19 November 2013

Esei Pemerdagangan Manusia


Isu pemerdagangan manusia dikatakan semakin meningkat di Malaysia. Hal ini sebanyak sedikit telah menjejaskan kedaulatan Malaysia. Bincangkan.

Pendahuluan

Pemerdagangan orang adalah satu bentuk perhambaan masa kini. Antara penyebab utama ialah permintaan terhadap tenaga buruh. Kekurangan peluang meningkatkan pendapatan sumber keluarga (kemiskinan) serta kekurangan kesedaran anggota masyarakat juga antara faktor-faktor penyumbang.

Idea Utama
Huraian
A.    Punca meningkat

1.    Kuat kuasa undang-undang yang lemah


-       Lokasi strategi seperti lapangan terbang, pintu masuk sempadan atau pelabuhan menjadi tumpuan agen-agen khas yang dilantik sindiket bagi berurusan dengan pihak berkuasa meneruskan aktiviti penyeludupan manusia.
-       Terdapat sesetangah pihak berkuasa yang diamanahkan untuk bertanggungjawab menjaga sempadan bertindak mengambil rasuah daripada sindiket dna bertindak memandang sebelah mata.
2.     Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat
-       Permintaan guna tenaga buruh asing yang tinggi di Malaysia oleh majikan tempatan disebabkan faktor perbelanjaan yang murah.
-       Rakyat asing sesetengahnya tertarik untuk datang ke Malaysia kerana janjikan peluang pekerjaan yang menghasilkan gaji yang lumayan. Namun pada hakikatnya mereka ditipu dan diberi kerja sebagai hamba,pelacur dan buruh paksa.

3.     Kurang pendedahan mengenai jenayah penyeludupan manusia.
-       Warga-warga asing yang berpendidikan rendah mudah ditipu oleh sindiket pemerdagangan manusia kerana mereka kurang tahu mengenai wujudnya sindiket pemerdagangan manusia ini.
-       Rakyat tempatan kurang memberi maklumat mengenai kewujudan jenayah ini kerana mereka juga tidak tahu bahawa jenayah ini sudah menjadi salah satu musuh negara yang berada tahap yang membimbangkan.
4.       Faktor sempadan yang luas
-       Malaysia mempunyai permasalahan logistik serta sumber manusia dalam mengawasi persempadanan yang begitu penjang sehingga memudahka aktiviti pemerdagangan manusia.
B.      Kesan

5.       Mencemar nama baik Malaysia dalam arena antarabangsa.


-       Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.
-       Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang
6.       Mengancam undang-undang dan keselamatan negara
-       Kes-kes tertentu juga mencetuskan pertikaian diplomatic antara negara berhubung layonan terhadap mangsa penyeludupan.
-       Ia melibatkan banyak pihak seperti peringkat negara sumber, transit dan destinasi, sindiket antarabangsa, mangsa dan mereka yang bersubahat, yang kesemuanya boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan sempadan.
7.       Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara
-       Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.
-       Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat.
8.       Peningkatan masalah sosial
-       Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat.
-       Penularan penyakit berjangkit

Kesimpulan

Malaysia sedang memperkemas serta memperincikan tindakan untuk mengawal aktiviti pemerdagangan manusia yang bukan saja dihadapi negara ini, malah ia juga fenomena seluruh dunia. Isu pemerdagangan manusia juga dianggap landskap jenayah bari di Malaysia berbanding negara lain yang sudah berakar umbi sehingga mampu mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Esei Kenaikan Harga Barangan



Kenaikan harga barangan telah menyusahkan masyarakat kerana terpaksa menanggung pelbagai kesulitan Jelaskan.
 
Pendahuluan

Kenaikan harga barangan bukanlah satu perkara yang dapat dipandang enteng oleh masyarakat kerana memberi kesan kepada masyarakat bagi jangka masa pendek dan masa panjang 

Bil
Idea / Isi
Huraian



1


Kesan:

Meningkatkan beban kos hidup yang tinggi



Peningkatan harga bagi barangan keperluan dan barang penggunaan harian amat membebankan
Masyarakat yang miskin dan berpendapatan rendah berasa susah untuk membeli barangan keperluan dengan harga mahal
Terpaksa berbelanja tinggi untuk sewa rumah dan makanan

2
Rasa tidak puas hati 
Masyarakat akan berasa tidak puas hati dengan kenaikan harga barangan secara sewenang-wenangnya
Berasa marah terhadap Menteri Perdagangan dan peniaga
Dapat menggalakkan rusuhan dan demonstrasi jalanan
Merugikan rakyat jika harta benda rosak 

3
Ketidakstabilan politik 
Kenaikan harga barangan secara berterusan menimbulkan ketidakstabilan politik  
Rakyat akan mula tidak yakin kepada kerajaan yang memerintah 
Keadaan akan menjejaskan kebolehpercayaan terhadap pemimpin yang dianggap tidak berpotensi
Mungkin akan menyebabkan perubahan kepada pucuk pimpinan pemerintah parti

