- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 hingga 30 tahun pada tarikh temuduga.
- Minimum SPM dan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan kredit dalam Bahasa Inggeris dan lulus dalam mana-mana 5 subjek lain termasuk Bahasa Melayu.
- Kelayakan akademik yang lebih tinggi dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia di samping fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Penguasaan dalam bahasa lain adalah satu kelebihan.
- Ketinggian mininum (seimbang dengan berat badan): 157cm (Perempuan) 165cm (Lelaki)
- Kesihatan dan penglihatan yang baik. Tidak rabun warna.
- Personaliti yang menyenangkan dan minat mendalam dalam bidang perkhidmatan pelanggan.
Hahaha... ingat senang nak jadi pramugari/pramugara ??
Siapa nak jadi Pramugari/pramugari ni pergilah belajar Bahasa Inggeris betul-betul. Banyakkan makan calsium. Ye ke kalsium?? Jaga pemakanan, banyak-banyakkan diri tu bergayut dekat pokok. kalau tak reti suruh Cik Yet ajarkan bergayut macam mana, nak tinggi lah katakan.. hahaha
I bukan tak nak jadi stewardess ni. Cuma umur I dah 33 tahun.. Terlebih umur pulak.. Hahaha
Tinggi dengan berat tak berapa nak ok la.. Lagi satu Bahasa Inggeris mana lah I reti. Fasih pun tak.. Hahaa. I ni rabun ok.. Dan I tak suka dengan perkhidmatan pelanggan ni.. Tak pasal-pasal je nanti ada yang kena marah dengan I.. haahha
Gedik Sudah..
Credit: jomstadi.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan