24 November 2014

When I Write About Love

Assalamualaikum....


tinggal sebulan lebih je lagi nak tinggalkan 2014 ni. 2015 nanti umur aku dah tak de belas lagi tau.
dah 20 tahun. Macam tak percaya 20 tahun? Itu cerita tahun depan la...
Aku ada satu azam. Cuma azam tu bergantung kepada bulan depan. Kalau positif azam tu akan terhapus serta merta. Kalau negatif automatik itu lah azam aku untuk 2015 nanti.

Azam yang agak lawak ok..
Sekarang ni biarlah rahsia ok!



Tengok tajuk novel ni Isteriku 19 tahun. Aku mungkin tak lah kan...
Tinggal sebulan lebih je tinggal 19 tahun aku ni. Masuk je 2 Januari 2015 aku dah 20 tahun ok.



Kahwin Muda? Aku? Memang tak lah kan. Dengan siapa?
Hahahaaa


Kalau aku nak kahwin muda sekali pun aku akan fikir 21 billon kali.
lepas 21 billion kali tu mungkin kot. Kot la kalau ada calon.
Tapi sekarang tak ada calon lagi. Kalau setakat suka camtu ada lah banyak.
Tapi suka lepas tu ok tak ada perasaan lagi.

Lagi pun aku ni senang suka orang.
Nampak baik suka. Nampak sweet je melting. Nampak hensem je suka.

Suka-suka macam tu tak pe la.... Jangan suka yang over
sampai sakit dibuatnya.


Bila aku suka tak semestinya aku akan suka 100%
Faham dan rasa bila ada.
Bila kita jatuh cinta memang gila
Bila kita putus cinta macam orang gila

Aku tak cari yang sempurna
tapi aku mencari yang menyempurnakan hidup aku.

Budak sastera kalau bab cintan cintun memang power ok!










12 November 2014

Exam Semester 3 STPM

Assalamualaikum.......



Aku tak taulah kenapa exam STPM sem3 ni yang terakhir hari tu aku nervous sangat.
Sebelum aku masuk dewan aku makan ubat.
Aku tak tau kenapa aku nervous.
Nak kata aku pertama kali exam.. tipu sangat la kan itu yang terakhir sekali.
Exam sem1 & sem2 pun tak adalah nervous semacam...

Sebelum exam. Aku tak nervous ok.
Aku memang macam tu sehari sebelum tu memang aku tak nervous.
Tidur pun elok. Sama macam nak pergi Interview SPA hari tu aku relax nak tidur.
Paling aku relax masa nak pergi interview hari tu.

Sebab aku lupa nak makan ubat.
Mak aku ada tanya makan ubat tak aku katalah lupa.
Excited nak pergi interview manalah ingat ubat bagaikan.

Mungkin aku takut nak tengok soalan kot.
Dapat pulak soalan yang susah apa nak jawap oii
tak menjawab la jawabnya...
Alhamdulillah.... Semuanya dah selesai.
Tinggal dua paper lagi je.
KMK1 dan BM 2. Minggu depan dan minggu lagi satu...


hopefully la aku dapat masuk UNIVERSITI.
Nak pergi luar negara tu tak mungkin la melainkan pergi travel kan...
masalahnya siapa nak bawak aku??? hahahaa

Love Rain. I Love You

Assalamuualaikum......

Memang best... tak ada yang best bila cuti kan...
hahahaa

tapi sejak bercuti sdn bhd ni aktiviti aku
utama mesti fokus dekat lalalandshoppe.

yang kedua tengok drama korea la...
hahaha..

terpengaruh dekat tv sebenarnya..
hari tu terbuka pulak 8tv.
cerita korea best2 pulak pagi. Love Rain. 
Best la.. perempuan dia cantik.
Habis tu apa lagi google DramaGo la.
Kikikiki...

itulah hasilnya.....
sekarang baru tengok episode 2...
dekat tv tadi dah episode 19.
Isnin ni dah episode 20. tapi aku dah tengok kat DramaGo Semalam.
Happy Ending la...

Aku ni mana boleh tengok lelaki yang hensem.
hensem ke jambu ? pape je la...
yang penting aku happy...