4
Menjurangkan pendapatan
Kenaikan harga barangan membolehkan golongan peniaga memindahkan beban harga terhadap pengguna
Golongan miskin terpaksan membayar harga tinggi terhadap barangan keperluan
Golongan kaya tidak akan merasa beban seperti orang miskin atau berpendapatan rendah
Berlaku jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya
Hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban masyarakat tidak tercapai

5
Tabungan tidak dapat dilakukan 
Rakyat yang banyak menggunakan wang untuk berbelanja sukar untuk menabung
Apabila tabungan berkurangan , masa depan mereka tidak terjamin dan sentiasa dihimpit masalah kewangan
Mereka terpaksa berhutang apabila berlaku kecemasan 


Penutup :
·         Harga barang yang tinggi akan sentiasa menimbulkan kesan kepada banyak pihak  
·         Perlu memberi perhatian kepada semua pihak sebelum melaksanakan kenaikan harga barang

Esei Pengangkutan Awam



Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini.  Huraikan.



Pendahuluan :

Pengangkutan awam merujuk pada kenderaan perkhidmatan awam, yang digunakan untuk mengangkut penumpang, dan dibayar sejumlah wang tertentu sebagai perkhidmatan untuk sesuatu perjalanan. Kemudahan pengangkutan awam ini sangat baik tetapi kebanyakan masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakannya.

Bil
Idea
Huraian


1.
A:  Kebaikan

Menjimatkan kos / perbelanjaan


- Harga tambang yang berpatutan, membolehkan
   pengguna pergi ke mana-mana destinasi dengan mudah.
- Tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli bahan
   api / minyak, yang harganya semakin meningkat.
- Tidak perlu membayar tol dan bil parkir untuk bergerak
   dari satu tempat ke satu tempat.

2.
Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas
- Perkhidmatan pengangkutan awam akan mengurangkan
   bilangan kenderaan persendirian terutamanya di bandar-
   bandar besar seperti Kuala Lumpur.
- Apabila masyarakat menggunakan pengangkutan awam
   dalam urusan seharian, mereka dapat mengurangkan
   jumlah kenderaan di jalan raya.
- Hal ini menyebabkan pergerakan trafik lebih lancar,
   terutama di bandar-bandar besar.

3.
Mengurangkan kadar kemalangan
- Pengurangan kenderaan di jalan raya, mengurangkan
   risiko kemalangan terutamanya semasa musim perayaan
   dan pada waktu puncak.
- Penggunaan pengangkutan awam, seperti bas, kereta
   api, LRT atau monorel, dapat meminimakan kes
   kemalangan di jalan raya.

4.
Mewujudkan interaksi sosial
- Masyarakat pelbagai kaum akan menaiki pengangkutan
   awam ke pelbagai destinasi.
- Interaksi sosial, secara tidak langsung akan berlaku
   sepanjang perjalanan itu.
- Penggunaan pengangkutan awam yang berterusan oleh
   masyarakat majmuk di negara kita, sudah tentu dapat
   mengeratkan silaturahim.



5.
B. Punca kurang berminat

Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan


- Sesetengah pemandu  pengangkutan awam tidak  
   mematuhi jadual perjalanan menyebabkan pengguna
   sukar untuk merancang dan menjangka tempoh
   perjalanan yang bakal dihadapi oleh mereka.
- Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu menanggung
   risiko untuk sampai lewat ke tempat kerja atau ke mana-
   mana destinasi.
- Bilangan penumpang yang terlalu ramai, menimbulkan
   kesesakan dalam bas dan monorel, menyebabkan
   penumpang tidak selesa.
- Kekerapan jadual perjalanan bas yang terlalu lama, tiada
   kemudahan penyaman udara atau rosak, kusyen yang
   rosak, menyebabkan pengguna tidak selesa dan enggan
   menggunakan perkhidmatan awam.
6.
Sistem aliran pengangkutan awam tidak bersepadu
- Rangkaian pengangkutan awam di negara kita terdiri
  daripada pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren
  Ringan (LRT) dan monorel
- Penumpang terpaksa bergerak ke stesyen yang lain untuk
   meneruskan perjalanan.
- Hal ini menyukarkan penumpang terutamanya warga tua
   dan orang kelainan upaya (OKU).
7.
Risiko menjadi mangsa jenayah
- Sikap sesetengah penumpang lelaki dan segelintir
   pemandu bas atau teksi yang tidak sopan, dan
   keterlaluan, sehingga melakukan pelbagai jenis jenayah
   seksual, menyebabkan golongan wanita takut atau
   trauma untuk menggunakan pengangkutan awam.
- Wujud aktiviti ’seluk saku’ dalam kalangan penumpang.
8.
Sikap negatif masyarakat
- Sesetengah masyarakat menganggap mereka yang
   menggunakan perkhidmatan ini berstatus rendah, tidak
   berkemampuan atau miskin.
- Hal ini menyebabkan mereka malu untuk menggunakan
   pengangkutan awam.

Kesimpulan
Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam menyumbang banyak manfaat. Oleh itu, masyarakat digalakkan mengguna pengangkutan awam.