30 April 2014

STPM P2 : Sejarah : FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISME DI MESIR PADA ABAD KE-20.


Mesir pada awal abad ke-20 adalah di bawah naungan empayar Turki Uthmaniyah tetapi pengaruh British di Mesir amat kuat. British telah mengukuhkan kuasa selepas mengatasi pemberontakan Urabi pada tahun 1881. British terus memerintah sehingga Perang Dunia Pertama. Pentadbiran asas di bawah pimpinan pemerintah Mesir iaitu Khedif dikekalkan namun pemerintahan sebenarnya adalah di bawah Lord Cromer. Semangat anti-British memuncak selepas Perang Dunia Pertama. Terdapat banyak faktor yang mendorong  gerakan nasionalisme dalam

STPM P2 : SEJARAH : SUMBANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH DALAM MENGUKUHKAN EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH






Nama sebenar Sultan Muhammad al-Fatih ialah Muhammad bin Murad. Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan menduduki takhta semasa berumur 19 tahun bagi menggantikan bapanya digelar al-Fatih (penakluk). Baginda telah memerintah empayar yang luas selama 30 tahun. Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan panglima tentera yang handal. Kejayaannya yang paling besar dalam bidang ketenteraan

STPM P2 : Sejarah : SUMBANGAN IBN KHALDUN DALAM BIDANG SEJARAH.




Nama sebenar Ibn Khaldun ialah Abdul ar-Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami. Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 1331 M.. Beliau seorang yang pakar dalam ilmu agama seperti fikah, tafsir dan hadis. Dari aspek ilmu aqli, beliau pakar dalam bidang falsafah, matematik dan sejarah. Beliau pernah memegang jawatan tinggi seperti Ahli Persuratan di Istana Faz dan menjadi Hajib di Bougie. Beliau juga pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah-mahkamah Raja di Mesir. Ketokohan beliau disanjung oleh tokoh-tokoh dan sarjana Barat. Toynbee dan R. Nicholson menganggap beliau sebagai ahli fikir dan tokoh yang tiada tolok bandingnya. G. Sarton menyatakan bahawa Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan falsafah yang agung sepanjang zaman. Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau adalah himpunan daripada pembelajaran dan pengalaman yang diperolehnya.