
novel 13 JAM A380 dengan Cik Blur dan Encik Ikhlas.

Dan paling aku tak suka motivasi. Orang yang bagi tu aku pernah jumpa dekat sekolah lama aku. Entah apa benda yang dia buat masa sekolah dulu tu. Masa form 5 rasa nak cepat je abis slot dia dulu tu... dah lah dari pagi sampai tengahhari. tak sanggup aku time tu.. Hari tu pun aku cuba redha. nasib baik sekejap je...

........................


cerita ringkas je malas nak meleret-leret.. a.k.a. malas nak cerita / dah lupa sebenarnya....