4 Disember 2014

Keputusan Interview

Assalamualaikum.....


Akhir bulan 10 hari tu aku ada pergi Interview..
Dan semalam aku baru tau keputusannya.
Padahal 2 Disember lagi dia dah hantar e-mail
Tapi aku tak tengok email lagi.
Dengan nerves nye aku tunggu..

Tapi...
Aku tak dapat pun...

Tengah kecewa ni...
Hahahaa
Tapi aku tak nak kecewa sangat.
Itu baru first interview aku untuk SPA
Tahun depan bulan April mesti ada lagi kan?
So kita pergi lagi.
Mungkin sekarang tak ada rezeki
Mana tau esok lusa...
Rezeki aku untuk sambung degree pulak ke
Mana tau kan?

25 November 2014

Freedom

Assalamualaikum....


wittwitttt...
Finaly.. Aku dah habis exam STPM. Dah habis ok. sembilan bulan cuti ok.
Nak buat apa cuti ni erk?

Ambik lesen kereta?
atau
Kerja?
atau
Fokus Online Shop aku tu?


hahahaaa

Sekarang tak payah nak fikir sangat benda tu.
Yang penting sekarang aku dah habis sekolah paling tinggi dekat sekolah menengah.
Aku semua periksa dekat sekolah aku ambik.

UPSR
PMR
SPM
STPM

untung budak STPM ni terus ambik degree. Tak pun ambik Diploma lepas tu Degree.
Satu tahun setengah aku belajar. Semuanya dah berakhir.
Tunggu result.

Sekarang ni dah boleh mula fikir dan tengok syarat kelayakan masuk universiti.
Fikir nak masuk Universiti mana?

Kalau aku ada hati nak nail flight belajar lah dekat Sabah atau Sarawak.
Bila no pin tu dah boleh beli. Aku nak beli no pin untuk USM dan UPU.
Dan aku dah tak kisah kena interview atau tidak. Sebab dah pernah kena bukan.
Pengalaman pun ada la daripada tak ada bukan.
Aku tak tahu nak ambik apa nanti.
Pendidikan atau yang lain-lain tu.
tapi aku harap aku dapat masuk Universiti lah tahun depan.

24 November 2014

When I Write About Love

Assalamualaikum....


tinggal sebulan lebih je lagi nak tinggalkan 2014 ni. 2015 nanti umur aku dah tak de belas lagi tau.
dah 20 tahun. Macam tak percaya 20 tahun? Itu cerita tahun depan la...
Aku ada satu azam. Cuma azam tu bergantung kepada bulan depan. Kalau positif azam tu akan terhapus serta merta. Kalau negatif automatik itu lah azam aku untuk 2015 nanti.

Azam yang agak lawak ok..
Sekarang ni biarlah rahsia ok!



Tengok tajuk novel ni Isteriku 19 tahun. Aku mungkin tak lah kan...
Tinggal sebulan lebih je tinggal 19 tahun aku ni. Masuk je 2 Januari 2015 aku dah 20 tahun ok.



Kahwin Muda? Aku? Memang tak lah kan. Dengan siapa?
Hahahaaa


Kalau aku nak kahwin muda sekali pun aku akan fikir 21 billon kali.
lepas 21 billion kali tu mungkin kot. Kot la kalau ada calon.
Tapi sekarang tak ada calon lagi. Kalau setakat suka camtu ada lah banyak.
Tapi suka lepas tu ok tak ada perasaan lagi.

Lagi pun aku ni senang suka orang.
Nampak baik suka. Nampak sweet je melting. Nampak hensem je suka.

Suka-suka macam tu tak pe la.... Jangan suka yang over
sampai sakit dibuatnya.


Bila aku suka tak semestinya aku akan suka 100%
Faham dan rasa bila ada.
Bila kita jatuh cinta memang gila
Bila kita putus cinta macam orang gila

Aku tak cari yang sempurna
tapi aku mencari yang menyempurnakan hidup aku.

Budak sastera kalau bab cintan cintun memang power ok!