30 Jun 2013

Tips Untuk Semasa MUET

Hai..........Disebabkan esok bermulanya test MUET untuk SPEAKING!!!
so aku nak bagi tips sikit... bukan tips untuk SPEAKING.... Sebab aku pun tak ambil lagi...

Walaupun next sem baru aku ambil. Tapi aku kena tahu juga tips.. Sebab aku ni ada darah gemuruh!!!
Cepat gelabah!! Nanti parkinson mulalah datang..



1. JANGAN TAKUT DAN GABRA
bila start,tarik nafas panjang-panjang. cuba senyum. percayalah. .jika kita takut dan gabra, apa yang kita ingat dan baca kita akan mudah lupa. jadi sebaiknya, cuba untuk tenangkan diri. anggap lah examiners tu hanya seorang manusia yang  tidak tahu apa-apa. kalau boleh, minum lah air mineral banyak-banyak untuk tenangkan diri. 

2. KONFIDEN APA YANG TELAH KITA CAKAP
setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut kita, kita hendaklah yakin seadanya. yakin akan membuatkan kita bercakap lancar dan banyak idea yang datang .. jika kita tidak pasti makna sesuatu perkataan  kita cakap juga apa yang kita mahu cakap asalkan examiner faham apa yang kita ingin sampaikan. setiap perkataan yang kita cakap adalah markah. walau macam mana susah sekalipun soalan tu, kena cuba  cakap dan bagi point.. 

3. EYE CONTACT  
eye contact juga penting. eye contact akan membuatkan examiner melihat kita sebagai seorang yang serius dan yakin dalam topik perbincangan. jangan tunduk ketika bercakap. ini menunjukkan anda tidak yakin. bila ada eye contact orang akan jelas dan lebih faham apa yang anda ingin sampaikan.

4. GUNA BODY LANGUAGE
so, kena la ada intonasi dan body language. penting juga tau.. nama pon perbincangan. so, letak tangan atas meja. jangan letak bawah meja. setiap opinion kita bagi kalau boleh, tangan mestilah gerak sana sini di udara gitu cewah..jangan buat hip hop sudah. so, bila ada body language,baru lah orang faham apa yang anda  ingin sampaikan.

5. TAK PERLU MALU BILA TERGAGAP ATAU TERSASUL
bila tergagap...tak perlu malu lah. just teruskan dan cuba. anggaplah semua orang kat dalam tu pun bukan bagus sangat. 
insyallh :)

6.. TONE SUARA YANG SEDEHANA DAN JELAS
guna tone suara yang sederhana. tidak terlalu kuat atau terlalu slow. jika tidak bersetuju dengan pendapat candidate lain, jangan tinggikan suara macam nak bergaduh. beritahu dengan sopan, " it sounds like a good idea, but......"   dan kalau boleh jangan sentuh isu sensitive contohnya agama, bangsa dan politik. jika anda berbuat demikian, minus mark...

7.. JANGAN BUAT BUNYI SEPERTI "UM" "ER" "EH"
cuba elak... memang kita tidak boleh nak elakkan bila kita tiada idea. tapi kalau boleh cuba elakkan..

Cara Mengatasi Darah Gemuruh atau Gementar

Perasaan gemuruh atau gementar adalah perkara lazim terjadi kepada setiap orang apabila perasaan takut muncul. Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara automatik. Ianya mungkin berpunca dari faktor-faktor berikut:
1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah
2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing
3. Kenaikan kadar denyutan jantung
4. Kenaikan tekanan darah
5. Kekeringan pada bibir dan mulut
6. Pelebaran pupil
7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.
8. Serangan sejuk dan panas
9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan
10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit

Petua untuk mengatasinya ialah dengan cara berikut:

1. Pernafasan- lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam-dalam, maka cuba gunakan tangan kanan pegang di bahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. Jika kedua-dua tangan terasa bergerak, maka anda telah berjaya melakukannya.

2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap atau temuduga persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih seorang di hadapan cermin.

3. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemuduga ataupun khalayak.

4. Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan tumpuan pada anda dan mengwujudkan sangkaan 2 negatif pada diri anda. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda dapat sampaikan secara yang baik ikut kemampuan anda.

5. Tanyakan apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika anda melakukan persembahan dan anda akan brsedia terima apa sahaja. Apa yang penting anda akan baiki dari masa ke semasa.

6. Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai 'kawan' dan bukanya lawan anda,. Dengan cara ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.

7. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.

8.Hubungan mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata (eye contact).

9. Tumpukan pada isi yang hendak anda sampaikan dan bukannya menumpukan perasaan apa yang orang lain akan katakan pada anda. Jika tidak anda hanya akan wujudkan perasaan gelabah.

10. Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan supaya anda menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda takuti dengan jayanya. Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada anda. Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan berlaku tanpa anda sedar.Lakukan juga saranan auto pada diri anda berulang kali. Rasakan kehebatan itu dan lakukan anchoring seperti petik jari , gengam tangan dan sebagainya bagi menandakan rasa hebat tersebut.

11. Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi Musa
Doa Nabi Musa AS:

                   قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; (Surah Taha : 25 -27)
                                                Atau

"Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku."

12. Persedian mental ialah anda memang benar-benar seronok untuk melakukan perbuatan tersebut, jadi anda perlu sampaikan dengan rasa excited.

13. Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.

14. Katakan berulang-ulang dengan diri saya suka jumpa dan bercakap dengan anda dan anda juga suka untuk berjumpa dan mendengar apa yang saya cakap.


credit:: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/petua-dan-doa-cara-mengatasi-darah.html#ixzz2XfK8JKF2

Ciri-Ciri Orang Mencintai Kamu Dalam Diam

1❖Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2❖Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3❖Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4❖Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5❖Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6❖Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7❖Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.


