9 September 2014

Baju Design Korea.

SEPTEMBER 2014,

Aku rasa letih sangat + mengantuk. Tadi ada kelas sampai pukul 4.30 petang.
tapi mengantuk tu lebih menguasai aku.
aku dah lama tak update blog. Aku bukannya tak buka blog ni aku bukak cuma tak ada benda nak tulis.

hari berganti hari cepat bulan berlalu sekarang dah september.
lepas tu oktober lepas tu november.
November bulan peperiksaan terakhir aku.
Disember aku bebas sebagai bekas pelajar STPM.

Januari 2015 umur aku akan berganjak ke 20 tahun.
cepat kan...
dah nak 20 tahun umur aku.
Cepat je aku ni membesar
Lepas tu tak tau buat apa...
tapi sekarang ni aku ada berniaga dengan akak aku.
online shop je dekat Instagram. @lalalandshoppe

buzy la jugak.. baru mulakan

kita orang ada jual:

  1. Tudung Bawal Satin RM14 exc pos 
  2. Jubah RM 65 - RM140++
  3. Bag RM55- RM80++ (Pre-order)
  4. Kasut  RM58-RM90 ++ (Pre-Order)
  5. Skirt RM 35- RM 60
  6. Pinafore RM 60 - RM 75++
  7. Baju Design Korea RM 35- RM 76++ (Pre-order)

mai la insta shop kami... @lalalandshoppe









kalau berkenan boleh lah whatsapp 0196017902... Pre-0rder ambik 2 minggu nak pos.
Harap maklum.

17 Julai 2014

Esok Result Keluar!!!!

Esok result Sem2 keluar ok!!!
Sekarang mungkin aku tak berdebar-debar
Tapi esok mungkin berdebar-debar macam nak jumpa Dr Isnin hari tu
Mungkin lebih lagi...

Nampaknya aku kena makan ubat 
supaya jantung aku dapat berdegup dengan normalnya...
hahahaaa

harap pointer aku adalah dalam 2.00 and above.
Amin...

Ulangan. Aku fikir nanti.
Sekarang fikir pointer aku je..
harap baik-baik.
Amin...

Baru!

Hi....




Pernah beli dekat lelong ?
Aku pernah.
Minggu lepas first time aku beli dekat lelong ni...
Aku beli handphone Lenovo je...
Murah je... 
Ye lah... dekat internet ni susah nak percaya
nanti dia tipu aku yang rugi..
daripada rugi banyak baik rugi sikit je... hahahaa

Aku punya henset rosak sebab terpijak.
biasalah baru bangun tidu mamai nak tengok jam
Alih-alih terpijak... rosaklah jadinya..

 so aku belilah dekat internet...
dari aku buang masa dekat kedai baik aku beli online bukan?
kalau pergi  kedai pun bukan dapat apa yang kita suka..

walaupun deley beberapa hari 
akukan penyabar orangnya..
deley pun sebab out of stok..
tak apa yang penting benda dia sampai

yang tak sangkanya
jumaat orang tu kata nak pos
hari sabtu tu dah dapat dah..
aku fikir hari isnin baru dapat
ye lah tak terfikir pun sabtu posmen kerja..
aku tak berapa sure posmen kerja sabtu minggu ke berapa..

nanti kewangan aku dah kukuh semula aku nak beli lagi!!!
Hahahaaa..