8❖Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9❖Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.


10❖Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11❖Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12❖Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13❖Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya. oh! dunia...


14❖Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15❖Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.


16❖Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’


17❖Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


18❖Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


19❖Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


20❖Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


21❖Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


22❖Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


23❖Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.


24❖Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

26 Jun 2013

Jatuh Hati

Aku rasa kan.............................
Aku dah jatuh hati lah............
Bila tengok senyuaman dia... aku mesti senyum sesorang....
Tragis betul lah kalau jatuh hati ini....
Ni semua pasal hari jumaat lepas...
Kalau aku tak tengok mesti aku tak jatuh hati dengan dia kan......
Parah!!!!!!!!!!

When I Was Your Man

Same bed but it feels just a little bit bigger now
Our song on the radio but it don't sound the same
When our friends talk about you, all it does is just tear me down
'Cause my heart breaks a little when I hear your name

It all just sounds like oooooh…
Mmm, too young, too dumb to realize
That I should have bought you flowers
And held your hand
Should have gave you all my hours
When I had the chance
Take you to every party
'Cause all you wanted to do was dance
Now my baby's dancing
But she's dancing with another man

My pride, my ego, my needs, and my selfish ways
Caused a good strong woman like you to walk out my life
Now I never, never get to clean up the mess I made, ohh…
And it haunts me every time I close my eyes

It all just sounds like oooooh…
Mmm, too young, too dumb to realize
That I should have bought you flowers
And held your hand
Should have gave you all my hours
When I had the chance
Take you to every party
'Cause all you wanted to do was dance
Now my baby's dancing
But she's dancing with another man

Although it hurts
I'll be the first to say that I was wrong
Oh, I know I'm probably much too late
To try and apologize for my mistakes
But I just want you to know

I hope he buys you flowers
I hope he holds your hand
Give you all his hours
When he has the chance
Take you to every party
'Cause I remember how much you loved to dance
Do all the things I should have done
When I was your man
Do all the things I should have done
When I was your man


Walaupun aku ni perempuan, aku suka lagu ni... Maksud mendalam tu!!!!!!!

25 Jun 2013

Berharap Sangat!

Assalamualaikum...........

lately ni aku dah lama tak udpate blog...
Budak Pra-U la kata kan.... Buzy dengan assigment... hahahaaa.
Assigment la sangat...
Padahal malas nak nak tulis kan??
Aku memang malas nak menaip ni...Tak tau lah kenapa la Vitamin M banyak sangat ni!...
Nak menaip pun malas..Ni belum assigment lagi... Nak kena buat presentation lagi ....
Ni belum next sem lagi dengan PBS la...
Hahahaaa....

Aku harap sangat aku dapat bertahan dekat Form 6 ni..............................

itu je yang nak tulis....

3 Jun 2013

Templat!!!!!



Aku pening tengok benda alah ni. Dah lah tak paham nak edit macam mana. Yang dulu tu aku pandailah    nak gunanya, ni tak, tak reti langsung!!!!
Boleh tak nak request ?? suruh orang ni  bagi balik templat yang dulu punya. Tapi orang kata yang baru ni lebih kemas. Tapi masalahnya, orang yang macam aku ni yang tak berapa buta IT ni tak reti gunalah.... Bila google masih lagi guna tutorial yang lama. Acano tu??


Ni aku baru nak edit templat blog belum lagu belajar Prinsip Pengaturcaraan, Asas Pengaturcaraan, Pengaturcaraan Berorientasi Objek, Teknologi .NET, Struktur Data dan Pengaturcaraan Web 1 dan 2. Pengetahuan dan kemahiran di dalam Keperluan Pengkomputeran, Perkasasan Komputer, Asas Sistem Pengoperasian, Sistm Pengoperaian Sumber Terbuka, Sistem Pangkalan Data, Keselamatan Sistem Maklumat, Rangkaian Komputer dan Projek.

Ni kalau aku dah belajar semua ni, lagi lah teruk. Blog aku dah tak secantik yang dulu. Nak cantik pun kena guna blogskin. Itu pun kalau blogskin tu cantik. kalau tak, tak cantik lah. Lagi satu kena edit balik blogskin tu. Nampak tak banyak kerjanya. Den ni dah lah maleh nak mengedit. Kalau nak edit pun kena tunggu mood rajin datang. kalau tak tunggu je lah.

Tapi macam Menyesal pulak reject Pengaturcaraan tu!! hurmmmm..... Apa pun tak boleh!!!

Note: tak payah nak complaint sangatlah Elya!!!!

Pemilihan.

Assalamualaikum....

Aku terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menulis entri ni. Sebab line yang tidak mengizinkan.


Perggg..... dekat je tu
Course die pun best jugak...



Check pulak dekat sini



Pikir nak terima ke tak?


ok atau cancel????



dan akhirnya sudah tersurat yang kita tak mungkin bersatu...
sob.. sob.. sob..

Kalau ada jodoh kita bertemu lagi...

Dan aku akan meneruskan pengajian aku di Tingkatan 6. Walaupun ada suara-suara sumbang yang menyuruh aku ambil Diploma. Terutamanya Cik yang call aku semalam yang menawarkan Course Pengajian Perniagaan atau Akauntasi dekat PD. Selain itu, ada jugak kolej yang menawarkan course Pengajian Perniagaan dekat aku. Daftar 2/7 ni dekat Melaka. Semuanya IPTS, IPTA tidak berjaya. Cuma Politeknik saja yang layak itu pun dekat Muadzam,Pahang Tapi aku sudah tolak dengan cara yang baik.

Kalau ada IPTS yang menawarkan course Perbankan ataupun Kewangan memang aku pergi. Tapi malangnya tiada. Kalau ada pun mungkin tidak untuk aku.